Cuba bayangkan kalau orang layan kita teruk? Apa perasaannya dan bagaimana kita nak hadapi semua ini. Mungkin paling tidak pun kita akan diam dan jika yang berani akan membalasnya semula.
Namun pernah tak kita terfikir cara kita layan anak dengan sentiasa menjerit, marah-marah, keluarkan perkataan yang tak sedap dengar boleh buat anak simpan satu rasa yang tak best dalam hati mereka.
Bayangkan juga kalau kita sendiri (orang dewasa) dilayan begitu teruk oleh bos atau rakan-rakan. Apa perasaan kita?
Begitulah yang ditekankan oleh Prof Dr Muhaya dalam perkongsian video Macam Mana Nak Hadapi Orang Yang Layan Kita Teruk?
Menurut beliau, ada empat cara komunikasi yang perlu ditekankan iaitu:
1-Komunikasi fizikal
Cakap dengan mata, fizikal telinga. Tetapi kurang berkesan kerana masih terselit sikap ego dalam diri.
2-Komunikasi intelektual
Komunikasi yang melibatkan orang bijak pandai cakap. Asyik nampak “Saya betul, awak salah. Ni biasanya berlaku dalam syarikat atau sesebuah komunikasi.
3-Komunikasi secara emosi
Ini adalah komunikasi paling baik dan berkesan. Jangan bercakap kalau orang tu tak sayang kita.
Contoh: Adam..ibu sayanglah awak..Tapi ayat ini macam tak best sebab ia hanya perkataan saja. Sekiranya perkataan disusuli dengan perbuatan (peluk atau sayang) itu lagi berkesan dan menusuk hati.
Biasanya ayat yang penuh emosi ini sedikit mengada-ngada. Biar nampak ada nada gurauan sikit barulah komunikasi ini lebih berkesan.
Dalam komunikasi ini ada 3 komponen penting iaitu perkataan (akal)7%, intonasi (hati) 38% dan 55% psikologi (hati).
Kualiti kehidupan bergantung kepada kualiti emosi. Mesti ingat setiap komunikasi itu bergantung pada hati dan emosi.
Bagi ibu bapa yang ada anak antara usia 3-5 tahun sekiranya anda marah ia ibarat anda ‘meracun’ anak.
Ramai ibu bapa yang meracun anak tanpa sedar. Tengking, marah-marah tu bahaya. Kesan pada emosi. Sebab itu jangan tengking dan marah anak ya. Ini yang buat anak takut dalam diam.
Bila kita buat macam ini seperti kita bunuhnya dan bukan nak membina anak menjadi seorang yang berjaya.
Anak kita akan bertindak berdasarkan imej yang kita tunjukkan pada dia. Kalau kita ‘racun’ anak dengan menyebut kata yang bukan-bukan, kutuk dengan perkataan tak elok kesianlah.
Ingat anak kecil yang selalu dimarah akan tinggalkan parut dalam diri buat selama-lamanya.
Baca al-Fatihah dan amalkan surah al-ghafir
Sementara itu, dalam perhubungan suami isteri pula, Prof Muhaya menasihatkan seeloknya gunakan gaya komunikasi spiritual.
Contoh baca al-Fatihah bayangkan orang tu depan kita, roh dia depan kita, cakap dan panggil nama dia “Saya sayang awak, saya faham awak, saya minta maaf dengan awak, terima kasih banyak-banyak.
Kalau tak tahan juga marah, bayangkan dia jadi budak kecil 5 tahun. Kecilkan dia, anggaplah jadi budak kecil ambil dan masuk dalam hati cakap I Love U, I Love U
Cara komunikasi spiritual ini bukan untuk pasangan je, orang lain atau rakan-rakan yang selalu berurusan tetapi asyik bad mood, suka-suka marah, tak layan kita dengan baik, buat cara ni.
Malah melalui pengalaman sendiri masa bekerja dulu, ketika kawan saya asyik marah-marah memang saya amalkan cara ni je. Lepas 3 hari memang nampak moodnya elok.
Ustazah Asma’ Harun juga turut pesan amalkan surah al-ghafir ayat 44 jika kita dalam keadaan macam ni. Terus sebut apa masalah tu dalam sujud atau apa saja semasa kita tengah buat. Bacalah!
Sumber: Prof Dr Muhaya