Pukul, Jerit Pada Anak Memang Tiada Luka, Rasa Puas! Tapi Kesan Mendalam, Anak Jadi PEMARAH Macam Ibu Ayah

Share

“Danial!!! Mommy cakap apa tadi?? Jangan main dekat TV kan??? Sekarang apa dah jadi! Pecah!”” tangan mommy laju memukul anak, amarah menguasai diri. Anak kecil dalam ketakutan, tak tahu bagaimana nak meminta maaf hanya mampu menangis.

YA, SEBENARNYA ANAK FAHAM LOGIK MUDAH DAN ALASAN DAHULU SEBELUM PANDAI BERTUTUR

Teringat zaman anak-anak masih kecil.

Zaman TERtumpah, TERtolak, TERlanggar, TERjatuhkan, TERpecahkan dan banyak TER lagi kerap berlaku.

Budak baru dapat kaki, tangan dan akal.
Dunia macam playground besar.
Tenaga macam magnet kekal.
Logik fikiran saja yang masih mentah dan kasar.

Jadi letih ibubapa menghadap.
Jadi tak kuat ibubapa nak menahan sabar.

Geramnya rasa.

Tak boleh tahan. Rasa macam puas jika dapat di cubit, di pukul dan di jerit anak itu.

Namun, PUAS DAN LEGA TAK SAMA.

Puas cuma seketika. Datang hanya bila sesuatu berjaya di capai dan di lakukan.

Namun PUAS belum tentu buat kita LEGA.

Kerana itu, setelah puas naik tangan dan naik suara, mula bertubi-tubi rasa menyesal.

Rasa teruk. Rasa jahat.

Melihat anak suci yang menangis kesakitan.
Melihat sinar matanya yang kebingungan di perlakukan sedemikian.

TIADA RASA LEGA YANG IBUBAPA RASAKAN.

Lebih teruk bila hal serupa asyik berulang.

Tiada luka, tiada darah, tiada patah dan lebam TIDAK BERMAKSUD TIADA KESAN.

Kelakuan ibubapa PALING TINGGALKAN KESAN.
Anak jadikan panduan.
Anak jadikan rujukan.
Anak jadikan ikutan.

Kemudian dia menjadi EXACTLY seperti apa yang dia dibiasakan.

Memukul, menolak, mencemuh, menjerit, mengamuk, mencubit, menendang…

ITU PUNCA UTAMA MENGAPA TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN KEKERASAN FIZIKAL DAN VERBAL KEPADA ANAK KECIL.

Pengalaman demi pengalaman jadi binaan asas struktur otak anak.

Tak mengapa ia cuma sekali-sekala. Ibubapa juga manusia biasa.

Namun usahalah untuk ubah JIKA ternyata ia sudah jadi hal biasa.

Belajar: Berhenti. Tarik Nafas dan Beredar Seketika.

Yang perlukan time out itu ialah ibubapa. Bukan anak.

Kerana yang lebih kawalan kendiri itu ialah ibubapa. Bukan anak.

Datang semula kepada anak setelah ibubapa lebih tenang dan rasional.

Ajar anak selesaikan masalah yang telah dia timbulkan.

Tunjukkan kepadanya cara lebih baik untuk melakukan sesuatu.

Terangkan dan lakonkan semula mengapa perbuatannya bahaya atau tidak patut.

Beritahunya perasaan anda tentang apa yang telah dia lakukan.

Percayalah, anak semuda usia 4-5 bulan sudah boleh mula kenalpasti perkataan biasa yang kerap di ulang. Sudah belajar kenalpasti cara berinteraksi dengan dunia melalui intonasi, bahasa badan, mimik muka dan respon yang dia terima.

🔥Sebahagian ibubapa awal-awal dah rasa anak tak akan faham 😩

Lalu mereka tak kisah untuk cuba menerangkan dan memberi tunjuk ajar.

Tiba -tiba ibubapa expect anak tahu buat begitu dan begini. Dan marah-marah pula bila jadi sebaliknya.

ADIL kah?

➡️ Kita layan anak macam orang tak faham bahasa langsung. Kemudian kita marah-marahkan anak bila dia benar-benar berkelakuan macam orang tak faham bahasa langsung ⬅️

LUCU bukan? Kita inilah yang sebenarnya lucu!

Yes, benar. Anak perlu ‘pandai’ cakap untuk ‘pandai’ terangkan tentang perasaan dan kehendaknya

NAMUN….

Anak TIDAK PERLU PANDAI CAKAP untuk faham logik mudah (deductive reasoning) dan alasan.

Anak TAK PERLU PANDAI BERBAHASA untuk pandai berfikir.

Kredit: Baby Language

Published by
NuFa