Kebanyakan ibu bila dah bersalin selalu merungut nak dapatkan berat badan yang ideal macam zaman anak dara. Tapi usaha itu seolah susah nak berjaya kerana banyak sangat halangannya.
Mana tak nya, makanan anak yang tak habis, ibu juga kena habiskan sebab sayanglah kalau nak buang. Lepas tu, ibu yang menyusu pula asyik rasa lapar je. Kalau yang dapat maintain alhamdulillah tapi yang susah turun semula tu rasa stres.
Ok buat ibu yang memang ada niat nak sihat dengan cara mudah dan mengurangkan rasa nak makan makanan manis je, Puding Chia Seed yang dikongsikan oleh Puan Izwah Saaiddutdin ini boleh di cuba. Suami dan anak-anak pun boleh join sekali untuk makan. Ni salah satu hidangan sihat untuk keluarga juga dan boleh kenyang dalam tempoh lama.
Puding Chia seed ni saya mula belajar makan dalam 3 tahun yang lalu. Diperkenalkan oleh guru saya yang pakar tentang otak, DrRizal Abu Bakar.
Saya suka sebab ia alternatif kudapan sihat. Bolehlah merawat craving saya pada puding manis yang kaya gula putih dan tak berkhasiat huhu.
Bahan-bahan yang diperlukan:
250 ml santan segar
1/4 cawan Chia seed
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar madu
Topping dan penyedap rasa:
Buah-buahan pilihan – mangga/ buah naga/ strawberi/ blueberry/ kiwi
Kekacang – walnut, badam (boleh letak jika suka)
Kenapa kalian perlu cuba puding chia seed?
1. Tinggi fiber, protein dan kalsium. Juga tinggi zink, zat besi, fosforus dan magnesium. Tak padan dengan kecik saiznya kan?
2. Kaya lemak baik omega 3. Bayangkan hanya 2 sudu besar chia seed dapat khasiat omega 3 sama dengan 110 gram ikan salmon.
3. Bantu rasa kenyang. Chia seed apabila direndam akan mengembang 10 kali ganda saiz asal. Hah dia punya tahap serap air tu memang terbaik. Itu yang makan rasa kenyang. Bertahan lama.
4. Chia seed ejen semulajadi untuk pekatkan puding. Tak perlu dah nak guna tepung jagung ke telur ke.
5. Senang yakmat nak buat. 5 minit je nak sediakan.
6. Boleh jadikan santapan untuk sarapan atau dessert di waktu petang. Kalau untuk sarapan, buat sebelah malam, esok pagi potong buah dan hidang.
Nota newbie: Chia seed ni tak ada rasa, memang kena campur buah sebagai gandingan untuk rasa yang enak.
#izwahbraindiet
Kredit: Puan Izwah Saaiddutdin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)