Puding Lapis Lumut, Rupa Cantik & Rasa Sedap. Makan Sejuk-Sejuk, Memang Nikmat Betul!

Share

Cuaca panas-panas, kalau dapat makan puding memang sedap. Dinginkan dalam peti sejuk, kemudian dimakan bersama satu keluarga memang sedap. Puding atau agar-agar ada banyak jenis, ada yang boleh dibuat dalam loyang besar dan ada juga yang lebih sesuai dibuat dalam acuan kecil untuk lebih mudah.

Salah satu resipi agar-agar yang boleh dicuba adalah Puding Lapis Lumut. Ikuti perkongsian dari Rose Aien Ramli melalui Grup Masak Apa Hari Ni? (MAHN);

Puding Lapis Lumut📌
Harini sy share lagi satu resepi puding…asyik mkn yg sama ja nnty jemu☺️

Sumber foto: Facebook Rose Ain Ramli

Baca Juga:

Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili

Biskut Raya Terpaling Sedap, Rasa Ala-Ala Jenama Terkenal. Rangup, Tak Sedar Habis Sebalang!

Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk!

Lapisan Lumut 📌
-10g serbuk agar-agar
30g gula pasir
130ml santan pekat(sy pkai santan kara)
450 ml air putih+air daun pandan
Sedikit esen pandan kelapa
Secubit garam
2 biji telur(dipukul berbuih)

Cara buat:
Satukan semua…kemudian masak sehingga mendidih…dah siap boleh terus masukkan kedalam acuan…isi separuh shj dulu…

Sumber foto: Facebook Rose Ain Ramli

Lapisan bawah📌
-10g serbuk agar-agar
5 tbs susu pekat
4 tbs majerin(cairkan)
1 ts creamy vanilla
2 biji kuning telur
550ml air+ majerin cair

Cara buat:
Satukan semua bahan masak sehingga mendidih,last skli ttp api dan biarkan sehingga tiada wap panas…kemudian dah boleh penuhkan acuan tdi…tnggu sejuk kemudian simpan dalam peti ais sebelum dikeluarkan dri acuan…

Selamat mencuba😊

Selain puding lapis lumut perasa pandan, ada juga yang buat dengan gula melaka. Kedua-duanya memang sedap dimakan sejuk dan merupakan resipi tak lapuk dek zaman. Tak pernah bosan kalau makan puding versi ini. Bolehlah mommies buatkan untuk dimakan satu keluarga nanti!

Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
Emy H