Bila anak 6 bulan ke atas, mula belajar makan, biasanya ibu akan mula fikir pelbagai menu. Buat permulaan mungkin anak tak ada masalah makan tapi lama kelamaan dah bosan menu hampir sama.
Lagi susah bila dah masuk umur setahun pandai pula pilih makan, ibu ayah mesti pening. Asyik nak susu saja pun tak boleh juga. Nanti kurang berat badan. Apa kata pelbagaikan menu mereka dan cipta sedikit kelainan dalam hidangan harian.
Resipi puding roti berkuah versi baby dari Puan Sha Roziah Al Yahya antara yang boleh dicuba untuk diberikan pada anak-anak.
Resepi PUDING ROTI BERKUAH
?1 loyang
?3 keping Roti – carikkn roti masukkn dlm loyang
?kismis kita letak juga kekacang
Bahan-bahan:
?1 biji telur
?1 sudu makan unsalted butter
?1 cawan fresh milk
?2 sudu makan madu(utk 1y above)
Cara-cara
?pukul telur dengan unsalted butter
?masukkn susu kacau sebati
?masukkan juga madu kacau
?tuangkan dlm adunan roti tadi biarkan skjap dlm 10minit biar ia mesra semuanya ?
Bakar
?panaskan oven dulu dlm 10 minit
?bakar selama 25-30 minit @ hingga masak ikut oven masing2
?160° c api atas bawah
Sos ala-ala kastard
?didihkan 1 cawan fresh milk
?masukkn 2 sudu madu
?masukkan 1 sudu mkn tpg jagung
?masak hingga sos pekat…tidak trlalu pekat sngat agak2 citarasa masing2..
?dah siap tuangkan atas puding roti td masa makan…
?sedaap juga di makan ketika sejuk…masukkn sekejap dlm peti ais…
?Bawah setahun boleh gantikan madu dgn kurma… Blend je kurma dgn susu fresh
Sumber: Sha Roziah Al Yahya