Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mencatat keuntungan pelaburan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak RM118.46 juta bagi tempoh setengah tahun pertama tahun 2020. keuntungan pelaburan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 19.66 peratus berbanding RM99 juta bagi tempoh yang sama tahun 2019.
Dalam satu kenyataan, PTPTN mengumumkan peningkatan keuntungan itu disokong kaedah dan pemantapan strategi pelaburan yang dijalankan.
“Peningkatan keuntungan ini disokong oleh kaedah pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal di samping memberikan pulangan atau keuntungan yang tinggi dan positif.
“Pemantapan strategi pelaburan dengan menumpukan kepada simpanan tetap jangka panjang berjaya mengurangkan tekanan daripada pasaran ekuiti yang tidak menentu di peringkat global.
“Ia adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan simpanan dalam SSPN sentiasa terjamin dan dilindungi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurut kenyataan tersebut juga, impak pandemik Covid-19 ke atas ekonomi negara menjadi cabaran bagi PTPTN dalam menguruskan pelaburan dana SSPN demi melindungi kepentingan pendeposit.
Ads
“PTPTN telah mengambil langkah mengenal pasti kesan Covid-19 ke atas pelaburan melalui pemantauan berkala. Di samping itu, strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemah juga dilakukan bagi memastikan kadar pemberian dividen yang kompetitif berbanding institusi-institusi kewangan yang lain,” katanya.
Menurutnya, penularan wabak Covid-19 telah memberikan impak yang ketara terhadap ekonomi dan pasaran kewangan dunia termasuk ekonomi dan pasaran kewangan tempatan.
“Namun begitu, kepercayaan dan sokongan pendeposit SSPN kekal utuh dan sentiasa berterusan menyimpan di dalam SSPN bagi tujuan pendidikan anak-anak walaupun dalam situasi yang mencabar ini.
Ads
“Buktinya rekod pencapaian SSPN bagi tempoh setengah tahun pertama tahun ini terus meningkat. Jumlah deposit yang diterima adalah sebanyak RM682.02 juta berbanding RM425 juta pada tempoh yang sama tahun 2019. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM257.02 juta atau 60.48 peratus sekali gus menjadikan deposit SSPN keseluruhan sehingga Jun 2020 berjumlah RM6.57 bilion,” katanya.
Jelas kenyataan itu lagi, peningkatan yang berlaku merupakan adalah hasil usaha dan kerjasama daripada semua pihak serta usaha PTPTN dalam mendepani cabaran-cabaran baharu termasuk menyesuaikan diri dengan situasi semasa pandemik Covid-19.
“Ia merangkumi usaha memperkasakan pemasaran SSPN secara digital atau dalam talian (online), pembudayaan normal baharu dalam pengoperasian serta penyampaian perkhidmatan dan maklumat kepada para pelanggan.
Ads
“SSPN merupakan instrumen simpanan yang diwujudkan oleh PTPTN, dijamin sepenuhnya oleh kerajaan serta produk patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar di samping menawarkan pelbagai manfaat penabungan seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful dan dividen yang kompetitif,” katanya.
Jelasnya, dengan pelbagai manfaat dan insentif yang ditawarkan serta peningkatan kesedaran masyarakat terhadap penabungan bagi tujuan pendidikan sehingga 30 Jun 2020 sebanyak 184,992 akaun baharu SSPN telah dibuka.
“Secara keseluruhan, sejak SSPN dilancarkan pada tahun 2004 sehingga setengah tahun pertama 2020 sebanyak 4.57 juta akaun SSPN telah dibuka,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mendapat sokongan daripada isteri tersayang adalah salah satu kunci dalam kehidupan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Pelakon Nadzmi Adhwa sangat terharu apabila isterinya Ardell Aryana menghadiahkan sebuah komputer untuknya sebagai tanda sokongan buat Nadzmi yang akan melanjutkan pelajaran ke peringakat Ijazah Sarjana atau Master.
Nadzmi dalam postingnya di Instagram berjanji akan lakukan yang terbaik dan menanam niat untuk ke peringkat tertinggi seterusnya iaitu PHD.
“Balik balik je dia tinggalkan nota kecik atas meja.
