Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed, Senang Sangat Nak Buat

Share

Puding mangga susu bersama chia seed antara sajian yang mudah untuk disediakan sebagai sajian pencuci mulut. Makan pula sejuk-sejuk, leganya rasa tekak. Rasa manis buah mangga memang betul-betul memancing selera.

Bagi ibu-ibu yang tiada idea untuk membuat sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi puding mangga susu bersama chia seed ini seperti yang dikongsikan oleh Shida Razak KC.

RESIPI PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHI SEED

UNTUK LAPISAN BAWAH:

BAHAN-BAHAN:

400 ml susu segar
100 ml air
1 biji mangga/100-150g mangga di potong dadu
2 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 sudu kecil garam
3 sudu gula (boleh guna molases sugar untuk lebih sihat)
1 sudu kecil pewarna kuning (jika ada)

CARA MEMBUAT:

1. Kisar semua bahan. (lapisan bawah).

2. Selepas semua bahan dikisar, masak selama 2 minit hingga mendidih.

3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas/loyang. Ketepikan.

UNTUK LAPISAN KE DUA:

BAHAN-BAHAN:

250 ml susu segar
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar gula batu/gula biasa
Secubit garam
1/2 cawan chia seed

CARA MEMBUAT:

1. Masak susu segar bersama masak 1 sudu besar serbuk agar-agar.

2. Campur 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam dan kacau hingga mendidih.

3. Campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan. Jika tiada chia seed, selasih pun boleh.

 

 

4. Tuang untuk lapisan ke dua setelah sejuk lapisan pertama. Taburkan mangga dadu di atas puding. Sejukkan dalam peti. Makan ketika sejuk memang sedap!

Sumber kredit: Shida Razak KC

Baca artikel lain di sini: Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Tercekik Buah Mangga Ketika Makan Bersama Bapa

Sedap Dan Berkhasiat! Resepi Jeli Mangga Ganti Candy, Sesuai Untuk Anak Suka Makan Manis.

Resipi Bingsu Mangga, Penyejuk Tekak 4 Bahan, Sedap Sungguh!

 

 

 

 

Published by
Has