PTPTN Tangguh Bayaran Pinjaman 3 Bulan Berkuatkuasa Serta Merta Hingga 30 Jun

Share

Mengambil kira keadaan negara yang disebabkan penularan wabak COVID-19 dan sebagai tanda keprihatinan kepada peminjam, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan.

Menerusi satu kenyataan media, PTPTN merujuk kepada kenyataan Menteri Kanan- Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, dengan penuh rasa prihatin kerajaan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN bermula 19 Mac.

Berkuat kuasa serta merta

Sehubungan itu, penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam ini akan berkuat kuasa serta merta selama 3 bulan sehingga 30 Jun depan.

Bantu 1.5 juta peminjam

Penangguhan yang diberikan ini dijangka akan memberi manfaat dan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam PTPTN yang sepatutnya membuat bayaran balik pinjaman mereka melibatkan jumlah kutipan bagi tempoh penangguhan ini sebanyak RM375 juta.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui talian Careline di 03-2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.

Dalam keadaan sekarang ini, PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.

 

Published by
Wan Amy