Siapa tidak mahukan percutian. Percutian bagi ibu-ibu amat penting untuk meregangkan kembali keadaan. Malah psikologis juga mencadangkan mom-cation ibu-ibu bercuti supaya boleh menjalankan tugas dengan baik.

Ibu-ibu didapati tidak mendapat rehat yang cukup ditambah dengan pelbagai punca ketegangan seperti menguruskan kekangan kewangan keluarga dan jadual yang ketat menguruskan anak dan suami. Jadi psikologis menyarankan para ibu mendapatkan rehat melalui bercuti atau mom-cation!

Tidak perlu lama, 2 hari pun sudah cukup. Ia adalah solusi yang baik untuk memperbaiki kesihatan mental ibu, fizikal dan emosi.

Mom-cation ialah percutian yang diperlukan ibu-ibu yang percaya mereka memerlukan ‘me-time’ untuk melakukan tugas dengan lebih baik. Ia akan memberikan rehat yang cukup dan secara tidak langsung memberikan manfaat kepada sesebuah keluarga. “Dr Nava Silva, pakar psikologi berkata keseimbangan amat mustahak bagi perkembangan anak-anak dan situasi sebuah keluarga.

Psikologis Kata Mom-cation Bagus Untuk Ibu, 2 Hari Pun Dah Cukup Untuk Rehat

Ahli keluarga dan semua perlu faham bahawa tugas seorang ibu ialah full time job melakukan tugas-tugas, mencuci, mengemas, memasak, mendidik dan mengasuh anak dan banyak lagi. Bagi sesetengah ibu, idea percutian ini kedengaran ‘terlalu hebat’ untuk direalisasikan buat mereka. Tidak sanggup meninggalkan semuanya. Tapi ibu-ibu perlu tahu bahawa ibu perlu berehat.

Ads

Beberapa hari perlu ada dalam hidup para ibu tanpa merisaukan tentang apa yang perlu dimasak, tidur, anak buang air besar dan sebagainya. Ia seperti sukar untuk dilaksana tapi semua perlu tahu yang ibu-ibu perlukan rehat untuk terus memberikan khidmat terbaik dan juga memberikan impak yang baik kepada keluarga.

Psikologis Kata Mom-cation Bagus Untuk Ibu, 2 Hari Pun Dah Cukup Untuk Rehat

Ads

Mungkin ramai yang mengatakan percutian ini sukar untuk direalisasikan dan mempunyai kekangan seperti bajet kecil dan sebagainya. Beberapa tips ini akan membantu ibu berehat sebentar;

  • Berikan diri anda rehat pada satu pagi setiap minggu. Sememangnya tidak dinafikan apabila menjadi ibu, cuti hujung minggu pun seakan tidak sempat untuk berehat. Jadi, anda boleh pilih satu hari  di mana waktu paginya anda boleh melakukan perkara yang anda suka seperti beryoga, membuat urutan atau membaca buku. Ia seperti mengecas bateri anda!

Psikologis Kata Mom-cation Bagus Untuk Ibu, 2 Hari Pun Dah Cukup Untuk Rehat

Ads
  • Peruntukkan sehari dalam sebulan untuk berehat dan memberikan masa untuk diri anda. Tetapkannya di dalam kalendar anda supaya anda. Setelah sibuk dengan kerja rumah dan ke sana sini menguruskan anak-anak, amat penting untuk berseronok& berehat.
  • Jadualkan kerja rumah supaya anda tidak melakukan perkara yang sama setiap hari. Kerja seperti mencuci pakaian boleh ditangguhkan kepada dua atau tiga hari sekali, membuat giliran mencuci pinggan mangkuk dengan suami dan sebagainya. Anda boleh terus jadi produktif tetapi elakkan melakukan sesetengah tugas setiap hari, ia akan membantu anda untuk terus rasional!

Psikologis Kata Mom-cation Bagus Untuk Ibu, 2 Hari Pun Dah Cukup Untuk Rehat

  • Rancang dan cuba realisasikan mom-cation, iaitu percutian untuk diri anda. Lari sebentar dari suasana normal menjadikan anda lebih relaks dan tenang. Buat bajet kewangan dan cuba realisasikannya tahun ini.

Ibu yang pulang daripada percutian mom-cation akan lebih segar dan cukup rehat. Malah ada ibu yang mengakui boleh menjadi ibu yang lebih sabar dan isteri yang lebih baik. Anda akan lebih menghargai apa yang ada di rumah kerana anda berpisah sebentar dengan rutin di rumah.

Tidak perlu lama, 2 hari pun sudah cukup. Ia adalah solusi yang baik untuk memperbaiki kesihatan mental ibu, fizikal dan emosi.

Sumber: www.healthy-holistic-living.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI