Puding Roti Coklat Milo Laku Keras, Sekali Letak Anak Berebut!

Share

Sebut sahaja makanan berasaskan milo, anak-anaklah orang yang paling suka. Mana tidaknya, rasa manis ditambah pula milo yang bersifat mengenyangkan ini cukup sesuai untuk anak.

Resipi Puding Roti Coklat Milo ini mama mesti cuba di hujung minggu ini. Sekali letak pasti anak-anak berebut suka. Jom cuba!

Kalau sebelum ini anda hanya pernah mencuba resepi puding roti biasa, kali ini anda boleh cuba resepi puding roti coklat milo yang dikongsi Iedaa Jahaya ini.

1 paket agar-agar serbuk bahagi kepada dua. Untuk lapis atas bawah. Loyang 6 inci. Nak guna acuan pun boleh.

Bahan agar-agar:

1/2paket agar-agar serbuk
450ml air
5sdb susu pekat
70g coklat masakkan

1. Campur dan sebatikan semua bahan dulu sebelum dimasak. Api sederhana, kacau hingga membuak-buak. Tutup api.

2. Ambil 1 sd adunan coklat renjiskan atas loyang dan biarkan seketika.

Bahan Adunan Milo:

1/2paket agar-agar
2sdb milo 1sdk serbuk koko van houten. Bancuh dengan air suam tuang masuk dalam blender
2keping roti potong-potong atau carik je pun boleh
3sdb susu pekat
5sdb gula kurang manis tambah je lagi
450ml susu cair atau susu segar

1. Blend semua bahan. Tapis masuk periuk dan masak hingga mendidih. Tutup api.

2. Tuang ke dalam loyang yang dititis adunan coklat tadi.

3. Biarkan mengeras sekejap. Baki adunan coklat tadi dimasak kembali supaya mencair.

4. Kacau-kacau hingga adunan mencair.

5. Bila cair tutup api. Tuang perlahan-lahan atas lapisan milo. Masuk dalam peti sejuk.

6. Bila dah keras keluarkan perlahan-lahan dari loyang. Potong. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba

Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM