Sekarang ini nampaknya pokok hiasan sama ada dalam dan luar rumah semakin digilai. Ya, memang cantik dan rasa redup umpama ‘penyejuk’ rumah.
Tengok daun hijau di setiap sudut rumah dapatlah rasa tenang sikit. Namun bagi yang ada anak kecil, nak tanam pokok hiasan hidup masih tak yakin kerana takut keselamatan anak.
Lagi satu bagi ibu yang tiada masa untuk membelek pokok hidup ni kerana sibuk bekerja, jika tak dijaga dengan elok, daun pokoknya cepat kuning dan tak membesar dengan baik.
Bagaimanapun hati tetap nak rumah cantik kan. Nak beli pokok hiasan yang ada di pasaran harganya pun boleh tahan. Ok bagi anda yang nak rumah cantik tapi dengan kos yang jimat bolehlah cuba buat projek DIY ini.
Idea yang dikongsikan Puan Wawa Alwi ini sangat jimat dan rumah pun cantik!
Ads
Projek DIY. Ingatkan dapat sepasu je.. rupanya dua. Jadilah.. . Nasib ada spare pasu.
Ada permintaan minta saya share cara nak buat. Saya cuba ye sebab tak ambil gambar setiap satu tu. So harap penerangan saya tu faham la ye.
Bahan-bahan:
1. Daun RM2.10x 10 – kedai eco (saya dpt buat kat dua pasu, satu besar tinggi pokok dalam 1 meter, satu lagi keci dalam setengah meter)
2. Chop stick besar RM2.50 (30 chopstick rasanya, banyak)- supersave
3. Pita bunga – stok memang ada kat rumah tak ingat harga
4. Gabus – RM4.00 – supersave
5. Pasu – RM12.00 – supersave
6. Rumput palsu – sekeping je RM2.10 – kedai eco
Ads
Cara-cara:
1. Ambil 2 daun susun mengadap dan lekatkan di chopstik besar guna pita bunga tu.
2. Ambil lagi 2 daun susun mengadap juga, susun rapat-rapat antara daun yang susun pertama dengan yang di susun kedua sebab bila buka daun nanti tak lah nampak batang chop stik je.
Ads
3. Buat lagi kaedah yang sama ikut ketinggian yang diperlukan. Pastikan bersesuaian dengan saiz pasu ye.
4. Tegakkan daun yang dah siap tu di pasu. Cucuk pada gabus tu ye. Nak gabus bagi kejap tak bergerak ikut kreativiti sendiri la ye. Saya selit-selit dengan surat khabar je.
5. Tutup gabus dengan rumput palsu tu.
6. Buka kelopak daun ikut kreativiti, nak lentok ke bawah ke, nak tegak saja ke, terpulang. Siap.
Ibu mana yang sanggup melihat anak dalam kesakitan. Mata anak tidak boleh dibuka dan mukanya membengkak. Dari hati seorang ibu, pasti ada sesuatu yang tidak kena dan ia bukan biasa-biasa.
Pengalaman ibu ini menghadapi situasi cemas anaknya dijangkiti bakteria dan salah satunya jarang ditemui pada bayi dan kanak-kanak. Air yang tercemar dan dijangkiti menerusi sentuhan daripada orang ramai antara punca penyakit kulit ini mengganas dan menyakiti kebanyakan anak kecil berusia bawah 6 tahun.
Apa itu impetigo? Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.
Apa itu scalded skin syndrome? (sss) Infeksi kulit serius yang disebabkan oleh bakteri Staphylococcus aureus. Bakteri ini menghasilkan racun eksfoliatif yang menyebabkan lapisan luar kulit melepuh dan mengelupas, seperti terbakar. SSSS merupakan penyakit yang jarang ditemui dan seringkali menyerang anak–anak usia <6 tahun, terutama bayi.
