Isteri sarat hamil, suami perlu tahu menyusun perjalanan agar selesa dan selamat. Tidak perlu terkejar-kejar yang penting semuanya mesti selamat.
Menjelang penghujung Ramadan, masing-masing akan bergerak pulang ke kampung halaman. Dalam keseronokan menuju ke destinasi, ibu hamil jangan lupa untuk memastikan diri dan kandungan sentiasa dalam keadaan yang baik.
Pesanan daripada Dr Afida Sohana yang bertugas di Hospital Umra ini boleh dijadikan panduan. Perjalanan jauh bagi ibu hamil perlu dirancang rapi agar ibu dan kandungan dalam keadaan yang baik.
BALIK KAMPUNG SEMASA HAMIL
Hari ni saya nak bercerita tentang ‘travelling in pregnancy’.. Boleh je ‘travel’ semasa hamil. Cumanya, perlu berbekalkan pengetahuan, dan dengan persiapan yang rapi.
1. Jangan lupa buku pink/antenatal
2. Kenal pasti klinik/hospital berdekatan di destinasi, supaya mudah mendapat rawatan jika perlu.
3. Sebelum ‘travel’, jumpa & berbincang dengan doktor perbidanan anda
4. Kalau ke luar negara, pastikan insuran merangkumi masalah kehamilan.
Ads
KAPAL TERBANG
Seronok takde jem!
1. Periksa tahap kehamilan yg dibenarkan. Lain airline, lain syarat.
2. Pastikan ada surat ‘fit to fly’
3. ‘Flight’ lebih 4 jam, ada risiko darah beku (DVT). pastikan:
a. Minum secukupnya
b. Buat senaman kaki tiap 30 minit
Ads
c. Pakai stokin DVT
MEMANDU KE KAMPUNG HALAMAN
Jika hamil, elakkan menempuh perjalanan yang panjang dalam kereta. Tapi apa nak buat, situasi pulang ke kampung halaman semasa hari raya menjanjikan perjalanan yang berganda-ganda masanya! Kalau memandu, pastikan :
Jika memandu, pastikan :
1. Berhenti tiap 2- 3 jam untuk bangun dan berjalan-jalan. Penting! Jika tidak, tinggi risiko darah beku (DVT)
Ads
2. Minum air secukupnya
3. Buat senaman kaki di dalam kenderaan
4. Pakai stokin DVT / TEDs stockings
5. Pakai tali pinggang keledar (lihat rajah)
MAKAN & MINUMAN SEMASA PERJALANAN DAN SEMASA HARI RAYA
Pastikan makanan dan minuman yang diambil selamat. Makan makanan seimbang.
Semoga selamat sampai ke destinasi. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin
Sebelum ini, isteri kepada penyanyi rap iaitu Yonnyboi mengidam kuih akok dari kelantan sahaja. Episod mengidam Nik Nazira belum lagi berakhir dan kini masih lagi teringin beberapa makanan manis dan makanan ‘authentic’ yang lain. Malah kata Yonny lagi, isterinya hanya inginkan makan makanan yang dari khusus dari tempat asal seperti mee kolo di sarawak, akok dari kelantan dan pan mee dari penang.
Nik Nazira berkata kandungan yang kini sudah pun berusia 7 bulan namun sukar buatnya kerana mabuk selalu muntah walaupun sudah memasuki trimester 3 kehamilan.
“Sekarang saya banyak teringin benda manis macam kek”
Menjawab persoalan adakah sudah berjaya menunaikan mengidam isteri sebelum ini, Yonnyboii menjawab sudah.
“Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan,” kongsi Yonny lagi.
Namun dia bersyukur bila mana saudaranya sudi membantu mencarikan kuih akok yang diingini isterinya.
“Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya,” katanya.
Selebriti, Uyaina Arshad yang kini hamil anak pertama baru-baru ini memuatnaik pertanyaan mengenai susu kambing di laman instagramnya.
Menurutnya, dia teringin untuk mencuba memandangkan khasiat dalam susu kambing bagus untuk kesihatan.
