Isteri sarat hamil, suami perlu tahu menyusun perjalanan agar selesa dan selamat. Tidak perlu terkejar-kejar yang penting semuanya mesti selamat.
Menjelang penghujung Ramadan, masing-masing akan bergerak pulang ke kampung halaman. Dalam keseronokan menuju ke destinasi, ibu hamil jangan lupa untuk memastikan diri dan kandungan sentiasa dalam keadaan yang baik.
Pesanan daripada Dr Afida Sohana yang bertugas di Hospital Umra ini boleh dijadikan panduan. Perjalanan jauh bagi ibu hamil perlu dirancang rapi agar ibu dan kandungan dalam keadaan yang baik.
Hari ni saya nak bercerita tentang ‘travelling in pregnancy’.. Boleh je ‘travel’ semasa hamil. Cumanya, perlu berbekalkan pengetahuan, dan dengan persiapan yang rapi.
1. Jangan lupa buku pink/antenatal
2. Kenal pasti klinik/hospital berdekatan di destinasi, supaya mudah mendapat rawatan jika perlu.
3. Sebelum ‘travel’, jumpa & berbincang dengan doktor perbidanan anda
4. Kalau ke luar negara, pastikan insuran merangkumi masalah kehamilan.
Seronok takde jem!
1. Periksa tahap kehamilan yg dibenarkan. Lain airline, lain syarat.
2. Pastikan ada surat ‘fit to fly’
3. ‘Flight’ lebih 4 jam, ada risiko darah beku (DVT). pastikan:
a. Minum secukupnya
b. Buat senaman kaki tiap 30 minit
c. Pakai stokin DVT
Jika hamil, elakkan menempuh perjalanan yang panjang dalam kereta. Tapi apa nak buat, situasi pulang ke kampung halaman semasa hari raya menjanjikan perjalanan yang berganda-ganda masanya! Kalau memandu, pastikan :
Jika memandu, pastikan :
1. Berhenti tiap 2- 3 jam untuk bangun dan berjalan-jalan. Penting! Jika tidak, tinggi risiko darah beku (DVT)
2. Minum air secukupnya
3. Buat senaman kaki di dalam kenderaan
4. Pakai stokin DVT / TEDs stockings
5. Pakai tali pinggang keledar (lihat rajah)
Pastikan makanan dan minuman yang diambil selamat. Makan makanan seimbang.
Semoga selamat sampai ke destinasi. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin
Sumber: @AfidaSohana
Artikel berkaitan: Nak Masa Hadapan Pendidikan Anak Terjamin? Persiapan Haruslah Bermula Dari Sekarang!