Rasa masam manis buah peach nyata cukup memikat selera seisi keluarga terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika.
Jadi apa kata kali ini anda mencuba untuk sediakannya dan nikmati keenakan rasa yang cukup menyelerakan.
Puding Buah Peach
Bahan-bahan
1 paket agar2 tali (37.5 gm)
6 cwn air ( termasuk air buah peach)
Ads
1 tin susu cair
1 cawan gula ( ikut suka)
1 tin buah peach
1/4 cawan sunquick ( perisa campuran mangga)
Ads
1 sdb tpg jagung ( bancuh dgn sdikit air)
1 pnutup esen vanila
sdikit garam
sdikit pewarna kuning
Ads
buah ceri untuk hiasan (suka hati)
Cara membuat:
Basuh agar-agar, masak bersama air hingga hancur. Kemudian masukkan gula.
Kemudian masukkn air buah peach, sunquick lalu kacau sebati.
Masukkan pewarna kuning, susu cair, garam dan esen vanila lalu kacau.
Masukkan tepung jagung yang dibancuh tadi. Kacau guna api sederhana.
Dah nampak cantik padam kan api.
Susun buah peach dalam loyang… tuang adunan agar-agar tadi ikut kreativiti masing-masing.
Kadang-kadang nak buat biskut raya agak renyah prosesnya. Untuk ibu yang tak biasa membakar, kemungkinan untuk percubaan membuatnya boleh gagal atau tidak jadi seperti yang diingini. Oleh itu, para ibu kenalah lebih kreatif untuk menghasilkan kuih raya yang sedap tapi tak susah nak dibuat.
Resipi yang dikongsikan oleh Chesu Riani via grup masakan Masak Apa Hari Ni? ini memang simple habis! Hanya menggunakan kulit popia, tapi hasilnya sangat sedap dan menjadi kegemaran anak-anak. Menurutnya lagi, ini bukan resipi asalnya tetapi dia juga mencubanya kerana ia viral di media sosial.
Ikuti resipi ini dan bolehlah anda cuba membuatnya nanti.
Ni konfem tak sampai esok dah tinggal balang lg2 ada 2 askar kecik yg tak posa ni..
Resepi Popia Bersalut Coklat Viral
Bahan-bahan:
1 bungkus kulit popia Coklat coin (ku guna beryls milk + dark choc) Kekacang kegemaran (disangai terlebih dahulu. Ku letak kuaci) Manik hiasan Cawan biskut
– Gulungkan kulit popia dgn menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ni utk memudahkan proses menggulung. Da siap tarik dari lidi sate.
– Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yg diingini. – Setelah selesai, potong kulit popia memanjang.1 gulungan ku potong jd 8. Ikut selera. – Kemudian anginkan seketika kulit popia. Dalam 15min.
– Goreng hingga keemasan. – Panaskan coklat coin double boil. Ku guna separuh milk choc dan separuh dark choc.
– Dah cair, masukkan kulit popia yg telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati. – Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!
P/s: saya dpt resepi ni dari org2 share.. sbb tu saya letak viral.. ada yg inform resepi ni dari Adikfoods.. maaf admin saya tak tag cuma letak disclaimer camni ya.. huhu…kalo tak boleh takpe.
Untuk para ibu yang mahukan resipi kuih raya yang tidak terlalu susah dan boleh dibuat ‘sambil-sambil’, inilah dia. Bolehlah mencubanya kerana ia tidak memerlukan terlalu banyak bahan atau langkah-langkah yang rumit. Selamat menggulung kulit popia!
Sekarang ni ada macam-macam cara membuat serbuk beras segera yang akan mempercepatkan proses memasak bubur si comel dikongsi oleh ibu-ibu di media sosial.
Jika anda ibu yang mementingkan kebersihan dan keselamatan makanan untuk si manja, lebih baik sediakan sendiri serbuk beras segera seperti yang dijual di pasaran. Yang penting ia juga memudahkan dan mempercepatkan proses menyediakan bubur nasi si kecil.
Perkongsian Puan Nisa Razak tentang bagaimana cara menyediakan serbuk beras segera bayi ini sesuai untuk ibu-ibu yang ada anak kecil dan baru nak mula belajar makanan pejal.
Mommy-mommy yang ada anak kecik baru nak belajar makan, elok sangatlah buat serbuk beras ni. InsyaAllah sangat praktikal dan mempercepatkan kerja.
Kadang-kadang makanan sedap yang kita suka, harganya bukan main mahal. Sedangkan kalau dibuat sendiri, modalnya tidaklah sebesar mana. Bila kita sediakan sendiri boleh buat lebih banyak mengikut keinginan kita. Lebih berbaloi!
Sama seperti resipi Kepak Ayam Madu ini, yang tidak memerlukan bahan yang banyak tapi dapat menghasilkan hidangan yang sedap dan pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.
Kepak Ayam Bakar Madu Dalam Kuali Panjangnya nama resepi😂, ni resepi bajet, mudah dan sedap, cuma guna 5 bahan perasa saja,mcm 5 rencah 5 rasa pula…Resepi dlm setiap gambar.
Bahan-bahan:
1 sd mkn Madu 2 sd mkn kicap manis 1 sd mkn sos tiram 3 sd mkn minyak
*Klu tak ada kicap mahsuri pedas, bole guna kicap manis,kemudian tambah cili padi hiris, letak sikit jer jgn bnyk nti pedas😂
Cara Membuat:
#1 Masukkan minyak, tumis bwg putih,bila dah brown masukkan ayam,masak sehingga ayam bertukar warna jadi brown. *Pastikan guna kuali yg tak melekat k “Non stick pan”
#2 Masukkan kicap,sos tiram dan madu..masak sehingga kering ataupun likat.
Pengambilan madu digalakkan untuk kanak-kanak yang berumur setahun ke atas kerana ia dapat membantu mengelakkan batuk dan selsema. Jika tidak diamalkan setiap hari pun, jika sudah ada gejala batuk, boleh diberikan kepada anak.
Selain itu, madu dikatakan dapat membantu sistem pencernaan anak. Kandungan pelbagai nutrisi dan vitamin dalam madu dalam membantu meningkatkan sistem imunisasi anak serta pertumbuhan mereka. Pengambilan madu setiap hari juga dapat membantu meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak.
Jika anak-anak mempunyai masalah sukar tidur malam, anda boleh berikan mereka sesudu kecil madu. Ia dapat membantu menggalakkan tidur yang lebih berkualiti kerana kandungan enzim di dalamnya.
Pengambilan madu juga sebenarnya dapat membantu mengurangkan tekanan. Apabila merasa letih selepas seharian bekerja, ambillah madu untuk membantu diri merasa lebih tenang dan relax.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.