Namun persoalanya mengenai susu kambing menarik perhatian seorang doktor yang juga terkenal di media sosial dengan perkongsian info iaitu Dr. Malar.
“Info berguna untuk semua ibu-ibu mengandung, dan ibu yang mempunyai anak kecil”
“Semalam Uyaina tanya di igs tentang susu kambing yang bagus sebab Yana nak cuba minum. Dengar kata bagus untuk ibu mengandung dan kesihatan anak yang dikandungkan.”
“Ramai yang respond and bagi suggestions kat Yana. Thank you so much!”
Menurut Uyaina, doktor memberikan beberapa nasihat buat ibu-ibu agar peka dengan cara pemprosesan susu kambing.
“Lepas tu, Dr @celotehdrmalar tanya Yana kenapa Yana nak minum. Nasib baik dr view story Yana sebab ada info yang Yana terlepas pandang berkenaan susu kambing”
1. Jangan bagi baby susu kambing sebab boleh menyebabkan gagal fungsi hati.
2. Keguguran boleh berlaku kalau minum susu mentah. Ibu mengandung boleh je minum susu apa sekalipun asalkan dah dipasteur dan disteril.
Uyaina sempat memohon doa ramai supaya proses kehamilan dan kelahiran anak sulungnya itu dipermudahkan.
“Harap ibu-ibu semua alert ya 🥰 Semoga Allah permudah urusan kita mengandung & melahirkan 🤲🏻”
Sekiranya ibu sudah melepasi trimester pertama kehamilan, sepatutnya ibu sudah berasa semakin lega dan seronok. Ini kerana tiada lagi mual dan loya seperti dialami di awal kehamilan. Ibu sepatutnya berasa lebih sihat dan bertenaga.
Perubahan bentuk badan juga sedikit demi sedikit kelihatan. Sementara itu bayi dalam kandungan juga telah terbentuk sepenuhnya dan mendapat nutrien daripada plasenta anda sejak awal kehamilan lagi. Bayi akan semakin bertambah membesar pada minggu seterusnya.
Memasuki trimester kedua kehamilan, ada banyak perkembangan yang berlaku kepada bayi anda. Paling ketara bayi semakin bertambah keaktifannya. Biasanya menginjak minggu ke-18, ibu akan mula merasakan pergerakan bayi. Bagaimanapun sekiranya ibu baharu pertama kali mengandung, adakalanya ia sukar menjangkakan bentuk pergerakan tersebut. Jangan risau kerana semakin lama anda pasti dikejutkan dengan tendangan kecil bayi comel anda!
Antara gerakan awalnya dimulakan dengan gerakan kontraksi dan relaksasi otot dada. Gerakan ini bermaksud bayi menghirup dan menghembuskan cecair amniotik (air ketuban) ibu. Air ketuban sangat diperlukan oleh bayi dalam kandungan untuk perkembangan paru-parunya.
Pergerakan kedua yang dilakukan oleh bayi adalah gerakan yang dilakukan oleh kaki dan tangannya. Bayi akan mencakar, menendang dan berpusing. Bahkan pada trimester kedua juga, bayi gemar menghisap jarinya.
Sementara itu pergerakan ketiga yang biasa dilakukan oleh bayi adalah ekspresi wajah. Pelbagai mimik muka dibuat oleh bayi sebenarnya. Jika bernasib baik, ibu boleh melihat ekspresi wajah bayi ketika melakukan pemeriksaan ujian imbasan terperinci.
Tahukah ibu, otak si kecil sebenarnya sudah berkembang dan mampu berfikir walaupun usianya baru 16 minggu. Aktiviti berfikir yang dilakukan oleh janin pada usia ini adalah bermimpi. Dengan adanya kemampuan berfikir, maka rasa sakit juga mungkin dirasakan oleh bayi anda. Jika dia sudah boleh merasakan rasa sakit, maka tidak hairanlah sekiranya bayi boleh membuat ekspresi wajah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Disember yang lalu buat pertama kalinya berkongsi gambar sekeluarga bersama buah hati mereka.