Puding Laici Kristal Dua Layer. Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk!

Share

Pastinya ramai yang akan memilih pencuci mulut selepas menikmati hidangan utama. Kiranya juadah pencuci mulut makanan terakhir selepas dah selesai menikmati makanan berat.

Namun bagi anda yang memang suka sediakan pencuci mulut untuk ahli keluarga makan, hidangan ini boleh di makan juga pada bila-bila masa.

RESIPI MENARIK [Kek Planta Rainbow Tanpa Bahan Penaik, Tetap Cantik, Moist & Gebu, Senangnya!]

Ok kali ini pencuci mulut resipi daripada Puan Rosni Musa iaitu Puding Laici Kristal boleh anda cuba. Sesuai untuk peringkat umur dan kemanisan ikut citarasa masing-masing.

Resipi asal dari kawan Kak Ros, Nor Zira. Kak Ros panjangkan resipi kat sini. Moga pahala berpanjangan dengan berkongsi resipi ini.

Jom kita tengok resipi step by step.

Bahan-bahannya

6 biji telur gred A. Hakak Ros pakai gred B.
1 tin susu cair
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan air laici
2 sudu teh esen vanilla

Buah laici

Jelly kristal Nona

Cara membuatnya

Pecahkan telur ke dalam bekas. Kacau manja.

Masukkan satu tin susu cair

Masukkan 1/4 cawan susu pekat. Masukkan sekali 1/2 cawan air laici dalam tin.

Kacau perlahan, manja-manja je

Tapiskan adunan tadi

Masukkan ke dalam bekas kecik². Boleh juga masukkan ke dalam loyang sekali gus.

Kukus adunan. Oh ya.. jangan lupa tutup bekas tu dengan penutup ketat² yer. Kalau guna loyang tutup dengan aluminium foil. Kalau takde aluminium foil boleh guna plastik. Kukus selama 30 minit atau sehingga puding masak dengan menggunakan api sederhana perlahan.

Alihkan puding dari pengukus. Dan sejukkan sebentar. Laici dicarik² halus. Lalu taburkan dipermukaan puding.

Masak jelly Nona mengikut sukatan & cara² dikotak yang disediakan.

Tuang adunan jelly ke atas puding. Buat sampai habis.

Puding dah siap. Masuk peti ais dulu tau dan sedap di makan sejuk-sejuk.

RESIPI WAJIB CUBA [Resipi Sate Paling Simple Nak Buat! Rasa Sedap Hidang Masa Raya, Anak Pun Suka!]

Kredit Resipi: Rosni Musa

Published by
Wan Amy