“Terima kasih sebab selalu support saya in everything. Dia (Ardell) kata dia dengan Urwa (anak) peminat number satu saya.
“Insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk sambung Master ni. Kalau ada rezeki sampai PHD Insyaallah!
“Kawan baik saya tahu segalanya tentang saya, dari dulu sampai sekarang. Kawan baik saya ialah isteri saya. Saya sayang awak isteri,” katanya.
Nadzmi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik video rakaman menunjukkan computer yang dimiliki dan sekeping nota.
Dalam nota tersebut tertulis, “This is for you! Saya dan Urwa support awak sambung belajar,”
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan agar urusannya untuk sambung belajar dipermudahkan.
Terdahulu, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.
Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.
Urwa selamat dilahirkan pada 5 June 2020, jam 2.22.22.
Sumber: Gempak & Ig Nadzmi Adhwa
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Isnin lalu, tular sebuah nahas yang mengakibatkan seorang bayi berusia 4 bulan yang tercampak ke tengah highway ketika keluarganya dalam perjalanan pulang selepas beraya di kampung.
Wanita dikenali sebagai Natasya Nadia mendakwa seorang pemandu kereta yang melanggar keretanya itu sehingga terbabas, benar-benar buatkannya trauma sehingga kini.
Difahamkan, keterangan suspek berusia 30 tahun itu sudah diambil pihak polis bagi membantu siasatan.
Pihak Natasya masih mengharapkan bahan bukti yang lebih kukuh seperti rakaman dashcam semasa insiden berlaku daripada pemandu lain.
Terdahulu nahas dilaporkan berpunca daripada kereta BMW yang sebelumnya berada di lorong sebelah kiri, namun tiba-tiba mencelah ke lorong kanan sekaligus muncul di hadapaan laluan keluarga tersebut.
Sementara itu, dalam perkembangaan terbaru juga, pasangan suami isteri ini sudah dibenarkan keluar ke hospital. Kaki Natasya masih lagi disimen akibat retak pada pergelangn kiri, manakala suami pula cedera di bahagian tangan kanan.
Bagaimanapun, mereka amat bersyukur kerana tahap kesihatan bayi semakin stabil dan kini masih dalam pemantaun doktor di NICU.
Setelah sembilan bulan terpisah dek kerana penularan pandemik Covid-19, akhirnya penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dapat bertemu isteri dan anak-anak Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Dalam perkongsian video oleh Bella Astillah di Instagram miliknya, jelas memaparkan kerinduan bukan sahaja dari Bella malah anaknya Ayden yang tidak lekang memeluk dan mencium daddynya.
Selama sembilan bulan ini Ayden hanya berhubung melalui panggilan video sahaja untuk bercakap dengan daddy tersayang.
Sementara itu di laman Instagram milik Aliff juga turut memuat naik video yang sama dan terdahulu dia berkongsi Insta story dengan sepotong ayat yang menggambarkan perasaan terujanya dapat bertemu keluarga tercinta.
“Finally, Assalamualaikum sayang,” disertai label nama Bella Astillah yang ketika itu sedang memandu kereta.
Aliff terpisah selama sembilan bulan dengan Bella dan dua cahaya matanya akibat penularan COvid-19.
Difahamkan Aliff sudahpun menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan sebelum dibenarkan pulang ke rumah hari ini.
Sepanjang terpisah dengan Aliff, isterinya Bella menjalani proses kehamilan, bersalin dan berpantang anak kedua mereka sendirian.
Apa yang pasti pertemuan dengan isteri dan anak-anak terutamanya Ara Adreanna yang kini sudah berusia 5 bulan mengujakan Aliff.
Sebelum ini, Bella yang juga pelakon, penyanyi dan personaliti media sosial ada berkongsi klip video Ayden menangis kerana terlalu rindukan daddynya.
Perkongsian tersebut meruntun hati pengikut Bella yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga.
Syukur mereka akhirnya disatukan semula, malah perkongsian video itu juga turut dihujani dengan komen menyatakan kesyukuran dengan penyatuan tersebut. Ramai juga yang mendoakan keharmonian keluarga Aliff dan Bella. Sebak tengok!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.