Proses bersalin yang menunjukkan kemajuan yang lemah atau poor progress labour boleh menimbulkan beberapa komplikasi kepada ibu dan bayi. Ikuti perkongsian pakar O&G ini.
“Kelahiran bermaksud proses fisiologi di mana bayi dan uri dikeluarkan dari rahim. Bagi kelahiran yang normal, proses berlangsung selama 12 jam bagi keseluruhannya.
“Bagi kelahiran yang memakan masa 18 hingga 20 jam, ia dikatakan sebagai poor progress labour,” kata Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik dan Genikologi, KPJ Selangor Specialist Hospital.
DEGUPAN JANTUNG & PERGERAKAN JANIN SERTA KONTRAKSI DIREKODKAN
Proses kelahiran adalah proses yang dinamik. Tempoh masa bagi setiap kelahiran adalah berbeza. Menurut Dr Siti Esah, proses kelahiran dan segala bacaan akan direkodkan dalam carta partograf yang akan dipantau oleh doktor dan jururawat yang bertugas.
Catatan partograf ini dapat membantu doktor untuk membuat keputusan sama ada proses bersalin ini normal atau tidak dan apa tindakan selanjutnya.
Antara pemeriksaan penting yang dilakukan semasa proses bersalin ialah cardiotocography (CTG). Informasi yang didapati dari pemeriksaan ini ialah;
1. Degupan jantung janin
2. Pergerakan janin
3. Kontraksi rahim ibu
Ads
CARA KEMAJUAN SEBUAH KELAHIRAN DIUKUR
Perkara yang dipantau dalam Partograf termasuklah keadaan ibu, keadaan bayi, perkembangan pembukaan rahim (cervix), penurunan kepala bayi (descend) kontraksi.
Bacaan-bacaan yang direkodkan didalam partograf ini akan dipantau bagi memastikan kemajuan (progress) kelahiran berjalan tanpa sebarang komplikasi.
Bacaan degupan jantung janin (dari CTG) perlulah menunjukkan variability (rawak di mana ada turun naik) dan ciri ciri normal.
JIKA KONTRAKSI TIDAK KUAT & SERVIKS BELUM LEMBUT
Sekiranya tahap kontraksi ibu tidak kuat dan serviks masih belum lembut dan terbuka, ada ubat-ubatan seperti prostin akan diberikan kepada ibu untuk menggalakkan bukaan cervix.
SEKIRANYA SERVIKS LEMBUT TETAPI KONTRAKSI TIDAK KUAT
Sekiranya pangkal rahim (cervix) sudah cukup luas tetapi kontraksi tidak kuat , selaput akan dipecahkan dan pitocin akan digunakan untuk menguatkan kontraksi.
Ads
“Doktor akan menilai keadaan dan situasi, sekiranya ibu dalam keadaan yang baik dan bayi tidak menunjukkan tanda-tanda lemas maka proses kelahiran dibiarkan berlaku secara semula jadi dalam jangka masa tertentu.
“Namun jika graf pada partograf menunjukkan pola mendatar ia itu tidak ada perkembangan atau keadaan bayi tidak sihat pembedahan caesarean perlu dilakukan segera,” kata Dr Siti.
3 FAKTOR PENYEBAB POOR PROGRESS LABOUR
Antara faktor yang mencetuskan proses kelahiran yang lambat ialah;
#1. Pecah ketuban awal. Sepatutnya ketuban perlu pecah apabila serviks sudah lembut dan bersedia. Ini akan menyebabkan proses kelahiran menjadi perlahan.
#2. Cephalopelvic disproportion (CPD) iaitu kepala bayi tidak berpadanan dengan saiz pelvis ibu.
#3. Kontraksi ibu yang tidak normal seperti cukup kuat menyebabkan kepala bayi tidak turun ke bahagian pelvis. Ia juga boleh disebabkan oleh kandungan kembar dan polihidramnios iaitu air ketuban banyak.
Ads
9 KESAN POOR PROGRESS LABOUR
Bagi ibu yang menghadapi poor progress of labour perlu memahami risiko yang mungkin boleh berlaku pada diri dan bayi.
IBU
Ibu boleh mengalami tekanan (stress)kerana mengalami kontraksi dan labour yang lama.
Berisiko untuk mendapat jangkitan terutamanya bila ketuban pecah awal.
Kecederaan kepada rahim ibu seperti rahim pecah. Kebanyakannya berlaku kepada ibu yang mempunyai ramai anak.
Tumpah darah.
ANAK
Fetal distress atau lemas.
Sindrom aspirasi mekonium di mana bayi boleh tersedut najis sehingga ke paru-paru.
Kecacatan pada otak bayi akibat kekurangan oksigen semasa kelahiran seperti terencat otak atau cerebral palsy.
Kematian.
Jangkitan kuman kepada bayi.
ADAKAH CAESAREAN SATU-SATUNYA CARA UNTUK PROSES BERSALIN?
Tindakan oleh pihak doktor sekiranya poor progress labour terjadi ialah menilai situasi tersebut terlebih dahulu dan tidak terus memberikan opsyen pembedahan caesarean kepada ibu. Pemberian ubat-ubatan akan diberikan bagi ibu yang mana kontraksi tidak kuat .
Perlu diketahui bahawa alat bantu kelahiran seperti forsep dan vakum tidak boleh digunakan sekiranya bukaan serviks tidak mencapai 10sm (kecuali dalam keadaan ibu yang pernah melahirkan ramai anak)
Namun sekiranya percubaan menggunakan ubat-ubatan gagal, maka pembedahan caesarean akan dilakukan sebelum sebarang komplikasi dan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah telah selamat melahirkan bayi keduanya pada pagi tadi. Berita gembira itu dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini menerusi akaun Instagram miliknya.
Bella telah memuat naik sekeping gambar bersama bayi perempuannya itu. Dalam kapsyen tersebut, Bella menzahirkan perasaan syukur kerana sudah selamat melahirkan bayi keduanya itu.
Dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada semya yang sentiasa mendoakan.
Dalam posting tersebut juga Bella menyatakan dia sampai di hospital sekitar jam 3.30 pagi dan pada jam 6.10 pagi dia telah selamat melahirkan bayinya itu.
“Syukur Alhamdulillah, Bella dah selamat Bersalin. Thank you so much kepada yang sentiasa mendoakan Bella
“Yayy, it’s our first wefieee
“Sampai Hospital tadi 3.30am, my baby princess keluar jam 6.10am, Alhamdulillah (abang dulu 1 jam setengah, adik ni 2 jam setengah,” tulisnya.
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Bella atas kelahiran bayi keduanya itu.
Tahniah buat Bella & Aliff Aziz. Alhamdullilah semuanya dipermudahkan walaupun bersalin tanpa suami di sisi. semoga dengan kehadiran baby princess ini akan melengkapkan lagi keluarga bahagia mereka.
“Tatkala melihat kakak terbaring dan sedang mengandungkan anak sulungnya, hati mana yang tak sedih. Walaupun tidak banyak perubahan yang berlaku pada kakak, tapi sudah ada petanda positif apabila bola matanya bergerak dan jari tangannya sudah boleh menggenggam objek,” kata Fazariah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 43, yang koma selepas disyaki dipukul suaminya pada 4 Mei lalu.
Fazariah, 38, berkata, bagaimanapun Jahidah masih belum boleh mengeluarkan suara sekali gus tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain.
Mata mula berkelip-kelip, dah ada pergerakan jari
Menurutnya, Jahidah kini dijaga rapi adiknya, Fauziah Nordin, 40, di rumah di Bandar Seri Sendayan, dekat sini.
“Kakak masih di tahap separuh sedar di mana kedua-dua matanya yang terbuka mula berkelip-kelip berbanding sebelum ini ia hanya statik.
“Tidak banyak perubahan dari segi kesihatannya namun ada pergerakan pada jari di kedua-dua tangannya dan kami memberikan bola kertas untuk dia menggenggam.
“Anggota badan yang lain tidak menunjukkan perubahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hanya bergantung dengan bubur dan susu khas
Fazariah berkata, kakak sulung daripada tujuh beradik itu kini hanya bergantung kepada bubur dan susu khas yang diberikan melalui saluran tiub.
Kandungan dah berusia 18 minggu
Katanya, doktor dan kakitangan Pusat Kesihatan Daerah masih terus merawatnya bagi memastikan tahap kesihatannya bertambah baik termasuk keadaan anak sulung yang sedang dikandungnya.
“Daripada maklumat yang diberikan doktor, keadaan anak yang dikandung dalam keadaan baik dan sudah memasuki minggu ke-18.
“Kami sekeluarga akan terus mendoakannya agar kesihatan dia pulih sepenuhnya dan dapat meneruskan kehidupan seperti sebelum ini,” katanya yang berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana menyalurkan bantuan RM500 sebulan untuk urusan penjagaan kakaknya itu.
Kisah Jahidah yang juga penjawat awam di Johor mendapat perhatian selepas koma akibat mengalami kecederaan serius di kepala dan tengkorak disyaki akibat dipukul suami, Rosmaini Abd Raof, 38, di rumah mereka pada 4 Mei lalu.
Suaminya sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tuduhan itu mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda ke panggung wayang pasti anda dapat melihat beberapa pasangan yang membawa bayi ke panggung wayang. Membawa bayi ke tempat tersebut seolah-olah menjadi trend tanpa memikirkan risiko yang bakal berlaku kepada bayi mereka.
Menerusi laman facebook Baby Language mendedahkan risiko jika membawa bayi yang berusia bawah 2 tahun ke panggung wayang.
Trend ibubapa bawa bayi ke panggung wayang: Anda sedar atau tidak, ia merbahaya? Screenshot pertama ialah balasan mesej dari GSC cinema Malaysia kepada saya sendiri. Dua screenshot terakhir adalah pengakuan pekerja panggung wayang luar negara.
Keduanya mengesahkan hal yang sama: panggung wayang BUKAN tempat buat anak di bawah 2 tahun.
Faktanya, pendedahan lama (anggaran lebih 2- 8 jam) kepada bunyi melebihi 85db-90db sangat berisiko buat pendengaran ORANG DEWASA apatah lagi buat anak kecil. (sumber: hearinglosthelp.com).
Untuk rekod perbandingan bunyi, penyedut hampagas sekitar 70db, perbualan biasa 60db dan gergaji elektrik ialah 110db. Bunyi wayang? Owhh…sangatlah banyak tingginya dari itu.
Ok pasti ada yang akan berkata, ‘Saya biasa je bawa baby gi wayang.Ok je tak de apa’ Soalannya, menonton wayang ini aktiviti ‘dambaan’ siapa? Ibubapa bayi atau bayi?
Tiada manfaat khusus aktiviti menonton wayang kepada anak kecil di bawah 2 tahun kepada perkembangan atau stimulasi pancaindera mereka. Taman permainan, taman rekreasi, ‘outdoor nature theme park’, pantai, gym kanak-kanak dan mana-mana tempat yang memberi anak peluang mengunakan keseluruhan derianya untuk ‘berada’ di dalam situasi itu, YA ini aktiviti yang berhak mereka dapatkan.
Duduk menonton wayang? Ini untuk kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa.
Jika anda benar-benar perlukan ‘me time’ untuk menonton wayang, tinggalkanlah anak kecil anda sementara waktu kepada penjaga yang di percayai. Ini lebih baik dan selesa bukan saja buat anda, tetapi kepada orang lain juga.
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.