
Pudding Dadih Susu dan Buah Naga resepi mesra bayi! Wajib cuba mommy, sangat lembut, gebu dan sedap.
Natural lemak manis dari susu dan buah. Resepi yang sangat healthy untuk bayi dan kanak-kanak.
Cuaca tengah panas ni buatkan untuk bayi lagi best. Sesuai jugak untuk bayi yang fasa teething. Resepi ni nanti boleh cuba untuk bayi dan kanak-kanak.
🥣Bahan lapisan 1:
- Full cream milk
- Dates powder
- Sedikit agar-agar bertali/ serbuk agar-agar plain
🥣Bahan Lapisan 2:
- Air
- Dragon fruit
- Dates powder
- Sedikit serbuk kayu manis
- Sedikit agar-agar bertali/ serbuk agar-agar plain
🥣Lapisan 3:
- Campur baki layer 1 dan 2
Cara penyediaan seperti dalam gambar:
‼️every layer rest di chiller around 15-20minutes
Yang takde serbuk kurma, kalau takda boleh skip. Kalau ada buah kurma boleh addon sekali masa blend dengan buah naga tu😘
Kredit: Leeyana Lee
Happy Cooking Mommies!😉
#journeyfoodbabyjibriel #babyrecipes #mealbaby #resepimudah #pudding #dadih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuih Apam, Lembut, Gebu, Kembang Macam Bunga

Isi Kandungan
ToggleKuih apam sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Menjadi pilihan ramai tanpa mengira peringkat usia, kuih apam antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi menu jualan di gerai-gerai dan juga restoran.
Kuih apam mempunyai rasa yang sedikit manis, lembut, gebu dan pasti akan memuaskan selera pencinta makanan manis. Resipi perkongsian dari Opah Mas Cotek ini antara yang mudah nak dicuba. Sesuai sangat untuk minum petang atau sarapan.
Resipi Kuih Apam, Lembut, Gebu
RESIPI KUIH APAM
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur A
100gm gula pasir
125gm tepung gandum
100ml susu segar
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya
Kembang Macam Bunga
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan.
2. Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.
3. Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran. Ketepikan.
4. Ambil acuan apam. Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh. Susun cawan kertas di dalamnya.
5. Sudukan @ picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) hingga memenuhi 1/2 cawan kertas.
6. Kemudian sudukan @ picit pula adunan berwarna. Isi hingga penuh acuan.( lebih mudah jika guna piping bag).
7. Panaskan kukusan. Kukus Apam Mekar guna api besar selama 15 minit.
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
NOTA: Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil @ kain supaya air tidak menitis di atas apam. Untuk 1 adunan ini, akan dapat 15 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan)
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Baca artikel lain yang berkaitan di sini: Apam Mekar Coklat Kukus. Kuih ‘Ekspres’ Paling Mudah Nak Buat!
Resipi Apam Jepun Gebu, Letak Inti Nenas Manis Penuh-Penuh, Sedapnya!
Apam Kampung 4 Bahan, Lembut & Gebu, Senang Anak Nak Makan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Superfood Untuk Anak Nak Tumbuh Gigi, Boleh Kuatkan Immune System & Comfort Food Anak!

Bila anak nak tumbuh gigi, mulalah dia meragam dan kurang selera makan. Tambah risau kalau anak mula demam dan tak selesa. Memang risau kan? Risau melihat anak yang langsung tak nak makan. Apakata mama papa sediakan menu yang dikongsi oleh ibu ini untuk anak-anak yang nak tumbuh gigi.
Aqeel down with fever
Mungkin sebab nak tumbuh gigi lagi. Dulu dia tumbuh first gigi tak demam seteruk ni. But this time dia memang lemah and asyik merengek. Makan pun tak selera sgt. So ummi try to prepare superfood untuk kuatkan immune system dia and comfort food untuk naikkan selera dia. Here’s some food ideas untuk baby yang demam/ nak tumbuh gigi. Penting untuk ambil tau khasiat di sebalik setiap masakan before bagi anak ok.
Yogurt Bark
Yogurt ada tinggi kandungan kalsium & probiotic (bakteria baik). Tempoh nak tumbuh gigi ni, kena make sure baby cukup kalsium, selain susu, boleh try bagi yogurt jugak. Yogurt bark ni actually frozen yogurt. Cara mudah nak rawat baby yang sakit nak tumbuh gigi is bagi makanan yang disejukkan or frozen. So boleh try yogurt bark ni.
Bahan-bahan:
1. Yogurt
2. Puree buah
Cara-cara:
Campur yogurt & puree buah pilihan. Then frozenkan. Masa nak makan, pecahkan kecil-kecil supaya baby mudah pegang.
Egg Drop Soup
selalu resepi buat egg drop soup ni pakai chicken stock. Tapi saya gantikan dengan chicken bone broth (CBB). CBB ni erti kata simplenya is sup antibiotik. Dalam masakan selalunya letak 1 cube je. Tapi untuk immune booster, saya masak egg drop soup dengan masukkan cbb dengan sukatan 2 cawan. So mudah mudahan dapat la Aqeel hirup banyak vit & mineral.
Bahan bahan:
1. CBB
2. Halia
3. Telur
4. Serbuk ikan bilis/ayam
Cara-cara:
Masukkan cbb dalam periuk, panaskan. Sagat halia. Letakkan serbuk ikan bilis/ayam utk buat perasa sikit. Bila kuah dah panas, kacau teluar dlam mangkuk berasingan, dan tuang sikit demi sikit sambil kacau. Siap!
Healing Soup
Boleh hirup or buat sebagai air minuman untuk si baby. Sebabkan Aqeel tak pandai sangat hirup sup sup, saya letak air rebusan tu dalam botol air, and dia minum habis! Healing soup ni dapat sejukkan dalaman. Tak ramai tau khasiat di sebalik singo pear. Singo pear bagus untuk rawat demam batuk & kahak. Beli kat Aeon/teso/jaya grocer dalam RM8-10. Selalunya dalam packaging 2 bijik sekali.
Bahan-bahan:
1. Singo pear
2. Red dates
3. Goji berry
4. Jagung (optional)
Cara-cara:
Letakkan semua bahan dan rebus atas dapur.
Thank you for reading! Moga memberi manfaat.
Sumber: Mastura Ayu Al-Habshee
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Kukus Pedas Penambah Selera

Resipi perkongsian dari saudari nadiah razali ni memang mendapat sambutan dari warganet di instagram. Menu ayam kukus bersama sambal menjadi menu pilihan kerana mudah dan sedap. Jom cuba!
Bahan-bahan:
1. Perapan Ayam:
Sos tiram
Halia
Kicap cair
Gula
Tepung jagung
2. Sambal
Bawang putih
Cili Merah
Cili padi
Garam
Gula
Minyak Panas
Serbuk perasa ayam
Cara penyediaan:
1. Masukkan bahan-bahan perapan ayam (sos tiram, kicap cair, gula, tepung jagung, halia) gaulkan sehingga sebati.
2. Kukus ayam yang telah diperap tadi selama 30 minit.
3. Sementara menunggu ayam dikukus, jom kita buat sambal pedas. Kisarkan kasar semua bahan sambal (cili besar, cili padi, bawang putih)
4. Masukkan serbuk perasa ayam, garam, gula dalam sambal yang dikisar. Akhir sekali masukkan sedikit minyak yang panas.
Dah siap menu ayam kukus dan sambal pedas. Menu yang sedap, mudah dan pilihan yang sihat. Takkan muak, enak dinikmati bersama nasi panas-panas.
Kredit: nadmasak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI