Jika anda mulai buntu mencari manisan pencuci mulut untuk berbuka nanti, puding yang satu ini amatlah disarankan. Puding Laici Berkuah yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini amatlah mudah disediakan.
Bukan seperti puding biasa tetapi berkuah laici yang sedap dan enak. Nak buatnya pun teramatlah mudah. Jom ikuti langkah yang dikongsikan olehnya. Mudah!
Resipi wajib cuba: Senangnya Buat Biskut Almond Cluster Ni, 2 Bahan Saja, Rasa Paling Tip Top!
“PUDING LAICI BERKUAH”
Bahan-bahannya:
10 gram serbuk agar-agar
8 cawan air (saya sukat guna cawan kopi)
1 3/4 cawan gula pasir
1 tin susu cair
2 tin laici tin
Masak air dan gula hingga mendidih.
Masukkan serbuk agar dan 1/2 cawan air laici tin. Bila dah mendidih ganas masukkan susu cair. Bila dah mendidih terus tutup api.
Masukkan larutan puding dalam jug supaya mudah nak tuang dalam bekas plastik (saya guna bekas plastik sQ250).
Tuang dalam bekas, bila puding dah mula mengeras taburkan buah laici yang dah dicarik-carik atas puding.
Dah elok keras blehlah tuang baki air laici tin tadi atas permukaan puding.
Simpan dalam peti sejuk. Sedapnyaaa.
Resipi wajib cuba:Resipi Nasi Beriani Makan Dengan Ayam Goreng Mamak Mudah Nak Buat Rasa Pun Mantap!