JARANG SERANG ORANG DEWASA
Penyakit ini jarang sekali menyerang orang dewasa, kecuali pada orang dengan gagal ginjal atau mempunyai sistem kekebalan tubuh yang lemah. Seperti infeksi stafilokokus lainnya SSSS merupakan penyakit yang menular. Penyakit ini dapat menyebabkan kematian jika bakteri menyerang lebih dalam ke tubuh Anda, memasuki aliran darah, persendian, tulang, paru-paru, dan jantung.
JANGAN BAGI ANAK DIDUKUNG ORANG
Please all parenst yg ade baby please alert utk papa jd kan pegajaran jgn kita baik hati bg anak kt org dukung suke hati lagi2 orang laki ni dia memang suke main bg org pegang tanpa fikir keselamatan baby. tp Allah nak tunjuk moga menjadi teladan utk kita semua. pegalaman yg memang pahit utk di telan dan hampir hitam dunia utk minggu ni moga lepas ni kami lebih brjage2
Sejuta penghargaan buat doktor yang merawat kerana memberikan penerangan yang sangat baik detail dan padat dan all staff nurse yg tk henti bg semangat bg kekuatan pade saye terima kasih bnyak2 hanya Allah dpt membalas jasa kalian.
2/8/19 (Jumaat) Masa ni kami ingt Eldryna kena gigit semut sbb bengkak mate belah kanan sbb seblum ni dia memang pernah kena gigit semut.
2/8/19 (Jumaat-malam)
Masa ni dh naik merah area mulut n mate dh mule bengkak mase tu mama dh tak sedap hati kenape tetbe jd mcm ni tp still ingt kena gigit semut.
3/8/19 (Sabtu)
Masa ni dh pegi klinik mse tu mama ingt punca alergik sbb mama makan ubt tahan sakit mama cirit birit muntah2 mse khamis tetbe jumaat adik jd mcm ni mse tu dr sruh refer hospital so kami pegi emergency hospital.
Sampai di hospital mama cite ape jd kt adik mse tu mama rase semua salah mama. sbb mama ingt adik jd mcm ni sbb mama mse ni adik kena msuk ubat susut bengkak di emergency. tk kena tahan wad ubat hbs boleh balik dyeorg bg ubat sapu. mse ni mama rase hepi sbb ingt semua dh selesai n tkde ape yg serius.
4/8/19 (Ahad)
Semua nye brmula pade hari tu pagi tu tetbe mama tgk mulut adik je megelupas mcm tu mengigil mama tgk mse tu trus direct ke emergency kpj balik. mse smpai sane dr emergency trus kol dr paed yg on call hr tu dh syukur sgt mse tu dr yg on call Dr ******.
Masa ni tgh tunggu nak msuk wad. mse ni makin truk dh keadaan adik mate dh tk boleh bukak makin truk bengkak mama mse ni tak tahu lagi ape yg jd kt adik jd mama. still salah kn diri mama. sepajang hari tu mama meraung mcm org gila mama rase mcm nak pitam mase tu.
Malam tu jd lebih teruk mse nk hbs jd cecair n ade tnggal kesan drah ya Allah hanya Allah je yg tahu mse tu ape mama rase mase dr syed dtg dia bgthu n jelas kan ape trjadi kt eldryna bukan sbb alergik ubat tp sbb jangkitan kulit iaitu impetigo dan scalded skin syndrome tu.
Punca nye dr org ramai pegang2 baby atau persekitaran serta mybe air kotor. tp punca utama kuman tu sbb dr org yg ade sakit kukit or ade kuman tu n pegang eldryna maka kuman tu pegi kt dia so start dari tu maaf kalau mama jd paranoid yg amat kalau org luar nak pegang adik lepas ni. remuk hati mama tgk adik mse ni dgn tkleh bukak mate meraung tahan sakit hancur hati mama memang berlinang air mate je satu hari suntuk tu
5/8/19 (Isnin)
lepas on antibiotics alhamdulilah nmpk kuman yg kt muke adik tu jd kering sikit tnggal salin kulit baru. mate boleh bukak dh lepas nurse bersihkan tp tk dpt bukak besar sbb bengkak.
