
Bukan semua orang pandai membuat kek, begitu juga menyediakan kuih-muih tradisional dan sebagainya. Namun keinginan untuk merasa pelbagai jenis manisan ketika PKP ini membuatkan kita terpaksa mencuba. Ditambah pula dengan permintaan anak-anak dan suami setiap hari.
Tidak mahu membazir kerana bimbang tidak menjadi, ada baiknya mama mencuba manisan puding ringkas ini. Resipi perkongsian Puan Iffy Iruzza ini mama wajib cuba. Hanya gunakan lima bahan sahaja dan tidak memerlukan proses yang sukar. Paling senang hendak dicuba. Confirm jadi!
Resepi puding:
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 tin susu cair
Cocktail dan nata de coco
Masak tepung kastard, air, gula dan susu cair sampai likat dan berkilat.
Sejukkan sekejap dan masukkan dalam bekas kecil.
Letakkan cocktail, nata de coco dan kemudian tuangkan susu. Sejukkan dalam peti sejuk.
Siap.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Cerewet Makan? Buatkan Parmesan Crusted Chicken & Popcorn Chicken, Mudah Sahaja!

Mempunyai anak yang terlalu cerewet dalam soal pemakanan pastinya merupakan satu cabaran. Setiap kali tiba waktu makan, pastikan kesabaran anda sebagai ibu bapa akan teruji apabila anak anda menolak setiap makanan yang disediakan.
Namun, anda jangan lekas melenting. Bersabar dan teruskan mencuba. Belajar untuk menjadi kreatif dalam penyediaan untuk menjadikan setiap hidangan tampak menarik di matanya. Dan yang paling utama, pastikan rasanya sedap agar ia dapat menambat selera anak anda itu. Anda juga boleh mencuba resepi ayam yang disediakan atau mempelbagaikan lagi resepi ayam, siapa tahu anak anda akan menyukainya.
Parmesan Crusted Chicken
Bahan-bahan untuk salutan ayam:
½ cawan tepung serba guna
2 biji telur
⅔ cawan serbuk roti
⅓ cawan keju parmesan
¼ sudu teh lada hitam
2 sudu besar campuran herba segar yang dicincang halus seperti thyme, pasli, atau rosemary
Bahan-bahan untuk ayam:
3-4 ketul bahagian dada ayam tanpa tulang, ditumbuk sehingga ¼ ketebalan
Garam dan lada hitam
2 sudu besar minyak sayuran
2 sudu besar minyak zaitun
Lemon, untuk penambah perisa
Cara penyediaan:
Sediakan tiga bekas atau mangkuk untuk proses penyediaan. Pada bekas atau mangkuk pertama; letakkan tepung.
Pada mangkuk kedua, pukul telur. Pada mangkuk atau bekas yang terakhir, iaitu yang ketiga, campur dan gaul rata herba yang dicincang.
Gaul rata ayam bersama lada hitam. Kemudian celupkan ayam ke dalam mangkuk pertama berisi tepung dan goyangkan sedikit sehingga lebihan tepung jatuh dan hanya lapisan nipis sahaja kekal tersalut pada ayam. Kemudian celupkan ayam ke dalam telur, terbalikkan ayam sehingga telur bersalut rata pada ayam, pastikan tiada lebihan salutan telur pada ayam. Akhir sekali celupkan ayam dalam campuran herba, terbalik ayam beberapa kali untuk memastikan campuran herba menyaluti ayam dengan baik. Letakkan ayam yang tersedia bersalut di dalam pinggan lain. Teruskan mengulangi langkah yang sama pada isi ayam yang lain.
Campurkan kedua-dua minyak dan panaskan dalam kuali atau saute pan dengan api sederhana. Apabila minyak sudah panas, masukkan ayam yang sudah bersalut dan masakkan selama dua hingga tiga minit sehingga bahagian pertama berwarna coklat keemasan, kemudian terbalikkannya. Masak pada bahagian yang kedua sehingga berubah menjadi warna yang sama untuk tempoh dua hingga tiga minit. Hidangkan dengan potongan lemon.
Popcorn chicken
Bahan-bahan:
4 bahagian dada ayam
3 cawan bertih beras (rice krispies)
1 ½ auns keju parmesan, diparut halus
2 sudu minyak zaitun
1 sudu teh oregano kering
½ sudu teh serbuk bawang putih
2 biji telur
1 sudu makan susu
Cara penyediaan:
Panaskan ketuhar pada 200℃ dan sediakan dulang pembakar dengan kertas parchment.
Potong dada ayam ke dalam ketulan bersaiz kecil dan letakkan dalam mangkuk
Campurkan bertih beras, parmesan, oregano dan serbuk bawang ke dalam pengisar. Selepas dicampur rata, masukkan minyak zaitun dan kisar sekali lagi. Kemudian taburkan campuran yang dikisar ini ke dalam pinggan dengan rata. Pukul telur dan susu dalam sebuah mangkuk.
Masukkan ketulan ayam yang sudah dipotong kecil ke dalam mangkuk yang mengandungi campuran telur dan susu, kemudian masukkan ke dalam pinggan berisi kisaran campuran bertih beras, oregano, serbuk bawang dan minyak zaitun. Anda boleh lakukan sehingga 6 hingga 8 ketulan ayam dalam satu-satu masa.
Ketulan ayam yang sudah bersalut diletakkan dalam dulang pembakar dan dibakar selama 13 hingga 15 minit sehingga warnanya berubah kepada coklat keemasan dan masak.
Hidangkan dengan segera bersama sayuran cincang (sebarang sayuran yang anda suka), atau bersama potato wedges.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ketupat Daun Pisang Sedap & Lembut. Boleh Buat Bila-Bila Masa Kalau Nak Makan

Walaupun hari raya pertama dah berlalu, mood nak makan ketupat masih lagi ada. Kali ini anda yang susah nak jumpa daun palas untuk buat ketupat boleh bungkus je guna daun pisang.
Aroma daun pisang tu lagi membangkitkan selera dan wangi je.
Resipi ketupat daun pisang Amilia Ahmad ini boleh di cuba bila-bila masa sahaja tanpa perlu nak makan musim raya. Sangat senang nak buat dan sedap!
RESIPI PATUT CUBA [Resipi Ikan Bilis Masak Asam, Sekejap Je Masak. Lauk Simple, Tambat Selera!]
Tak dapat daun palas, daun pisang pun boleh. Lepas balut dengan daun pisang, rebus dalam santan cair.
Rasa-rasanya, saya tak cari dah daun palas selepas ni. Hujung-hujung minggu nak makan pun boleh buat, senang.
Cara membuatnya
1. Rendam pulut 2 – 3 jam.
2. Kukus pulut 30 minit.
3. Sediakan santan pekat yang dicampur dengan garam dan sedikit gula. Biar masin terlebih sikit untuk bagi berasa di pulut nanti.
4. Gaul pulut yang dah kukus dengan santan dalam besen. Gaul semasa pulut panas-panas lagi.
5. Bungkus pulut.
6. Rebus hingga masak dalam santan cair yang diperasakan dengan garam. Rebus lebih kurang 30 minit.
LAGI RESIPI MENARIK [Puding Alma Coffee Empat Layer, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk!]
Kredit Resipi: Amilia Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Ayam Goreng Serai Thai, Perap 30 Minit, Rasa Bukan Main Lagi Sedap!

Penggemar ayam goreng berempah pasti tidak mampu melepaskan sepinggan nasi jika hidangan ayam goreng panas tersedia di atas meja. Apa lagi kala digabungkan bersama sambal belacan dan gula panas.
Bosan dengan ayam goreng rempah biasa, apa kata kita cuba Ayam Goreng Serai Thai pula untuk hidangan keluarga. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ateekah ini. Confirm tak boleh berhenti makan.
Tak boleh nak berenti makan. Yang penting makan bersama sayur kailan belacan dan telur mata lembu ianya sudah mencukupi untuk menikmati kesedapannya.
Bahan-bahan:
500 gram isi ayam dipotong kecil (dicuci bersih)
2 batang serai (dipotong 2 cm dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung jagung
5 helai daun limau purut dihiris
Bahan ditumbuk@dikisar halus tanpa air
2 pokok akar ketumbar
2 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang putih
Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (kecuali daun limau purut) serta bahan yang dikisar halus. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
Panaskan minyak, agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti.
Masukkan ayam dalam kuali panas dan goreng sehingga keperangan.
Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas serta taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi.
Ratakan ayam bersama daun limau purut.
Siap dihidang.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI.
Menarik: Resipi Takoyaki Mudah, Siap Sos Teriyaki, Confirm Anak Berebut!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI