Prof Dr Muhaya Kongsikan Tip Macam Mana Tak Nak Jadi Ibu Bapa Garang Pada Anak-Anak

Share

Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak? Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang.

Ada sesetengah tu cakap, kalau tak garang perangai anak lagi menjadi-jadi. Sebenarnya ada caranya nak mendidik anak. Tak perlu pun asyik nak tinggi suara, marah dan pukul anak setiap hari.

Anak bila dari awal kita dah biasa cakap elok-elok dengan mereka, sampai besar pun mereka faham dan akur. Hanya dengan jelingan mata pun anak faham isyarat dari ibu ayah mereka.

Kenapa bila anak mengamuk, ibu bapa disarankan untuk peluk dan bukannya makin memarahi anak. Sebabnya anak akan mudah tenang bila mereka rasa satu aura positif dalam dirinya.

Berdasarkan perkongsian dari Prof Dr Muhaya, tak nak jadi ibu bapa garang pada anak, pertamanya kena bersyukur yang kita ada anak sedangkan orang lain dah usaha banyak kali, buat IVF 7 8 kali pun masih belum dapat.

Yang kedua cuba bayangkan macam mana kalau anak kita meninggal esok? Cuba muhasabah diri, pasti kita tak akan marah mereka lagi.

Lagi satu paling penting kita selalu marah anak sebab diri sendiri. Kita banyak dosa.

Nak kurangkan perasaan marah dalam diri, banyakkan bertaubat, kurangkan dosa. Bila kita dah tak marah pada diri kita, kita tak akan marah pada anak atau orang lain lagi.

Jadi sebaiknya minta maaf pada diri sendiri dulu. Berdiri depan cermin dan cakap saya maafkan awak, saya nak jadi baik. Betulkan diri sendiri, insya-Allah aura negatif akan pergi jauh dan aura positif yang akan datang dalam diri kita.

Sumber: Prof Dr Muhaya

 

 

 

 

 

 

Published by
Wan Amy