Ada yang suka makan puding karamel. Tapi selalu cakap takut tak jadi. Jangan risau, resipi yang dikongsikan oleh Cikgu Azlina Ina ini boleh dicuba dan sangat-sangat senang. Pertama kali buat pun akan elok kejadiannya.
Tak pandai buat puding caramel tapi suka makan lepas ni boleh buat sendiri tanpa takut pecah atau tak jadi ok.
Puding Karamel Butterscoth Mudah
Cara buat karamel:
1/2 cawan gula letak terus dalam loyang panaskan dgn api slow atas api terus. Tu kalau guna loyang besi la, kalau guna bekas plastik buat caramel dalam kuali pun boleh.
Biarkannya cair dan bertukar colour coklat cair sentiasa kacau dan tambah air panas sikitt biar sampai cair.
Gelek-gelekkan dalam loyang tadi kalau nak tuang dalam bekas plastik pastikan dah masuk kan bekas plastik tadi dalam peti beku jap 30 minit ha baru bekas plastik tu tak berlubang.
Bahan-bahan puding
5 biji telur
1/4 cawan gula pasir ( dalam 4-6 sb)
esen vanila sikit
1 tin susu cair
kan senang sangat tu bahannya.
Cara membuat:
Masuk cecair semua dalam blender. Last baru roti yang dicarik-carik tadi. Blend sebati
Tapis dalam loyang yang ada caramel tadi.
Panaskan kukusan dan kukus 40 minit
Bila dah masak biarkan 1/2 jam baru keluarkan dari loyang jangan keluarkan awal-awal nanti pecah sebab puding belum setting keras lagi.
Kredit: Cikgu Azlina Ina
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.
Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)