Biasanya puding roti menjadi pilihan untuk minum petang. Menu ini antara yang paling mudah nak buat dan sedap serta boleh dinikmati oleh anak-anak sekali.

Kadang bila roti dah nak expired daripada membazir macam tu je, terus buat puding roti sekejap je licin anak-anak makan.

Kali ini kelainannya mama boleh cuba buat puding roti pandan kelapa Gardenia bersama sos kastard untuk minum petang. Selalu buat roti putih kan? Kali ni guna roti pandan kelapa.

Resepi Puding Roti Pandan Kelapa

Puding Roti Bersos Kastard, Guna Roti Pandan Kelapa Lagi Sedap!

Bahan-bahan: 

10 keping roti pandan kelapa Gardenia
2 biji telur gred A *
2 -3 sudu besar gula *
2 1/2 cawan susu segar/full cream*
Esen vanila 1 sudu kecil*
1/4 sudu kecil pandan paste *
Kismis
Kacang almond-(optional)

Ads

Cara-cara:

1- Potong 4 setiap roti. Susun roti dalam loyang

2- Campur semua bahan bertanda *

Puding Roti Bersos Kastard, Guna Roti Pandan Kelapa Lagi Sedap!

3- Tuang ke atas susunan roti sehingga roti terendam

Ads

4- Taburkan kismis dan hirisan kacang almond

5- Bakar 180 selama 40 minit api atas bawah. Kemudian api atas sahaja sebentar untuk garingkan bahagian atas.

Sos kastard

1 cawan susu segar/fullcream
1 cawan susu cair
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit pandan paste

Ads

Puding Roti Bersos Kastard, Guna Roti Pandan Kelapa Lagi Sedap!

Campur kan semua bahan dan kacau sehingga pekat diatas api sederhana. Kalau rajin boleh blend daun pandan asli..✅

Kredit: Azriyani Yanasha

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Puding Roti Bersos Kastard, Guna Roti Pandan Kelapa Lagi Sedap!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI