
Kalau anda memang bercadang nak beli alat mainan anak, nah! inilah masanya dan tempat yang sesuai untuk membeli-belah bagi menggembirakan si kecil.
October Star Offers telah bermula! Sepanjang bulan Oktober 2017 ini, semua stor Toys R Us di pusat membeli-belah dan stor online Toys R Us mengadakan jualan besar-besaran alat mainan si manja.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membeli pelbagai alat mainan pada harga yang sangat berpatutan. Tentu anak anda seronok dan rambang mata memilih bermacam-macam alat mainan berjenama di sana.
Bermula 1 Oktober yang lalu sehingga 31 Oktober 2017, anda boleh berkunjung ke stor Toys R Us di Tesco Klang, Empire Shopping Gallery dan Main Place USJ Mall, Subang Jaya; IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara; 1Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Damansara; IOI Mall, Puchong; Sunway Pyramid, Bandar Sunway; Paradigm Mall, Kelana Jaya dan Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya.
Seandainya tidak mahu keluar membeli-belah, gunakan sahaja hujung jari anda untuk memilih mana-mana yang berkenan. Mudah kan? Dalam pada itu, nikmati keistimewaan sebagai pelanggan Toys R Us dengan mendapatkan Mobile Star Card sekarang di App Store atau Google Play Store!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Jadi Ahli VeloKiddie Sambil Bergembira Di Pesta Kuih Bulan Di Sunway Velocity Mall

- Dari 7 September hingga 24 September ini, pastikan Sunway Velocity Mall menjadi tempat wajib anda pergi. Kenapa? Macam-macam aktiviti menarik sudah disediakan.
Minum Petang Bersama Didi & Friends
Anak–anak mesti suka dengan karakter kartun Didi, Nana, Jojo, Pak Atan dan kawan-kawannya yang lain. Pasti terngiang-ngiang di halwa telinga, lagu tema kartun kegemaran kanak-kanak Didi & Friends ini. Jom bawa anak anda bergembira di Minum Petang bersama Didi & Friends pada 10, 11 dan 17 September nanti! Anda sekeluarga boleh bertemu dan beramah mesra; minum petang serta menyanyi dan menari bersama karakter-karakter kegemaran ramai ini. Pasti anak-anak kecil teruja bila dapat bertemu secara ‘live’ karakter kartun kesukaan mereka.
Selain daripada itu, di dalam kempen yang sama terdapat pelbagai pilihan kek bulan yang dijamin Halal. Tambah menyeronokkan apabila ada bengkel kek bulan untuk kanak-kanak yang dianjurkan oleh 123Bake. Si kecil akan belajar resipi kek bulan istimewa dan 3 peserta bertuah akan mendapat hadiah misteri daripada 123Bake!
Tawaran dan promosi menarik untuk ahli VeloKiddie
Terdapat banyak outlet lain yang memberi tawaran menarik untuk ahli-ahli VeloKiddie. Antaranya adalah Hippopo Baby Spa & Wellness, Chicco, KidzB, Eureka dan 123Bake.
Hippopo Baby Spa menawarkan sesi spa bayi bernilai RM61 (harga normal RM88) khas untuk ahli VeloKiddie sepanjang bulan September ini!
Di KidzB pula menawarkan diskaun 10% setiap hari! Ditambah pula anak anda bakal memperolehi sticker nama dan kerja seni percuma. Anda boleh tinggalkan anak di sini untuk bermain sementara anda membeli-belah di sekitar Sunway Velocity Mall.
Jika anda mahu membeli baju-baju comel, bolehlah berkunjung ke outlet Poney yang menawarkan 10% diskaun untuk pembelian RM180 dan ke atas atau Poney Clearance Fair yang sedang berlangsung dari 7 – 23 September di Tingkat Satu, berhadapan dengan Hush Puppies Apparel.
Sama juga di Chicco yang menawarkan pelbagai produk bayi dengan harga yang menarik.
Jadi ahli Velokiddie
Bagi pengunjung yang ingin mendapatkan pelbagai tawaran menarik ini dan bukan ahli VeloKiddie, jangan risau, segeralah daftar dan nikmati terus tawaran yang ada. Apa yang paling seronok, pendaftaran adalah percuma untuk kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah. Sambil membeli-belah di outlet-outlet yang ada, pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk anak-anak kecil. Outlet-outlet seperti kOkO Block (permainan Lego Maths, lego Robotrics dan Lego) dan Gymboree (kelas muzik) menawarkan kelas-kelas yang membantu merangsang minda dan IQ si kecil.
Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Sunway Velocity Mall sepanjang tempoh ini kerana terdapat banyak tawaran harga menarik yang menanti anda. Layari https://www.sunwayvelocitymall.com/offers/ untuk mengetahui tawaran eksclusif khusus untuk ahli VeloKiddie sahaja. Jika anda belum menjadi ahli, daftar segera SEKARANG di https://www.sunwayvelocitymall.com/velokiddie_club/ untuk mendapat ganjaran daripadanya. Jangan lepaskan peluang menarik ini ya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diskaun Sehingga 50%! Kena Cepat Kejar Promosi Oktober 2017 Butik Fiffy. Tinggal 4 Hari Sahaja

Kelengkapan anak, ada yang mahu ditambah? Barangan bayi yang bakal lahir masih belum cukup?
Selama empat hari ini, bermula 28 Oktober 2017 hingga 31 Oktober 2017, anda boleh realisasikan hajat itu dengan mendapatkan harga promosi barangan bayi kerana diskaunnya sehingga 50% di butik Fiffy, seluruh negara.
Produk yang ditawarkan termasuklah pakaian bayi, kelengkapan mandian bayi dan kanak-kanak; aksesori bayi, pam payu dara, alat mainan dan banyak lagi. Jadi, jangan lepaskan peluang mendapatkan semua yang anda ingini pada harga menarik, selagi stok masih ada. Kena cepat tau!
Di Kuala Lumpur, anda boleh berkunjung ke butik Fiffy di Lake Field, Sg Besi. Manakala di Selangor, ada beberapa lokasi yang menempatkan butik ini. Anda boleh pergi ke Sekinchan, Bandar Botanik, Klang; Taipan USJ, Telok Panglima Garang, Batang Kali, Kapar, Sungai Buloh, Kuala Selangor dan Sri Gombak.
Di Negeri Sembilan pula butik ini terletak di Seremban 2. Di Johor pula anda bolehlah pergi ke merata lokasi seperti di Johor Jaya, Sutera, Kluang, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat.
Jadi, apa tunggu lagi. Jom meriahkan Jualan Promosi Oktober 2017 Fiffy! Ajak keluarga dan kawan-kawan sekali. Mesti seronok sama-sama berbelanja!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Impian Ibu Nak Susukan Anak Dengan Susu Ibu Sehingga 2 Tahun Boleh Tercapai Dengan Cara Ini!

Setiap ibu menyusu pasti sentiasa berdoa supaya bekalan susu badannya mencukupi untuk keperluan anak membesar. Semua ibu menyusu mengimpikan untuk menyusukan anak dengan susu ibu sehingga berusia dua tahun.
Namun perjalanan menyusukan anak bukanlah semudah yang disangkakan. Banyak dugaan dan cabaran menyusukan anak sejak detik si manja dilahirkan lagi. Turun naik penghasilan susu seringkali menjadi cabaran utama kebanyakan ibu menyusu terutamanya yang bekerja di pejabat.
Tak mudah untuk mengekalkan momentum pengeluaran susu yang sama setiap hari. Tekanan, keletihan, kesibukan sering menjadi musuh utama ibu menyusu mengekalkan penghasilan kuantiti dan kualiti susu yang sama setiap hari.
Bertambah tertekan apabila ibu bekerja yang mengejar masa di pejabat terpaksa mengambil masa berjam-jam semasa mengepam susu untuk memastikan stok susu cukup untuk bekalan anak.
Ramai yang keliru dan terdesak untuk mencuba pelbagai produk penggalak susu bagi memastikan pengeluaran susu ibu terus banyak. Dalam mencari alternatif menggalakkan penghasilan susu badan, ibu jangan tersilap pilih produk yang boleh memberi kesan pada kesihatan diri sendiri. Jangan terlalu obses atau mahukan kesan yang cepat kerana setiap tubuh badan wanita akan memberikan reaksi yang berbeza.
Antara produk penggalak susu ibu yang menjadi pilihan ramai ibu-ibu menyusu adalah Lactation Drink yang digemari ramai ibu menyusu.
Diformulasi khas daripada bahan penggalak susu organik, Lactation Drink sangat digemari oleh ibu yang menyusu. Menariknya minuman organik ini dihasilkan daripada ekstrak bahan organik diproses menjadi serbuk dalam sachet. Ia sangat memudahkan kerana boleh terus dibancuh dan diminum.
Lactation Drink ini diformulasi khas daripada bahan-bahan penggalak susu yang terkenal sejak zaman nenek moyang seperti kurma merah, kurma hitam, longan kering dan sebagainya.
Lactation Drink sangat memahami kesibukan ibu setiap hari terutama ibu yang bekerja tetapi ingin berjaya menyusukan anak hingga dua tahun, ia dirumus khas sebagai penggalak susu semula jadi pertama berbentuk serbuk dalam sachet. Jadi ibu tak perlu lagi merebus bahan-bahan, hanya perlu bancuh dan boleh terus minum.
Antara keistimewaan Lactation Drink ini berbanding produk penggalak susu lain yang kebanyakannya jenis tenusu atau rasa seperti susu, adalah rasanya sendiri. Rasa Lactation Drink ini seperti air longan, manis-manis buah yang pastinya mengurangkan rasa loya atau mual terutama yang alah pada minuman bertenusu.
Produk ini diyakini kerana telah mendapat kelulusan Halal dari JAKIM dan telah berada dalam pasaran hampir tiga tahun. Jadi ibu boleh minum tanpa rasa was-was.
Jawab soalan di bawah ini dan anda berpeluang menang hadiah Lactation Drink.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI