Labu sememangnya makanan yang cukup berkhasiat malah baik untuk anak-anak kita. Anak pun suka kerana strukturnya yang lembut dan manis serta berlemak. Selain jadikan kudapan, ibu boleh juga variasikan resipi dengan menghidangkan resipi Puding Labu ini buat anak.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Umairah Jamaah ini di facebooknya ini memang ringkas. Hanya gunakan dua bahan sahaja. Mudah dan tak perlukan langkah yang menyukarkan ibu. Jom cuba!
Simple sesangat sebab guna dua bahan saja. Labu kuning (direbus) dengan telur ayam. Rasa dan texture dia ala-ala puding telur berperisa labu. Lembut dan sedikit gebus.
Versi mak mak, bingka labu kot kan. Ada tambahan bahan bahan lain. Dua bahan aje kita guna.
Labu kuning (dah dikukus/rebus) -anggaran dalam 2-3 cawan
2 biji telur -kalau telur gred A guna sebiji aje dah ok
*bijan kalau ada tapi tak wajib untuk baby.
Masukkan semua bahan ke dalam blander. Blend aje sampai gebusss. Tuang ke dalam bekas.
Tuang dalam bekas kecil-kecil pun bagus. Boleh frozenkan. Nanti nak makan panaskan aje.Tadaaa. Siap untuk dibakor.
Sebelum tu. Kalau nak tabur bijan la. Taknak takper. Sangai dulu jap.
Siap dibakar pada suhu 120 darjah selama 40 minit. Bergantung pada oven jugak tau. Kena adjust adjust.
Siap untuk baby makan. Yummmy. Waktu tengah bakar, cucuk lidi kat tengah-tengah ada part belum masak. Boleh bakar lagi. Adjust naikkan suhu sikit.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI