Puding mangga susu bersama chia seed antara sajian yang mudah untuk disediakan sebagai sajian pencuci mulut. Makan pula sejuk-sejuk, leganya rasa tekak. Rasa manis buah mangga memang betul-betul memancing selera.
Bagi ibu-ibu yang tiada idea untuk membuat sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi puding mangga susu bersama chia seed ini seperti yang dikongsikan oleh Shida Razak KC.
RESIPI PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHI SEED
UNTUK LAPISAN BAWAH:
BAHAN-BAHAN:
400 ml susu segar
100 ml air
1 biji mangga/100-150g mangga di potong dadu
2 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 sudu kecil garam
3 sudu gula (boleh guna molases sugar untuk lebih sihat)
1 sudu kecil pewarna kuning (jika ada)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan. (lapisan bawah).
2. Selepas semua bahan dikisar, masak selama 2 minit hingga mendidih.
Ads
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas/loyang. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KE DUA:
BAHAN-BAHAN:
250 ml susu segar
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar gula batu/gula biasa
Secubit garam
1/2 cawan chia seed
CARA MEMBUAT:
1. Masak susu segar bersama masak 1 sudu besar serbuk agar-agar.
Ads
2. Campur 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam dan kacau hingga mendidih.
3. Campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan. Jika tiada chia seed, selasih pun boleh.
Ads
4. Tuang untuk lapisan ke dua setelah sejuk lapisan pertama. Taburkan mangga dadu di atas puding. Sejukkan dalam peti. Makan ketika sejuk memang sedap!
Bagi penggemar roti, resipi yang satu ini mungkin menambahkan lagi hidangan resipi roti anda. Roti dengan gabungan ringkas iaitu telur dan susu pekat manis buat rasa roti lebih lembut dan manis berlemak.
Malah gabungan dua bahan ini memang sedap rasanya. Tak percaya jom cuba resipi ini. Memang meletop. Ringkas tetapi cukup sedap. Anak-anak pasti makan berebut-rebut.
RESEPI ROTI GORENG LEMAK MANIS ALA FRENCH TOAST
Bahan-bahan:
Telur 3 biji
Susu pekat manis 2 @ 3 sudu besar
Secubit garam
Roti potong (besar)
Minyak untuk menggoreng
1. Mula-mula, pecahkan telur. Masukkan susu pekat dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian, potong roti ikut suka dan celupkan dalam adunan tadi.
3. Bila kuali dah panas, letak sedikit minyak dan bolehlah goreng seperti biasa.
Kalau goreng dengan butter pun boleh, lebih wangi. Tapi tak perlu letak garam ya kalau nak guna butter yang dah sedia masin @ salted butter.
Bila dah nampak garing atau keperangan, bolehlah balikkan. Lepas tu angkat dan toskan. Siap!
Ha, semudah ABC dah siap dah roti goreng lemak manis kita. Mungkin ada yang biasa buat sebelum ini, tapi tak pernah pula terfikir nak tambahkan susu pekat kan?
Jadi apa lagi, kena cubalah sebab memang rasa lemak manis-manis tu akan menaikkan lagi rasa. Boleh dimakan begitu saja. Anda mesti akan rasa perbezaannya.
Kredit : Ratna Sari Zain
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tercari-cari resipi sajian minum petang untuk anak dan suami. Jangan bazirkan masa pada resipi yang lama penyediaannya. Jimatkan tenaga dengan resipi mudah dan mengenyangkan.
Resipi donat ekspress ini mama wajib cuba. Bukan hanya gunakan dua bahan sahaja bahkan masa memasaknya yang hanya beberapa minit sahaja buat masa lebih jimat. Nak tahu macam mana donat dua bahan ini? Jom cuba!
RESIPI DONUT GUNA DUA BAHANN JERR.
Donut ni kan paling mudah sangat nak buat. Tak sampai lima minit dah siap. Selalu Kek Na buat untuk sarapan atau minum petang. Suka anak anak. Hahaha. Licin habis.
Bahan bahan:
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan susu segar ikut suka la brand apa pun.
1. Bancuhkan semua adunan dalam satu bekas adunan ye.
2. Masukkan adunan tadi dalam adunan piping bag. Sebab nanti senang nak buat. Adunan ni melekit kalau nak buat dekat tangan tau.
3. Potong hujung plastik piping tu lebih kurang sizee 50 sen. Kalau buat besar besar nanti dah tak berapa lembut.
4. Panas kan minyak. Minyak betul betul panas baru la masuk adunan tadi. Guna api sederhana kecil je keyh jangan besar tau.
5. Dah siap angkat dan terus la salutkan dengan gula kastor.
6. Siap untuk di makan.
Senang kann. Yang nak sharee di persilakan kan ye. Moga dapat bantu mak mak untuk idea sarapan pagi ni.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Resipi kuih Bawang Gunting ni seakan sama dengan resipi kuih gunting atau kerepek gunting. Tetapi apa yang membezakannya adalah kuih bawang gunting ni kita bawakan resipi dari negara jiran, Indonesia. Rasa yang unik dan rangup membuatkan kita ketagih.
Kisarkan 15 biji bawang merah dan 5 biji bawang putih bersama santan sehingga halus.
Masukkan hasil bahan yang dikisar tadi ke dalam tepung dan masukkan satu biji telur, 2 sudu besar minyak masak, 1 sudu majerin, 1 paket kecil serbuk perasa, 1 sudu gula, 1 sudu lada hitam dan daun saderi yang dihiris halus.
masukkan air sedikit demi sedikit, kacaukan kesemua bahan sehingga menjadi doh.
Gunting mengikut saiz yang anda suka dan boleh mula goreng dalam minyak panas.
Boleh angkat selepas garing dan bertukar warna keemasan.
Tapis dan sejukkan, simpan dalam bekas kedap udara.
Dah siap satu “cemilan” di hari raya. Mudah bukan? Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tepat 14 tahun kita hidup bersama, Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan. Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.