Saya ingin pandangan doktor mengenai prosedur External Cephalic Version (ECV) untuk memperbetulkan kedudukan bayi semasa usia kandungan 36 minggu. Adakah prosedur ini jalan terbaik?
Jawapan:
ECV atau external cephalic version adalah satu prosedur untuk memusingkan bayi daripada kedudukan songsang atau melintang kepada kedudukan cephalic atau dikenali sebagai kedudukan kepala bayi di bawah. Tujuan ECV dilakukan adalah untuk mengurangkan insiden kelahiran bayi songsang atau melintang.
Bayi yang songsang biasanya dilahirkan melalui pembedahan LSCS. Bagi ibu-ibu yang mahu melahirkan bayi songsang melalui faraj, bayi mungkin mengalami masalah “terlekat” dan sukar untuk mengeluarkan kepala dari salur faraj ibu. Keadaan ini boleh mengakibatkan kekurangan oksigen ke otak bayi atau dia berisiko meninggal dunia. Doktor dan jururawat terlatih akan mengendalikan prosedur ECV ini di hospital-hospital yang mempunyai kelengkapan bagi:
• Memantau keselamatan ibu yang inginkan ECV.
• Memastikan bayi selamat semasa dan selepas ECV dilakukan.
• Mempunyai perkhidmatan dan alatan yang cukup jika apa-apa kesulitan timbul sewaktu dan setelah ECV dilakukan.
Ads
Adakah ECV dibuktikan berjaya menukar kedudukan bayi? Jawapannya, terpulang kepada kumpulan kakitangan yang terlibat. Peratus kejayaan dilaporkan setinggi 80%. Jika ECV berjaya dilakukan, 5% daripada bayi ini boleh pusing semula ke posisi songsang. Jika ECV tidak berjaya, puan perlu berbincang dengan doktor puan sama ada puan ingin:
1. Mencuba ECV sekali lagi.
2. Melahirkan anak melalui pembedahan LSCS jika anak masih songsang pada minggu yang ke-37.
Waktu yang disarankan melakukan ECV adalah pada 36 minggu. Jika puan sudah mempunyai anak sebelum ini, prosedur ECV ini boleh juga dilakukan ketika kehamilan minggu yang ke-37.
Puan ada bertanya adakah ia selamat. Jawapannya ya! Kebanyakan ECV tidak menyebabkan komplikasi tetapi puan hendaklah melakukan ECV setelah berbincang dengan doktor dan diterangkan tentang risiko-risiko yang berkaitan dengan ECV ini. Tiga komplikasi yang pernah dilaporkan adalah:
Ads
1. Abruptio placenta (Uri lekang dari dinding rahim).
2. Uterine rupture (Rahim pecah/luka).
3. Fetomaternal bleeding (Masalah pendarahan ketika hamil).
Dalam pada itu, tidak semua wanita sesuai untuk prosedur ECV. Wanita-wanita ini tidak dibenarkan melalui prosedur ECV:
1. Pernah mengalami pendarahan ketika hamil.
Ads
2. Sudah dikenal pasti memerlukan pembedahan LSCS dari awal lagi.
3. Bayi yang mempunyai corak CTG yang tidak normal sebelum ECV.
4. Bayi kembar.
5. Masalah kehamilan yang sudah pecah air ketuban.
6. Mempunyai bentuk rahim bicornuate dan sebagainya.
Oleh itu jika puan inginkan ECV, prosedur ini mestilah dilakukan di dalam hospital yang boleh memantau puan dan anak dalam kandungan. Hospital itu juga mestilah mempunyai kemudahan untuk pembedahan LSCS jika puan dan/atau bayi memerlukannya dengan segera.
Soalan ini dijawab oleh Dr Norintan Zainal Shah, Doktor Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Medical centre, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak adalah anugerah yang terindah untuk kita. Asalkan sihat, sebagai ibu ayah kita sudah mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Namun, mungkin ada sesetengah pasangan yang mencuba untuk mendapatkan anak perempuan.
Sebenarnya ada ikhtiar yang boleh dicuba untuk mendapatkan anak perempuan. Menerusi perkongsian ringkas di TikTok @Klinik Sabah, Dr. Ruhaizad Daud kongsikan bagaimana caranya.
Menurut doktor ini, ada dua syarat utama yang perlu dipenuhi untuk memastikan peluang mendapatkan anak perempuan melebihi 50 peratus.
1. Haid yang teratur
2. Melakukan hubungan kelamin dengan suami sehingga 4-5 hari sebelum tiba waktu ovulasi (hari subur)
Katanya lagi, haid yang teratur sangat penting untuk seorang wanita mengetahui waktu ovulasi yang merupakan hari subur mereka. Dengan cara ini, lebih mudah untuk merancang jantina anak. Lebih mudah sekiranya waktu subur dan putaran haid ditentukan menggunakan aplikasi period tracker.
Jelas Dr. Ruhaizad, sewaktu hari ovulasi elak untuk mengadakan hubungan kelamin dengan pasangan kerana ketika ini potensi mendapat anak lelaki lebih tinggi.
Melalui ruangan komen, ada juga yang berkongsi keberkesanan kaedah ini;
Semoga perkongsian dari doktor ini dapat membantu pasangan yang mungkin teringin untuk mendapatkan anak perempuan. Mana tahu ada rezeki kan?
Bakal melahirkan anak pada bila-bila masa je, pelakon Izreen Azminda berkongsi perkembangan terbarunya yang dia kini mengalami masalah sukar untuk tidur waktu malam.
Menerusi perkongsian di instagram, Izreen juga memberitahu beratnya kini sudah melebihi 80 kilogram.
“Dah hujung-hujung fasa ni memang semua mommies ada masalah tidur ke?..
“Saya susah sungguh nak tidur sejak akhir-akhir ni. Kalau tidur pun tidur-tidur ayam ja..
“Pusing sana tak kena sini tak kena..makan pun dah kurang.. eceh… padahai dah 80kg lebih ni,” kongsinya.
Menerusi posting itu, Izreen juga memuat naik gambarnya yang tetap bersiap lawa dan tak nampak pun seperti ibu yang sedang menunggu masa nak melahirkan bayi.
Masih nampak lagi bertenaga dan terserlah seri ibu mengandung. Perkongsian itu telah menarik perhatian peminatnya yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.
“Serius la 80kg? sis tak nmpk pun macam 80kg”
“Saya masa mengandung dulu belemoihh..nak hujung-hujung lagi belemoih..malas nak bersiap..Tengok Izreen lawa je selalu.”
“Saya dah 36 minggu 3 hari..nak nangis & stress kalau nak tidur. Semalam 2 jam je tidur tu pun dah lepas dengar azan subuh. Bayangkan golek sampai azan subuh tak boleh tidur..semua posisi dah try”
Sebelum ini Izreen telah dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim, 2 tahun selepas mendirikan rumah tangga bersama Ude Wahid pada Ogos 2019.
Pada perkahwinan pertamanya , Izreen telah mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Adrian Umar, 5.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita mengandung pasti akan mengalami perubahan hormon. Semakin meningkat usia kandungan, semakin banyak proses perubahan hormon berlaku.
Dalam tempoh kehamilan itu, perubahan hormon di kalangan wanita sangat ketara sehingga menyebabkan suami sukar untuk memahami sepenuhnya punca perubahan yang berlaku seperti emosi yang tidak stabil, sembelit, perubahan waktu tidur dan mengidam makanan.
Kesan perubahan pelbagai hormon dalam badan merupakan punca utama kepada semua simptom tersebut. Perubahan hormon inilah membolehkan wanita mengandungkan bayi selama sembilan bulan dan membantunya membesar.
Antara perubahan yang berlaku adalah:
✅ LEHER, KETIAK DAN KAKI HITAM
Semasa hamil , perubahan kulit akan terjadi seperti ketiak hitam ,leher hitam dan kaki hitam serta sebagainya. Tompok-tompok hitam ini dipanggil “CHLOASMA”.
✅ KEGATALAN KULIT
Ibu hamil jugak akan mengalami kegatalan kulit terutama pada bahagian perut. Kegatalan ini menyebabkan ibu tidak rasa selesa dan sentiasa tergaru.
✅ JERAGAT DAN JERAWAT
Masalah pada kulit muka juga seperti jeragat dan jerawat akan terjadi pada ibu hamil. Ini disebabkan perubahan hormon ibu mengandung akan mengeluarkan minyak yang berlebihan pada muka dn kekurangan air juga akan menyebabkan timbul masaah jeragat, jerawat dan sebagainya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.