Ramai ibu bapa yang bertanya macam mana tak nak jadi ibu bapa yang garang pada anak? Walaupun dah cuba kawal tapi akhirnya terpaksa meletup juga bila tahap kesabaran itu hilang.
Ada sesetengah tu cakap, kalau tak garang perangai anak lagi menjadi-jadi. Sebenarnya ada caranya nak mendidik anak. Tak perlu pun asyik nak tinggi suara, marah dan pukul anak setiap hari.
Anak bila dari awal kita dah biasa cakap elok-elok dengan mereka, sampai besar pun mereka faham dan akur. Hanya dengan jelingan mata pun anak faham isyarat dari ibu ayah mereka.
Kenapa bila anak mengamuk, ibu bapa disarankan untuk peluk dan bukannya makin memarahi anak. Sebabnya anak akan mudah tenang bila mereka rasa satu aura positif dalam dirinya.
Berdasarkan perkongsian dari Prof Dr Muhaya, tak nak jadi ibu bapa garang pada anak, pertamanya kena bersyukur yang kita ada anak sedangkan orang lain dah usaha banyak kali, buat IVF 7 8 kali pun masih belum dapat.
IKLAN
Yang kedua cuba bayangkan macam mana kalau anak kita meninggal esok? Cuba muhasabah diri, pasti kita tak akan marah mereka lagi.
Lagi satu paling penting kita selalu marah anak sebab diri sendiri. Kita banyak dosa.
Nak kurangkan perasaan marah dalam diri, banyakkan bertaubat, kurangkan dosa. Bila kita dah tak marah pada diri kita, kita tak akan marah pada anak atau orang lain lagi.
IKLAN
Jadi sebaiknya minta maaf pada diri sendiri dulu. Berdiri depan cermin dan cakap saya maafkan awak, saya nak jadi baik. Betulkan diri sendiri, insya-Allah aura negatif akan pergi jauh dan aura positif yang akan datang dalam diri kita.
Sepanjang tempoh anak nak membesar, kanak-kanak akan mudah mendapat penyakit seperti selesema dan demam. Ini kerana tubuh mereka lebih mudah terdedah dengan kuman atau penyakit.
Disebabkan hal ini, ada ibu bapa yang risau kerana demam yang berlanjutan juga sangat berbahaya kerana boleh dikaitkan dengan masalah lain. Melalui perkongsian dari Ummi Kalsum ibu boleh mencuba tip dengan merebus telur ayam untuk mengurangkan suhu panas anak. Tak salah pun ikhtiar selain makan ubat.
REBUS TELUR AYAM
Rebuskan 2 biji telur ayam. Rebuskan lama sedikit sehingga menjadi telur keras. Kalau separuh masak, anda sukar menggolekkan pada badan anak kerana terlalu lembek.
Beginilah rupa telur ayam yang telah direbus sempurna.
BUNGKUSKAN TELUR
Cari kain yang sesuai untuk membungkus telur yang masih panas tadi. Paling senang, gunakan kain lampin.
Kalau telur masih panas, pastikan balut telur tu tebal sedikit ya!
GOLEKKAN PADA SELURUH BADAN DAN KEPALA
Apabila menjadi seperti bunjut, anda bolehlah menggolekkan pada seluruh badan anak. Jangan lupa golekkan juga pada bahagian kepala dan kaki.Golekkan sehingga telur menjadi suam, sekitar 30 minit.
PERHATIKAN HASILNYA
Setelah hampir setengah jam, anda akan mendapati telur menjadi menggerutu. Untuk melihat kesan yang lebih nyata, pecahkan putih telur dan perhatikan kuning telur seperti dalam gambar.
ULANG LANGKAH DENGAN TELUR KEDUA
Ulang semula langkah yang sama seperti telur pertama tadi. Anda akan mendapati telur yang kedua akan kurang menggerutu.
MUDAH, BUKAN?
Hanya dengan 2 biji telur, suhu badan telah turun dan anak mulai cergas. Syukurlah.
