Puding Biskut Kraker 3 Bahan. Makan Sejuk-Sejuk, Memang Umph!

Share

Cuaca panas sekarang ni, sesekali dapat makan puding yang sejuk sungguh nikmat. Bukan ibu ayah je yang suka, anak pun boleh layan. Cuma bila nak buat puding ni, mesti akan terfikir nak kena sediakan macam-macam bahan asasnya.

Ok kali ni Pa&Ma nak kongsikan resipi Puding Biskut Kraker 3 bahan yang paling senang nak buat. Yang penting rasanya lemak-lemak dan kemanisannya boleh ikut citarasa yang anda mahukan.

ARTIKEL RESIPI MENARIK [Tart Telur Homemade Lagi Sedap Dari Bakery. First Time Buat Memang Tak Menyesal]

Tak perlu nak masak agar-agar beriya pun. Bahan asasnya hanya guna biskut dan telur saja. Tapi rasanya ummph!

Resepi Puding Biskut Kraker 3 Bahan

– 24 keping biskut krim kraker
– 4 biji telur
– 1/2 cawan susu pekat

Cara membuatnya:

Rendam biskut dalam air panas sampai kembang dan toskan. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar sehingga betul-betul halus.

Bahagikan kepada tiga warna sama banyak (ikut pilihan warna kesukaan anda. Nak bahagikan dua warna pun tak apa).

Tuang adunan warna pertama dan bolehlah kukus selama 5 minit. Selepas 5 minit lapiskan adunan untuk warna seterusnya pula sampai habis.

Selepas setiap lapisan itu selesai, akhir sekali kukus lagi 10 minit untuk pastikan keseluruhan puding itu masak dengan elok.

Apabila dah sejuk baru boleh potong ikut saiz yang diingini. Letak dalam peti sejuk dan makan sejuk-sejuk pun sangat sedap.

Sumber: Siti Aishah Hussin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy