Kalau mama papa dah buntu nak sediakan pencuci mulut untuk berbuka puasa hari ini, apakata anda cuba resipi puding roti coklat butterscotch yang menggunakan roti butterscotch sebagai bahan utama. Nak lebih enak, makan bersama sos kastard.
Resipinya sangat simple dan mudah disediakan. Yang paling penting boleh pikat selera seisi keluarga. Ikuti resipi dikongsi oleh instafamous yang selalu berkongsi video masakan di instagram, Khairulming.
Panaskan susu segar, telur dan gula. Kacau sehingga adunan panas (jangan sampai mendidih cukup sekadar panas) kemudian ketepikan.
Carikkan 8 keping roti ke dalam bekas kemudian tabur chocolate chips. Tuang adunan susu yang dipanaskan tadi kemudian ulang balik langkah tadi sekali lagi.
Biarkan roti ini kembang selama 20 minit.
Masukkan sedikit air kedalam baking tray (teknik water bath bake).
Ads
Bakar pada suhu 180c selama 40-45 minit. Bake at 180c for 40-40 minutes
For custard sauce:
-1 tin susu cair (1 can evaporated milk)
-1/2 cawan air (1/2 cup water)
-2 sudu gula (2 tbsp sugar)
-1.5 sudu tepung kastard (1.5 tbsp custard flour)
Cara penyediaan sos kastard:
Masukkan kesemua bahan untuk membuat kastard ke dalam kuali, kacau sehingga pekat kemudian sejukkan.
Ads
Hidang:
Letak puding kedalam bekas, kemudian tuang sos kastard di atas. Sedia untuk dimakan. Boleh nak hidang ketika sejuk ataupun panas.
Lobak merah dan mata, adalah 2 perkara yang selalu dikaitkan bersama. Malahan ia menjadi kepercayaan kebanyakan mommies di luar sana. Tetapi betul ke makan lobak baik untuk penglihatan?
Propaganda lobak merah
Lobak lazimnya dikatakan sebagai 1 ubat ajaib yang dapat menjaga kesihatan mata dan memperbaiki penglihatan pada waktu malam. Mungkin ada di antara kita yang mempersoalkan mengenai perkara ini, adakah ia benar atau sekadar auta semata-mata, bukan?
Lobak dan manfaatnya kepada mata telah menjadi kepercayaan kebanyakan individu di dunia ini dalam meningkatkan kesihatan mata. Walaupun ada kebenaran mengenainya, namun asal usul tersebarnya berita ini bermula daripada mitos.
Semasa Perang Dunia II, seorang juruterbang Tentera Udara Diraja British berjaya menggunakan radar, satu teknologi baru ketika itu untuk menyasar dan menembak jatuh pesawat musuh.
Mitos mengenai kehebatan lobak ini disebarkan bagi menutup rahsia teknologi baru tersebut yang mempunyai keupayaan memberikan ketepatan visual kepada juruterbang daripada pengetahuan musuh, iaitu pihak Nazi Jerman.
Bermula daripada itulah, propaganda mengenai kehebatan lobak merah atau carrot yang kononnya dapat meningkatkan penglihatan pada waktu malam tersebar dan dipercayai sehingga ke hari ini.
Hubungan lobak merah dan penglihatan
Carrot merupakan antara sayuran yang popular dan menjadi kegemaran kebanyakan individu. Sayuran rangup dengan nama saintifik Daucus carota ini kaya dengan pelbagai khasiat seperti:
Selain itu lobak juga kaya dengan lutein, iaitu antioksidan penting dalam membantu memperbaiki tahap kesihatan individu. Makanan tinggi kandungan lutein akan meningkatkan ketumpatan pigmen dalam makula.
Apabila ketumpatan pigmen meningkat, ia akan dapat membantu melindungi retina. Keadaan ini sekali gus akan mengurangkan risiko kemerosotan penglihatan.
Beta-karotena yang terdapat dalam lobak merah juga bermanfaat dalam membantu fungsi penglihatan. Selepas dimakan, mineral ini akan bertukar bentuk kepada vitamin A yang dikenali sebagai retinol dan boleh dicerna badan.
Kekurangan beta-karotena atau turut dikenali sebagai karotenoid yang penting untuk penghasilan vitamin A dalam badan akan meningkatkan risiko berlakunya masalah penglihatan apabila dalam keadaan kurang pencahayaan.
Mitos lain berkaitan mata
Selain daripada carrot, terdapat juga 3 mitos lain berkaitan mata yang masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Jom kita bongkar!
Tengok televisyen pada jarak dekat
Selalunya kita akan melarang anak-anak daripada menonton televisyen (TV) pada jarak yang terlalu dekat kerana mempercayai ia akan merosakkan penglihatan, betul?
Tetapi hakikatnya, duduk pada jarak yang dekat ketika menonton TV hanya akan menyebabkan anda berasa sakit kepala tetapi TIDAK akan menjejaskan penglihatan anda.
Sinaran biru yang ada pada televisyen membahayakan mata jika terdedah secara berlebihan. Dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan kerosakan pada retina, sekali gus menyebabkan kerosakan serius pada mata.
Membaca dalam keadaan gelap
Sebenarnya, situasi ini sama seperti menonton TV pada jarak dekat. Ia boleh mengakibatkan anda mendapat sakit kepala atau mata menjadi penat. Namun ia TIDAK sampai menyebabkan tahap penglihatan anda merosot.
Kebergantungan kepada cermin mata atau kanta lekap
Jika anda adalah individu yang memakai cermin mata, mesti pernah mendengar bahawa pemakaian cermin mata hanya akan membuatkan penglihatan anda menjadi lebih teruk. Tetapi betul ke?
Ia TIDAK BENAR sama sekali. Keupayaan penglihatan mata anda tidak akan merosot kerana penggunaan cermin mata atau pemakaian kanta lekap. Preskripsi tahap mata anda mungkin akan berubah tetapi ia bukan disebabkan cermin mata atau kanta lekap.
Sebaliknya peningkatan itu berlaku seiring dengan peningkatan usia atau didasari oleh sebarang masalah berkaitan kesihatan.
Sayangilah mata
Jadi mitos mengenai lobak merah adalah SAHIH. Ia sememangnya baik untuk memperbaiki tahap penglihatan, cuma kerap makan lobak tidaklah sampai membuatkan anda memiliki mata yang berkuasa pada waktu malam.
Apapun, mata merupakan satu deria yang penting bagi setiap individu. Amat penting untuk anda memberikan penjagaan yang terbaik pada mata. Jika menyedari sebarang masalah berkaitan mata, lakukan pemeriksaan dengan segera, jangan melengah-lengahkan masa, okay?
Setiap kali kita sediakan bubur nasi atau makanan lain, penambah rasa pastinya buat anak-anak yang membesar bangkit seleranya. Jika untuk bayi bawah dua tahun, penambah rasa seperti serbuk ikan bilis dan serbuk ayam menjadi pembantu, bagi anak-anak yang membesar (usia lebih dua tahun) dan seisi keluarga, penambahan bawang goreng pastinya membuatkan makanan bertambah sedap.
Nak menghasilkan bawang goreng memang mudah namun hendak menjadikan ia rangup dan ekstra sedap pasti ada tipsnya. Tip bawang goreng sedap yang dikongsikan oleh Pn Ameera ini cukup mudah. Wajib cuba untuk jadikan penambah rasa dan aroma dalam masakan kita.
Boleh buat sendiri buat apa nak beli. Semudah ABC. Bawang goreng by ibu. Penyediaan 15 minit siap. Bahan hanya bawang dan sedikit garam je. Buat sendiri sedap terangkat dari kita beli. Yang penting Ranggup!
Pastikan minyak panas dulu.
Terus tabur garam.
Tada!
Dapat sebekas macam ni. Nak makan dengan mee kari, bihun sup, senang dah ada spare. Takyah nak beli beli dah. Sedap hat buat sendiri lagi tau!
Selamat mencuba gais.
Kenapa Perlu Ambil Bawang Merah?
Bawang merah bukan hanya sekadar menambah rasa sahaja bahkan cukup banyak khasiatnya dalam makanan yang kita sediakan. Apa yang anda perlu tahu, bawang merah cukup tinggi vitamin malah mengandungi kandungan kalori yang rendah dan baik untuk kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak nak memiliki otak yang cerdas serta dapat berfikir dengan cepat dan tepat,kan? Semua orang mahu! Sebaik mungkin kita cuba untuk mendapatkan tip terbaik.
Dengan pelbagai jenis makanan yang dijual sekarang, tak dinafikan ia boleh mempengaruhi anak-anak. Ternyata ibu bapa kena ambil berat mengenai pemakanan sekarang. Kena bertegas dan jangan bersikap sambil lewa.
Elakkan makanan ringan, pewarna yang tinggi, makanan segera, makanan tinggi kandungan garam dan yang ada bahan pengawet. Semua kategori makanan ini dikatakan dapat menjimatkan masa penyediaannya tapi kesan di sebaliknya sangat tidak elok untuk anak-anak dan diri kita sendiri.
Makanan Baik Untuk Otak
Bagaimanapun, dalam hal ini ramai dalam kalangan kita tak tahu makanan atau zat yang baik untuk otak terutama dalam menjaga fungsi serta kecerdasan otak.
Dengan makanan sihat, otak akan jadi lebih mudah untuk merakam serta mengolah informasi yang terakam dalam memori, lalu kemudiannya mengaitkan informasi tersebut.
Berdasarkan perkongsian Dr Otak/Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, ada 12 jenis makanan yang boleh powerkan otak dan baik untuk diamalkan seisi keluarga.
Antaranya adalah ikan, telur, blueberries, avocado, bayam, dark chocolate, kekacang, minyak kelapa, kunyit, pegaga, plain atau greek yogurt.
Bagaimanapun jangan terikat pada makanan ini sahaja tapi masih ada lagi sumber makanan lain yang boleh diamalkan dan akan dikongsikan lagi. Sekurang-kurangnya jika tak dapat buat semua bolehlah diamalkan separuh daripadanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!