Akhirnya doa Syatilla dan Shaheizy Sam untuk mendapat anak perempuan dimakbulkan apabila Syatilla berkongsi foto imbasan ultra dan perasaan gembiranya di instagram.

Syatilla yang kini mengandung anak kedua begitu teruja selepas mengetahui anak dalam kandungannya perempuan selepas keguguran sebelum ini.

Alhamdulillah Mat Yip nak dapat adik perempuan. Syukur atas rezeki ini Ya Allah.

Dulu masa scan Mat Yip asyik senyum je. Kali ini adiknya pun sama. Seiras muka Syeriv masa scan dulu.

IKLAN

Syatilla akui walaupun sebelum ini mengalami peristiwa sedih, Allah tahu apa yang terbaik dan mengurniakan rezeki yang sangat bermakna dan dinanti-nantikan mereka sekeluarga.

Sementara itu, Syatilla akui sejak mengandungkan adik Mat Yip berat badannya dah naik 15 kilogram. Walaupun angka itu dikira banyak tapi sesekali tak tertekan kerana ia dianggap normal bagi ibu mengandung.

IKLAN

“Mungkin nampak macam lebar dan besar tapi insya-Allah selepas melahirkan nanti akan kembali normal,” kongsinya.

Bestnya dapat sepasang

IKLAN

Di ruangan komen, ramai pengikutnya yang teruja dengan pengumuman Syatilla yang akan dapat baby girl.

Puas Hati Naik 15 Kilogram Pun, Syatilla Umumkan Mat Yip Bakal Dapat Adik PerempuanTak sabar nak tengok adik Mat Yip

Puas Hati Naik 15 Kilogram Pun, Syatilla Umumkan Mat Yip Bakal Dapat Adik PerempuanSemoga kandungan Syatilla berjalan lancar dan dipermudahkan proses bersalin nanti.

Sumber: ig samtilla

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI