Puding Kastard Cocktail 3 Layer, Paling Senang Nak Buat, Confirm Anak Suka!

Share

Bukan semua orang pandai membuat kek, begitu juga menyediakan kuih-muih tradisional dan sebagainya. Namun keinginan untuk merasa pelbagai jenis manisan ketika PKP ini membuatkan kita terpaksa mencuba. Ditambah pula dengan permintaan anak-anak dan suami setiap hari.

Tidak mahu membazir kerana bimbang tidak menjadi, ada baiknya mama mencuba manisan puding ringkas ini. Resipi perkongsian Puan Iffy Iruzza ini mama wajib cuba. Hanya gunakan lima bahan sahaja dan tidak memerlukan proses yang sukar. Paling senang hendak dicuba. Confirm jadi!

Resepi puding:
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 tin susu cair
Cocktail dan nata de coco

Masak tepung kastard, air, gula dan susu cair sampai likat dan berkilat.

Sejukkan sekejap dan masukkan dalam bekas kecil.

Letakkan cocktail, nata de coco dan kemudian tuangkan susu. Sejukkan dalam peti sejuk.

Siap.

Published by
SRM