top sspn

Bertempat di Menara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Kuala Lumpur, Pelancaran Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020 telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN.

Cabutan WOW! adalah promosi yang istimewa dan sinonim dengan SSPN-i Plus semenjak produk ini diwujudkan pada tahun 2015.

Terdapat dua kategori cabutan iaitu Cabutan Tahunan dan Cabutan Bulanan. Hadiah yang ditawarkan cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM1 juta.

PTPTN Lancar Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020. Peluang Menangi Kereta & Hadiah Wang Tunai!

Hadiah utama Cabutan Tahunan bagi Cabutan WOW! SSPN-i Plus adalah berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua wang tunai RM50,000, tempat ketiga wang tunai RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 pendeposit.

Bagi hadiah Cabutan Bulanan, 20 orang pendeposit berpeluang meraih hadiah wang tunai bernilai RM2,020 setiap bulan. Seramai 1,123 pendeposit akan berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

Tempoh promosi Cabutan WOW! SSPN-i Plus ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2020 bagi Cabutan Bulanan manakala bagi Cabutan Tahunan pula bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2020.

Promosi ini turut bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia memulakan penabungan sejak dari awal di samping menikmati pelbagai manfaat yang ditawarkan kepada pendeposit SSPN-i Plus.

SSPN-i Plus merupakan skim simpanan pendidikan yang menawarkan enam (6) pakej simpanan yang boleh dibuat oleh ibu bapa mengikut kemampuan masing-masing. Pakej paling rendah yang ditawarkan adalah pakej Intan iaitu dengan simpanan serendah RM30 sebulan.

Dengan pakej simpanan takaful ini juga, pendeposit layak menerima manfaat takaful dari RM40,000 sehingga RM1juta, tertakluk kepada pakej yang dipilih selain elaun kemasukan hospital, 36 penyakit kritikal dan khairat kematian.

PTPTN Lancar Cabutan WOW! SSPN-i Plus 2020. Peluang Menangi Kereta & Hadiah Wang Tunai!

Bagi yang ingin membuka akaun atau membuat penambahan simpanan, layari www.lovesspn.com. Selain itu orang ramai juga boleh menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN atau mengunjungi Pejabat PTPTN Negeri yang berdekatan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI