Selain kek dan biskut, puding juga antara yang menjadi kesukaan anak-anak. Cuma ia perlu kena dengan selera. Kalau tak menarik, mungkin anak-anak akan sekali pandang saja.

Jika nampak berwarna-warni ataupun yang berasaskan buah-buahan, boleh buatkan anak tertarik untuk cuba. Letak pula dalam peti sejuk, betul-betul nikmat.

Kali ini resipi Puding Roti Serikandi berasaskan roti boleh anda cuba kerana selain cantik dipandang, makan pun sedap. Mesti anak sukalah!

Resepi Puding Serikandi (Puding Roti)

Bahan-bahan:

* 2 peket agar-agar tali 20g
* 2 tin susu cair
* 1 tin susu pekat
* 1 roti potong Gardenia yang pendek (RM2.50)
* 1 inci gula batu
* pewarna merah, hijau, kuning

IKLAN

Cara-cara:

* masak agar² tali dgn air 1.2L x 2 (atau secukupnya)

* masukkan gula batu

* carik²kan roti potong tadi ke dlm susu cair biar tenggelam dan kembang. (ambik putih sahaja yg tepi potong buang)

* agar² dah mendidih sebati cedok kepada 3 bekas buat warna merah, kuning, hijau. Sejukkan. ( 1 bekas dlm 2 ke 3 senduk sahaja )

* kecilkan api masukkan susu pekat kacau² sebatikan. Ikut tahap kemanisan anda suka

* tinggal dengan api yang kecil

* 3 warna tadi dah beku potong dadu.

* tabur ke dalam loyang lapisan pertama tabur warna warni yang dipotong dadu tadi dan masukkan roti yang rendam dalam susu cair tadi tuang agar-agar sedikit demi sedikit bagi tenggelam roti. ulang step sampai habis.

* sejukkan sedikit. Simpan dlm peti ais dan hidangkan.

Kredit: ain ilfina via Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)