6/8/19 (Selasa)
mase ni alhamdulilah mate adik yg bengkak dh surut n kulit yg kena kuman tu mule kering nak ganti kulit baru mse ni dr syed ckp mybe makan mase 2 minggu adik kena admit mse tu mengigil mama dgar tp demi kebaikan adik mama redha je mse tu hanya doa yg mama tk putus dr mulut ni utk anak mama eldryna saffyia.
7/8/19 (Rabu)
mase ni mama dh mule boleh positive balik sbb tgk muke adik dh makin elok ade peningkatan yg sgt cpt tak sngke cpt adik recover adik memang kuat.
8/8/2019 (Khamis)
mase ni dr syed kate mybe boleh balik hari jumaat nanti tp dia kena confirm kan dlu sbb dia nak tgk totally adik dh recover sepenuh nye atau blum. mase ni mama mintak semua ahli keluarga doa kan utk adik moga2 dpt discharge jumaat nanti.
muke adik tambah elok lepas nurse bersih kan
8/8/19 (Khamis)
mlm tu sian adik kena 7 kali cucuk sbb tak jmpe line utk masuk kan ubat try punye try nurse dpt jugak kat kaki meraung lah dia mlm tu sian adik demi nak adik baik cpt adik sabar ea
9/8/19 (jumaat)
hari ni adik riang btul sbb dia tahu lah tu dia dh boleh balik dr syed dtg pg tu kate 99% dia bg adik balik petang tu sebelum balik dia nak check adik lagi sekali dlu. semua dh mule elok just tnggal sikit2 utk salin kulit baru mase ni mama hepi sgt tak sangka cpt jugak adik recover dr anggaran dr. adik memang kuat mama syg adik.
petang tu dr syed dtg bgthu adik dh boleh balik ya Allah hepi sgt mse tu syukur tp pd mse yg same takut dan fobia mohon semua rakan2 fb doakan Eldryna Saffyia sellu sihat sentiasa ea lepas ni. jdkan kisah ni sebagai pegajaran buat semua.
Akibat mencubit kedua-dua belah telinga seorang bayi lelaki, anak jirannya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kesan lebam, seorang suri rumah didenda RM6,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam.
Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu ke atas Noor Aziana A. Samad, 33, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya.
Ketika ditanya Mahyon alasan tertuduh mencubit telinga bayi berkenaan, Noor Aziana menjawab “Saya berasa geram kerana mangsa sentiasa menangis dan keadaan rumah tiada air pada masa itu,”.
Ibu tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan terhadap bayi lelaki tersebut sehingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua belah telinga mangsa di sebuah rumah di Taman Melati, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada 2 petang, 5 Mac lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nurliyana Mohd Jafri memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira mangsa dalam kes ini adalah bayi.
“Tindakan tertuduh mencubit telinga bayi berusia 10 bulan sehingga menyebabkan kesan lebam adalah tidak wajar kerana mangsa tidak berdosa.
“Tertuduh mempunyai anak kecil seharusnya dia menjaga mangsa seperti anaknya sendiri dan bukannya melakukan perbuatan tersebut,” katanya.
Noor Aziana yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda dengan alasan mempunyai anak kecil berusia setahun serta dia tidak bekerja.
Berdasarkan fakta kes, semasa pengadu iaitu ibu mangsa ingin mengambil anaknya dari rumah tertuduh terdapat kesan lebam pada kedua-dua belah telinga dan luka pada dahi serta tangan kiri mangsa.
Pengadu telah bertanya kepada tertuduh dan diberitahu anaknya yang menggigit mangsa.
Namun, selepas pengadu memberitahu yang dia mahu membuat laporan polis, tertuduh terus mengaku mencubit mangsa kerana bayi itu menangis selain tertekan dengan keadaan di rumahnya yang tiada air selain gagal mengawal kemarahan.
Ini namanya rezeki! Selama ini dah tak harapkan apa-apa pun, tapi bila dapat tahu bakal menimang cahaya mata kedua, kegembiraan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata. Bagi pasangan suami isteri, Norhafizi Mohamed dan Siti Aisyah Ibrahim dikurniakan bayi perempuan selepas 17 tahun benar-benar pengalaman baru.
Kisahnya tular di TikTok selepas Siti Aisyah, 40, memuat naik video anak sulung, Muhammad Akmal Danial, 17, dan Nur Ayra Delisha yang dilahirkan pada 28 Ogos lalu.
Berkongsi kisahnya itur, Norhafizi, 44, yang menetap di Kampung Gong Kepas di sini berkata, anak sulungnya dilahirkan pada 2004 iaitu tahun pertama perkahwinan mereka.
Menurutnya, dia dan isteri memang mengimpikan zuriat lagi cuma tiada rezeki buat mereka selepas itu.
“Kami tidak merancang dan isteri pernah hamil pada 2008 tetapi kandungannya itu keguguran dan dianggap kami tiada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua ketika itu.
“Selepas mengalami keguguran, isteri tidak hamil dan bagi mendapatkan kepastian, kami bertemu pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan selain berikhtiar dengan menjalani rawatan kesuburan, Inseminasi Intrauterine (IUI).
“Bagaimanapun, masih tiada hasil namun kami tidak berputus asa malah teruskan hidup dengan membesarkan dan beri kasih sayang kepada Muhammad Akmal Danial,” katanya.
Berkongsi pengalamannya sejak ada cahaya mata kedua, Norhafizi mengakui agak kekok kerana sudah lama tidak menjaga dan menguruskan keperluan bayi.
Bagaimanapun, Norhafizi bersyukur kerana ada banyak waktu bersama anak keduanya itu memandangkan sudah bersara sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Mei tahun lalu.
“Bukan hanya saya malah isteri juga kekok kerana sudah lama tidak menguruskan bayi dan berjaga malam untuk menyediakan keperluannya. Seolah-olah kami baru pertama kali menimang cahaya mata walaupun pada hakikatnya pernah mempunyai pengalaman sebelum ini.
“Mujurlah saya sudah bersara jadi ada banyak masa bersama bayi kerana isteri bekerja sebagai jururawat di klinik kesihatan dan tidak lama lagi akan kembali bertugas selepas tamat cuti,” katanya.
Menceritakan penerimaan anak sulungnya, Norhafizi berkata, Muhammad Akmal Danial tidak gembira ketika kali pertama dapat tahu akan ada adik.
“Mulanya dia (Muhammad Akmal Danial) agak memberontak kerana bimbang kami beri perhatian lebih kepada adiknya kerana sebelum ini, dia anak tunggal jadi tumpuan untuknya saja.
“Bagaimanapun, segalanya berubah selepas Nur Ayra Delisha dilahirkan apabila Muhammad Akmal Danial yang paling teruja dan dia juga banyak menghabiskan masa melayan keletah adiknya itu di rumah.
“Sebagai bapa, saya suka melihat keakraban mereka berdua dan gembira apabila Muhammad Akmal Danial sudah ada teman baru di rumah lagipun kasihan juga kepadanya sebelum ini kerana sering diusik rakan gara-gara menjadi anak tunggal,” katanya.
Norhafizi menganggap kehadiran Nur Ayra Delisha dalam hidupnya dan isteri sebagai anugerah terindah yang menceriakan keluarga.
“Ini ketentuan Ilahi dan kelahiran Nur Ayra Delisha membuatkan seluruh keluarga teruja terutama keluarga belah saya kerana kebanyakan anak saudara sudah besar.
“Bagi pasangan di luar sana yang lalui perjalanan sama seperti saya dan isteri supaya bersabar, jangan putus asa dan terus berdoa kepada Allah,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...