Musim raya ni mesti banyak jamuan hari raya kan, tak kira lah hari bekerja ataupun hujung minggu. Pihak sekolah juga tak melepaskan peluang untuk mengadakan sambutan hari raya di sekolah. Para ibu ada idea tak nak bekalkan makanan apa untuk anak bawa ke sekolah?
Jangan risau, banyak menu simple yang boleh dibawa. Antaranya puding tutti fruity warna- warni. Sebut je nama menu tu, dah boleh bayangkan betapa menariknya puding tersebut. Bukan setakat simple dan mudah untuk dibuat, rasanya juga sangat sedap. Jom lihat resepi puding tutti fruity yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Noor Faezah di Kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.
RESEPI PUDING TUTTI FRUITY
Sumber foto: Facebook Noor Faezah
Puding Tutti Fruity… Ada filling Kiwi, Blueberry, Manggo
Buat untuk Potluck Jamuan Hari Raya sekolah anak. Alhamdulillah, habis semua pudingnya. Kata anak, cikgu yang banyak makan dari anak… Syukur…
Ads
Selain rupa lawa, warna- warni, rasa pun sedap. Korang try la. Memang sesuai makan time musim panas merelit sekarang ni.
*ini saya editkan resepi yang diminta… Resepi: untuk satu adunan ni dapat dalam 25- 30 bekas
Bahan- bahan: – 10g serbuk agar- agar (warna plain)* – 1 tin susu cair* – 3 tin air* – 1 tin susu full cream* – 1 tin susu pekat* – 2 sudu tepung kastard* – 1 sudu esen vanilla* – 1 cawan gula pasir* (taknak letak pun takpe kalau taknak manis) – Filling kiwi, blueberry dan mango (boleh beli dekat kedai bahan kek)
Ads
Cara- cara: 1. Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. Pastu biarkan.
Sumber foto: Facebook Noor Faezah
2. Masukkan semua bahan bertanda (*) masa katas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan. 3. Selepas sejuk, curah dalam bekas acuan yang telah dilorekkan filling tadi. 4. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. 5. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.
Note: kalau nak lebih cantik, boleh lerokkan lagi filing pada atas permukaan agar- agar tadi selepas agar- agar keras.
Mudah sahaja resepi yang dikongsikan. Kalau para ibu nak puding lebih berkhasiat, boleh gantikan filling dengan buah- buahan yang sebenar. Para ibu juga boleh gunakan pelbagai buah seperti betik, anggur, epal, pear dan macam- macam lagi ikut kesukaan anak- anak. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ni resipi kuih tradisional atau moden semuanya boleh buat sendiri. Tak perlu dah nak beli kalau pandai buat. Lagipun banyak perkongsian resipi yang menarik dan boleh dicuba.
Kali ini mama boleh cuba pula buat kuih tradisi orang Terengganu yang sememangnya popular dan sedap iaitu Kuih Bunga. Cara buatnya juga sekejap. Tak sampai sejam semua dah siap.
Nak cuba buat kuih ni, resipi dari Nor Al Fatihah ini dah ada setiap langkah-langkah pembuatannya.
Kuih bunga atau tepung bunga. Kuih orang Terengganu paling simple dan cepat buat. Tak sampai satu jam dah siap.
Guna 4 bahan je. Tepung pulut, air, telur dan gula. Ada juga orang masukkan santan sikit nak bagi lemak. Tapi kita ikut resepi mak kita. Kecil-kecil dulu suka tolong mak buat kalau bulan puasa. Rasa dia lembut + liat-liat + manis.
👉 Campur air dengan tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi.
👉 Ambik sikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari. Pastu, celupkan kuih ke dalam telur.
👉 Goreng di dalam minyak yang panas hingga merekah & berbunga-bunga. Kalau tak berbunga tak lah namanya kuih bunga kan. Jaga-jaga kuih ni meletup sikit ketika goreng.
👉 Angkat & toskan. Salut dengan gula.
Selain kuih tepung pelita, kuih tako juga tidak kurang hebatnya. Menu istimewa ini seringkali disajikan setiap kali datangnya bulan Ramadan. Bulan puasa ini, apa kata kita cuba hasilkan sendiri di rumah.
Menu ringkas dan penggunaan bahannya pun tidak banyak. Resipi perkongsian Pn Fatin Shafiqah ini anda wajib cuba!
Kebiasaan orang Johor yang makan kuih Tako ni, belah-belah Perak dorang punya Tepung Pelita. Dan Tako dengan Tepung Pelita lain bentuk dan rasanya. Ok saya baru tahu ada Kuih Limas.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak–anak ni ada yang susah nak suruh makan nasi. Kalau bagi makanan lain laju je makan. Cuba tengok apa kecenderungan anak kita suka makan. Biasanya pilihan anak yang mudah adalah nuget.
Jika tengok anak kita jenis suka makan nuget, apa kata tukarkan versi nuget sihat untuk mereka.
Resipi yang dikongsikan oleh Puan Widyana Ali cara membuat nuget nasi campur ayam pasti menyelerakan anak anda yang susah makan nasi. Paling penting padat nutrisi kerana ada nasi, isi ayam dan sayur-sayuran. Sekali-sekala olah resipi apa salahnya kan?
Bahan-bahannya:
Nasi putih Isi ayam Carrot Lada putih Garam pink himalaya secukup rasa Sedikit bawang putih Sedikit daun sup
Cara buat
Blend bahan tadi menggunakan food processor. Letak sedikit air panas supaya nasi tadi hancur. Jangan terlebih air.
Bahan untuk salut
Bahan untuk salut. Sebiji telur. Breadcrumbs. Untuk gluten free boleh guna puffed rice yang dikisar atau macam saya salut guna kelapa parut sangai.Boleh juga guna dessicated coconut. Kalau anak alah telur boleh tukar telur dengan air kosong.Nak celup je kan supaya masa nak golek tu melekat. Selepas bentukkan celup nugget dalam telur dan golek atas breadcrumbs atau kelapa parut sangai.Selepas dicelup telur dan golek atas kelapa. Susun atas loyang untuk digoreng.Selepas digoreng. Macam nugget. Kalau makan dengan sos cili homemade mesti anak-anak suka.
Lepas ni, ibu boleh cuba ya. Bukan sahaja pembuka selera untuk anak, paling penting anak yang alah telur pun boleh makan.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.