Selain kuih siput dan kuih gunting, salah satu kudapan paling popular di hari raya pastinya Rempeyek. Rempeyek antara kudapan terlaris dan paling digemari anak-anak. Ada waktunya anak makan berebut-rebut, lebih-lebih lagi ketika di makan sambil menonton televisyen. Pokok kata, pasti tak cukup sebalang.
Apa kata raya kali ini kita cuba menghasilkan rempeyek sendiri bersama anak-anak. Paling menarik, letaklah seberapa banyak pun ikan bilis dan kacang yang anak-anak suka. Jom cuba resipi sedap dan rangup yang dikongsikan oleh Suhada Ghads. Terbaik!
Resipi wajib cuba: Rangupnya Tak Boleh Bawa Bincang, Kuih Gunting Super Sedap, Anak Makan Tak Berhenti!
Puas hati buat sendiri. Letaklah bilis 10 ekor ke, kacang 10 biji. Favourite nya. Ni kerja suami yang memang mahir bab merempeyek. Wah!ye saya share resepi. Tapi ni sukatan orang rumah. Macamnilah lebih kurang caranya.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung beras (saya guna cap Gajah)
1 cawan tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
¹/² cawan ketumbar (blend kering)
1 sudu besar jintan manis (blend kering)
200g udang kering (blend kering)
2 biji telur
1 cawan santan
Garam secukup rasa
Air agak-agak -bancuhan jangan pekat, jangan cair sangat)
Kacang dan ikan bilis, cuci bersih dan tos. Masukkan sekali bancuhan rempeyek atas acuan bersama kacang dan bilis ketika nak menggoreng.
Dah boleh start menggoreng. Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera.
Selamat mencuba. Resipi wajib cuba: Wow German Cookies Cair Dalam Mulut, Ranggup Hanya Guna 5 Bahan!