Jika anda mulai buntu mencari manisan pencuci mulut untuk berbuka nanti, puding yang satu ini amatlah disarankan. Puding Laici Berkuah yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini amatlah mudah disediakan.
Bukan seperti puding biasa tetapi berkuah laici yang sedap dan enak. Nak buatnya pun teramatlah mudah. Jom ikuti langkah yang dikongsikan olehnya. Mudah!
2 menu ini, kalau makan dengan ulam-ulaman mesti sedap dah cukup. Nikmati pula nasi panas-panas alahai, nikmatnya. Dua-dua resipi ini dikongsikan oleh icookweeat.
Tak pasti kalau masih ada yang belum ‘familiar’ dengan ikan rebus goreng ini. Kalau anda tak pernah cuba, jom kita buat. Saya jamin anda takkan menyesal sebab mudah sangat cara penyediaannya. Ada yang berseloroh menu ikan dua kali mati sebab dahlah kena rebus, kena goreng pula lepastu. Rupa selepas di goreng memang agak brutal, tapi percayalah rasa dia sedap!
1. Ikan Rebus Goreng
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
*tip untuk elakkan meletup semasa goreng: masukkan dalam kuali sebelum minyak betul-betul panas.
Menu seterusnya, bagi penggemar makanan pedas kalau dapat makan sambal gesek ni hari-hari pun takpe dah. Gandingkan pula dengan ikan rebus goreng tadi beserta dengan ulam-ulaman. MasyaAllah, nikmat.
2. Sambal Gesek
Bahan-bahan:
Cara penyediaan:
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Siap sudah ikan rebus goreng dan sambal gesek kita. Memang senang kan cara penyediaannya. Jadi, bolehlah buat di rumah. Buat ikut kuantiti yang anda semua nak.
Selamat mencuba dan menikmati. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayur dan buah-buahan sangat bagus diberikan kepada anak kita kerana ia mempunyai pelbagai nutrisi. Setiap satu jenis sayur dan buah mempunyai kebaikannya tersendiri yang memberi manfaat kepada si manja. Selain kaya dengan serat, ia juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin, zat besi, antioksidan dan juga karbohidrat.
Selain itu, apabila anak-anak makan sayur dan buah ia dapat membantu menguatkan sistem imuniti mereka. Sesetengah sayur dan buah yang kaya dengan vitamin C sangat elok diamalkan kerana ia membantu mengelakkan serangan demam atau selesema pada anak. Dengan mengamalkan buah atau sayur juga, ia dapat melancarkan proses penghadaman anak.
Oleh itu, Pa&Ma telah memilih SAYUR & BUAH-BUAHAN sebagai salah satu superfood yang diketengahkan di dalam sesi live #pamaselerasimanjagolive yang telah bersiaran bermula dari 8-12 Februari 2021. Terdapat 5 resipi berasaskan sayur dan buah telah dikongsikan oleh Pn Izyan Syamimi Izman sepanjang minggu ini.
PURI LABU (Sesuai untk bayi berusia 6 bulan ke atas)
BAHAN-BAHAN :
1-2 potong labu bersaiz sederhana
Sedikit air / susu ibu
CARA MEMBUAT :
1. Stim labu sehingga ia empuk.
2. Selepas itu, bolehlah dikisar bersama sedikit air. Boleh juga gantikan air dengan susu ibu.
3. Bolehlah dihidangkan.
CEK MEK MOLEK (Sesuai untuk bayi berusia 8 bulan ke atas)
BAHAN-BAHAN :
1 biji keledek bersaiz sederhana
4-5 sudu besar unbleached flour (jumlah tepung mengikut kesesuaian)
1-2 batang keju batang (boleh digantikan dengan krim keju)
Sedikit minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT :
1. Stimkan keledek sehingga empuk. Kemudian bolehlah dikisar menjadi sedikit halus.
2. Dohkan keledek dengan sedikit tepung (sedikit demi sedikit).
3. Masukkan keju batang yang sudah dipotong kecil atau krim keju di tengah-tengah doh.
4. Golekkan doh dengan sedikit tepung sebelum digoreng.
5. Panaskan minyak dan bolehlah mula menggoreng.
MASHED POTATO (Sesuai untuk bayi berusia 7 bulan ke atas)
BAHAN-BAHAN :
1 biji kentang
Sedikit susu segar
Sedikit cfs (chicken feet stock)
1 sudu besar mentega tanpa garam
1 sudu besar unbleached flour
Sedikit air
Sedikit lada hitam (jika mahu)
CARA MEMBUAT :
1. Stimkan kentang sehingga empuk dan kisarkan dengan sedikit susu.
2. Untuk kuah, cairkan mentega dan masukkan tepung. Kemudian tambahkan sedikit air dan cfs.
3. Kacau rata dan bolehlah tambahkan lada hitam jika mahu.
4. Kuah siap dan bolehlah dituangkan ke atas kentang yang sudah dikisar tadi. Bolehlah dimakan!
OAT FRUITS (Sesuai untuk bayi berusia 8 bulan ke atas)
BAHAN-BAHAN :
3-4 sudu besar oat pilihan
Sedikit susu segar
Sedikit krim keju
1 potong buah naga (dipotong kecil)
CARA MEMBUAT :
1. Campurkan susu dengan oat dan kacau sedikit.
2. Kemudian boleh tambahkan krim keju dan buah naga. Kacau sikit lagi dan sedia dihidangkan.
KEK PISANG (Sesuai untuk anak berusia 10-12 bulan ke atas)
3. Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukuskan kek selama 15 minit.
4. Biarkan sedikit sejuk sebelum diberikan kepada anak.
Nak tengok resipi #pamaselerasimanjagolive yang lepas? Boleh klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Telur sememangnya cukup digemari oleh anak-anak kecil kita yang sedang membesar. Bagi kita dewasa pula tidak sah hidangan tanpa telur goreng yang mengenakkan lagi sajian. Telur bukan hanya baik dan lengkap bahkan tinggi protein. Bagi anak yang tidak mahu makan nasi, telur adalah sajian terbaik.
Resipi yang satu ini, lengkap dengan sumber nutrisi malah paling sesuai disediakan untuk anak yang tidak mahu makan nasi. Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Resipi Rarra Sakura ini. Hebat!
Makanan ni sangai sesuai untuk anak-anak yang tak suka nasi. Sesuai jugak untuk korang yang tengah berdiet. Twins makan egg muffins tak hengat. Dua ketoi sorang.