Ibu penat sekalipun nak masak untuk anak, tetap akan hidangkan menu yang best. Tambah-tambah musim sekarang, semua berkumpul di rumah lagilah dapur tu asyik meriah je.
Masak apa sekalipun, mesti akan habis. Maklumlah anak tengah membesar, semua selera. Kali ni, ada hidangan mudah yang boleh jadi pilihan ibu iaitu menu pencuci mulut.
Puding Oreo Lazat Berkrim yang dikongsikan oleh Puan Hasni Usman boleh anda cuba buat bersama dengan anak. Guna 4 bahan je dah boleh dapat puding oreo yang lemak berkrim.
Pengalaman saya sepanjang tempoh kawalan pergerakan ni, repeat jugak membuatnya. Anak-anak suka sangat. Resepi mudah sangat, anak-anak pun boleh buat sendiri. So rajin laa repeat. Resepi simple dekat bawah.
PUDING OREO LAZAT BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
– 1 Bungkus Serbuk Agar Agar (plain)
Ads
– 2 Bungkus Biskut Oreo
(suka lebih oreo, boleh letak lebih)
– 2 Susu Uht (200ML)
-1 Sudu Makan Gula Pasir (optional)
Ads
CARA BUAT :
1) Pecahkan biskut oreo. Jangan halus sangat. Masukkan ke dalam acuan.
2) Satukan susu uht, gula dan serbuk agar agar di dalam mangkuk. Masak di atas api yang sederhana. Gaul sebati sehingga mendidih.
Ads
3) Tuangkan bancuhan susu dan serbuk agar agar yang telah mendidih kedalam acuan.
4) Biarkan seketika. Bila dah tak panas, masukkan ke dalam peti sejuk. Siap!
Sedap makan bila dah sejuk. Bila tergigit biskut oreo tuu, so shedappp. Bila dah keluar dari peti ais, memang tak masuk balik dah. Sekali hadap jaa habis.
Kredit: Hasni Usman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketiadaan bazaar Ramadan tahun ini membuatkan ibu mula cuba menyediakan sendiri kuih-muih untuk berbuka di petang hari. Namun kuih yang sukar ditambah dengan kuantiti barang yang banyak menyukarkan ibu, lebih-lebih lagi yang terpaksa bekerja dari rumah. Nak mudah boleh cuba sediakan apam milo ini. Tersangatlah senang.
Resipi apam yang menggunakan empat bahan ini cukup senang nak disediakan. Blender sahaja kesemua bahan dan kukus hingga masak. Sangatlah mudah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rania Amira ini. Terbaik!
Kuih titisan hujan atau rain drop yang sedang viral ini buat kita terasa hendak mencuba. Macam mana rasanya? Tak perlu beratur panjang, apa kata kita cuba buat sendiriuntuk anak-anak di rumah.
Rupanya resipi viral ini cukup ringkas cara pembuatannya. Jom cuba resipi perkongsian Norma Shahrin.
Rain Drop viral versi lompang. Kuit-kuit gitu.
Bahan-bahan:
1 paket konyaku
Air 950ml
Gula halus 250 gm
Masak hingga gula hancur dan sebati.
Letak la pewarna atau nak jernih pun boleh.
Tuang dalam bekas acuan dan biarkan sejuk.
Masak gula merah hingga hancur dan biarkn sejuk.
Keluarkan dari acuan dan siram dengan gula merah dan serbuk kacang.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan setiap kali menikmati ayam goreng di restoran mamak, pasti kita dapat rasa keenakanya berbeza daripada ayam goreng biasa. Gabungan ramuan beraneka rasa dan ditambah pula dengan rasa kunyit, kepedasan cili serta haruman rempah kari menyatu begitu sempurna.
Jadi tidak hairanlah hingga ada yang ‘ketagih’ dan gagal ‘move on’ untuk terus menikmati hidangan ini tanpa jemu!
Oleh itu, apa kata anda sediakan sendiri menu ringkas namun menepati selera semua ini di rumah sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Eina Eryna Osman.
Ayam Goreng Mamak
Bahan-bahan:
2 ekor ayam dipotong 8 (potongan saya niaga)
6 sudu besar tepung bistari spicy
8 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar serbuk kari
Segenggam daun kari
Sedikit serbuk pewarna makanan
Secubit garam
Sesudu teh ajinomoto
Secubit gula
Cara penyediaan :
1.Satukan semua bahan ke dalam bekas berisi ayam.
2.Gaul rata dan perap seketika di dalam peti sejuk.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.