Bagi ibu-ibu, jika anak masih belum sembuh bolehlah rawat anak demam dengan melakukan teknik di atas sebanyak 3 kali sehari. Dalam masa yang sama, pastikan anak kerap dimandikan dan meminum air secukupnya. Memang normal kalau mereka kurang berselera semasa demam.
Bila ada anak yang ‘perfectionist’ ibu bapa perlu bersedia untuk memberi perhatian dan tumpuan yang lebih kepada mereka. Dalam masa yang sama ibu bapa juga tidak perlu menekan anak dengan jangkaan dan harapan yang tidak realistik kerana bimbang anak tertekan hingga membawa kemurungan.
Elakkan daripada membanding-bandingkan anak dengan anak orang lain. Setiap anak mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan perbandingan itu membuatkan anak tertekan hingga membawa kemurungan.
Bagaimanapun kita juga perlu tahu, di dalam sesetengah keluarga walaupun ibu bapa tidak menekan, walaupun ibu bapa tidak membanding-bandingkan, tetapi sifat anak itu sendiri sangat kompetitif dan terlampau inginkan kesempurnaan dalam apa juga yang diusahakannya.
Anak ‘Perfectionist’ Ibu Bapa Perlu Beri Perhatian & Tumpuan Supaya Anak Lebih Tenang
Dan di antara anak-anak yang ‘perfectionist’ sebegini, ada yang tenang dalam pergelutan mencapai kesempurnaan yang diimpikan dan ada juga yang terbeban dengan jangkaan dan harapan yang menggunung tinggi ke atas diri sendiri.
Jika anda memiliki anak yang sebegini ataupun anda mempunyai pelajar yang sebegini, anda tentu faham apa yang cuba saya sampaikan.
“Saya tidak pernah paksa anak saya Puan,” keluh seorang Ibu.
“Tetapi dia sangat berharap agar terpilih menyertai pasukan bola sepak tu. Dia memang usaha sungguh-sungguh untuk mendapat tempat. Saya kesiankan dia sebab adik dia berjaya dan dia tidak berjaya.”
“Saya tak bandingkan dia dengan adik dia pun Puan. Cuma saya rasa dia sangat kompetitif ingin bersaing dengan adik dia.”
Saya faham keluhan ibu ini. Saya faham kerisauannya.
“Anak saya ni Puan, saya cakap dah OK dah hasil lukisan dia. Dia tetap rasa dia buat tak cantik. Sampai menangis-nangis tak puas hati.”, cerita seorang Ibu yang lain pula.
“Kadang-kadang dia tak puas hati, padam sampai koyak kertas. Kemudian dia menangis sebab kertas tu koyak pulak.” Sambung si Ibu lagi.
Anak yang ‘perfectionist’ berbeza dengan anak yang menetapkan standard yang tinggi ke atas dirinya sendiri.
Anak yang menetapkan standard tinggi berusaha dengan lebih tenang. Lebih mudah menghadapi kekecewaan dan kegagalan. Lebih cepat terima dan bangkit.
Anak yang ‘perfectionist’:
*Mempunyai harapan dan jangkauan yang terlampau tinggi ke atas diri sendiri. *Merasa tidak cukup dan belum sempurna walaupun di mata orang lain dia sangat hebat. *Sangat sensitif kepada sebarang maklumbalas atau pendapat yang diberikan kepadanya. *Cenderung untuk menilai diri (self critical), dan sentiasa berhati-hati (self conscious). *Merasa gusar yang berpanjangan apabila melakukan kesilapan. *Sangat terkesan dengan emosi negatif yang dirasainya.
Anak yang ‘gifted’ dan sering mencapai kejayaan yang cemerlang dalam sesuatu bidang mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menjadi seorang ‘perfectionist’.
Menurut Dr Gordon Flett, Pengarah La Marsh Centre for Child and Youth di University of York, ‘perfectionism’ ataupun sifat inginkan kesempurnaan adalah sesuatu yang lumrah dan boleh diwarisi. Bagaimanapun faktor genetik bukanlah sebab sepenuhnya ia berlaku.
Tekanan di kalangan ahli keluarga boleh menyumbang ke arah perfectionism. Faktor persekitaran juga boleh menyulitkan lagi. Berada di kalangan rakan-rakan yang kompetitif dan hebat memberi tekanan kepada anak untuk meletakkan harapan yang tinggi ke atas diri sendiri untuk bersaing.
Media sosial juga boleh menjadi sumber anak menjadi ‘self critical’ dan membandingkan dirinya dengan orang lain.
Bimbingan emosi sangat penting bagi anak-anak ‘perfectionist’ ini kerana mereka sering diselubungi oleh rasa tidak yakin, tidak cukup bagus, kecewa kerana melakukan kesilapan dan kecewa kerana ‘gagal’ pada tafsiran mereka sendiri.
Sebagai ibubapa, perhatian dan tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada anak-anak ini untuk mendengar luahan mereka supaya mereka dapat menjadi lebih tenang. Kadang-kadang apa yang diluahkan tidak masuk akal tetapi teruskan memberi sokongan.
Dekati mereka dengan Bahasa Kasih Sayang (Love Language) mereka. Jikalau kita banyak berkata-kata dari mendengar ia akan hanya mengeruhkan suasana.
Cuba yakinkan anak yang sesiapa sahaja akan melakukan kesilapan. Sesiapa sahaja akan melalui episod kegagalan. Berkongsi dengan anak kisah kesilapan dan kegagalan kita sendiri untuk meyakinkan anak.
Sekiranya kita sudah mencuba sedaya upaya, meletakkan harapan dan jangkaan yang realistik pada anak namun anak tetap bersedih, sukar untuk gembira, murung yang berpanjangan, tetap menghukum dan menyalahkan dirinya sendiri sehigga mengganggu tugasan dan rutin harian, dapatkanlah bantuan pakar yang dapat membantu.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Para ulama memang dah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Kalau nak mendidik anak untuk berpuasa tak salah, tapi janganla sampai memudaratkan anak.
Menurut Dr. Izzar, anak-anak kecil mempunyai keperluan metabolisma yang tinggi serta tak boleh nak berkomunikasi secara jelas untuk meminta makan/minum.
“Takut kalau disuruh juga anak-anak kecil tu berpuasa full, dia tak cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak.
“Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi marah sebab ‘hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak train anak berpuasa, janganlah ‘expect’ untuk anak berpuasa seharian.
“Untuk anak-anak kecil, beri mereka berpuasa beberapa jam dahla. Supaya mereka rasa kebersamaan tu. Yela, feeling sahur dengan family sekali, berbuka sekali, tu yang anak-anak suka dan akan ingat. Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau start dari jam 3pm hingga berbuka ke. Ok la
Kalau nak melatih anak-anak berpuasa, ibu bapa perlu ingat:
✅ Sahur perlu banyak sayur, buah, dan protein (daging lembu,ayam,telur) untuk tahan kenyang lama dan juga karbohidrat (nasi, mee, roti) untuk tenaga.
❌ JANGAN beri makanan bergula tinggi/ MANIS. Nanti craving dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak
❌ ELAKKAN makanan MASIN untuk mengurangkan rasa dahaga.
❌JANGAN PAKSA anak untuk makan berlebihan sebab nak ganti balik kekurangan kalori tu. Overeating akan menyebabkan indigestion, bloated (kembung), dan tak selesa. Sebab tu kena berhenti makan sebelum kenyang
❌ Air berkabonat, makanan pedas, dan makanan goreng/berminyak minta elakkan untuk mengurangkan masalah pencernaan
“Yang paling penting dan saya selalu tekankan ialah pemakanan seimbang. Tak kisahla masa bulan Ramadan atau tak. Makanan kena ada cukup zat dan nutrisi dari semua kumpulan makanan. #drizzarshares.”