Puding Laici Berkuah Semudah ABC, Simple Tapi Sedap, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk!

Share

Jika tercari-cari puding yang mudah dan senang disediakan tetapi cukup sedap, puding laici antara yang boleh mama cuba.

Hirisan laici yang segar ditambah dengan kuah cocktail laici memang sedap dan terbaik. Jom cuba perkongsian resipi Pn Aisyah Humaira.


Hujan panas, hujan panas tekak rasa nak sejuk manis. Puding laici berkuah. Semudah ABC! 

Bahan-bahan:
1 pekat agar-agar
Sukatan air ikut arahan dibelakang bungkusan
2-3 sudu besar gula
4 sudu besar kordial laici -jika suka

Didihkan 1 peket agar-agar bersama sukatan air, ikut arahan dibelakang bungkusan.

Masukkan 2 hingga 3 sudu besar gula. Jika suka manis boleh lebihkan dan masuk 4 sudu besar kordial laici. Didihkan semua ni hingga sebati.

Susun buah laici dalam bekas, tuang beberapa senduk agar-agar tadi dan bekukan.

Baki agar-agar dalam periuk tadi masukkan setengah tin susu cair dan cebisan buah laici.

Tuang lapisan susu ni dalam bekas agar-agar yang dah beku. Siap.

Makan bersama susu cair jika suka berkuah.

Menarik: Ingat Senaman Biasa, Rupanya Aktiviti Lompat Bintang Bantu Otak Anak Hebat, Power Sungguh!

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM