Puding pandan karamel? Hurm, lain daripada yang lain ni! Biasa dengar puding karamel sahaja, tapi kali ini ada perisa pandan. Tak perlu guna daun pandan asli pula tu. Guna roti pandan dan esen pandan sahaja tapi boleh dapat rasa pandan sebenar.
Puding pandan karamel ni sedap dimakan pada cuaca panas. Keluar dari peti ais, terus hidangkan. Mesti boleh jadi makanan kegemaran seisi keluarga. Rasa manis, lembut dan sejuk pasti dapat memikat selera sesiapa sahaja. Mari kita lihat resepi puding pandan karamel ini.
Resepi ini dikongsikan oleh No Or di kumpulan Facebook Aneka Resepi Makanan.
RESEPI PUDING PANDAN KARAMEL
Kita tak rajin mana. Tapi kita suka makan. Haa, jom buat PUDING PANDAN KARAMEL tuk buka puasa nanti.
Ini resepinya..
Baca Juga:
Resipi Baked Potato Sedap & Mengenyangkan. Boleh Buat Bekal Anak Pergi Sekolah, Mudah Sangat!
Resipi Mi Sizzling Abang Remy, Makan Panas-Panas Memang Syok! Hidangan Sesuai Untuk Satu Famili
Bahan- bahan puding:
– 3 biji telur gred A
– 3 keping roti toastem pandan
– ¾ tin susu cair
– ½ tin susu pekat
– ½ tin air (guna tin susu je)
– 1 sudu the essen pandan
– 1 sudu besar pandan paste/pandan emulco
– ¼ sudu teh garam
Bahan karamel:
– 3 sudu gula pasir
– Sedikit air panas
Cara pembuatan karamel:
– Panaskan gula dalam kuali dan kacau- kacau. Bila semua gula hangus dah bertukar warna coklat, tuang air panas. Kacau- kacau dan matikan api. Hati- hati ye. Kemudian tuang karamel dalam bekas @ acuan. Ketepikan.
Cara pembuatan puding:
– Sediakan puding, potong roti jadi kepingan kecil
– Campur semua bahan ke dalam blender
– Kisar hancur semuanya
*Tuang ke dalam bekas berisi karamel.
*Kukus selama 20 – 30 minit.
*Dah siap, sejukkan kat luar sekejap sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Selamat mencuba.
Mudah sahaja resipi ini. Sedap dimakan sejuk dalam cuaca panas. Lagi sedap jika ditambah whipping cream di atas. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!