Puding roti adalah makanan paling senang dan mudah untuk disediakan sebagai sarapan atau pun pencuci mulut buat anak kecil kita. Selain kandungan karbohidratnya yang tinggi, penambahan susu dan kurma misalnya dapat memberi khasiat berganda buat bayi comel kita. Gabungan karbohidrat, serat dan protein pastinya membekalkan nutrisi lengkap buat anak kita.

Namun cara menyediakan Puding Roti adakalanya mengambil masa yang agak lama. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Norlaila Mohd Yusoff di facebooknya ini sememangnya menjimatkan masa ibu.

Puding Roti Versi Bayi Paling Ekspress, Blend Je Semua Dah Siap!

Mana tidaknya dengan hanya mencampurkan tiga bahan sahaja, puding sudah siap sedia untuk dibakar. Mudah! Jom intai resipi yang dikongsikan olehnya.

Menu baru untuk Irfan. Ibu cuba sebab senang je. Guna 3 bahan je. Resepi ni sesuai untuk baby 8 bulan ke atas.

Ads

Bahan-bahan:

Roti wholemeal (2 keping)
Susu full cream (100ml)
Kismis (boleh juga letak pisang, kurma dan buah-buah lain)

Ads

Puding Roti Versi Bayi Paling Ekspress, Blend Je Semua Dah Siap!Blend ke semua bahan. Ibu blend sekali dengan kismis. Tapi tinggalkan sikit untuk topping.

Puding Roti Versi Bayi Paling Ekspress, Blend Je Semua Dah Siap!Kukus dalam masa 20 hingga 30 minit sahaja.

Ads

Puding Roti Versi Bayi Paling Ekspress, Blend Je Semua Dah Siap!

Ibu kukus guna electric lunch box (ELB) je. Loyang ke cup ke apa semua takde. Taruk jelah terus kat besi tempat steam ELB.

Alhamdulillah jadi. Tunggu sejuk nanti petang sikit suap Irfan makan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI