Sama seperti kita, anak kecil kita juga turut berdepan masalah ‘burnout’ ketika PKP ini. Mereka buntu kerana tidak dapat melalui kehidupan bermain dan bebas ke mana-mana dan kini hanya terperuk di rumah. Semuanya jadi serba tak kena pada mereka.
Menurut OT Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist, bantulah anak-anak kita. Biarlah mereka lepaskan kebosanan hidup baru mereka ini dengan baik. Kita bantu mereka dengan beberapa tip ini!
ANAK “BURNOUT”
“Eva nak tidur bilik Mummy boleh” Minggu lepas anak saya, Eva (5 tahun) tiap-tiap malam menangis nak tidur dalam bilik saya. Sedangkan dah setahun lebih dia tidur dalam bilik dia sendiri, tak ada masalah.
Bukan itu sahaja, ada juga saya perasan Eva,
1. Tidak mahu berseorangan. – Sedangkan sebelum ini Eva elok sahaja main puzzle atau mewarna seorang diri dalam bilik semasa saya tidurkan adiknya.
2. Kurang fokus. – Bila buat apa-apa aktiviti mula mudah hilang fokus. Kalau sebelum ini, Eva akan buat 1 aktiviti sampai habis baru tukar aktiviti lain. Minggu lepas, kalau aktiviti mewarna tak habis lagi 1 muka surat terus buka muka surat lain. Buat sekerat-kerat.
3. Cepat bosan. – Sebelum ini hampir setiap hari Eva bawa buku minta saya bacakan tetapi kali ini belum habis saya baca satu buku dah bosan.
4. Mula rasa tidak seronok buat aktiviti yang dia rasa seronok dahulu. Eva suka melukis tapi baru-baru ini dia dah mula rasa tidak seronok melukis. Asyik kata “Eva tak pandai”.
5. Terlebih sensitif. – Mudah menangis, tiba-tiba air mata bertakung. Hari itu Eva kata dekat saya “Mummy dah lama tak bawa Eva beli barang”.
Ads
Iyalah sejak PKP hari itu, tiap minggu saya yang akan keluar seorang diri beli barang keperluan rumah. Dah hampir 2 bulan Eva tak keluar ke kedai. Rasa serba salah sangat.
Memang saya nampak Eva mula stress dan nampak kurang idea nak buat aktiviti di rumah. Kalau tak sebelum ini, macam-macam projek dia nak buat.
Itulah, kadang-kadang kita hanya fikir stress kita sampai terlupa anak-anak juga ada stress mereka. Mereka juga boleh “burnout” seperti kita.
Duduk rumah berbulan-bulan, Tak keluar jumpa kawan-kawan, Tak pergi ke tempat yang baru, Hari-hari buat rutin yang sama.
Mereka dah tak ikut fitrah kanak-kanak yang normal. Kita pun hidup dalam keadaan “norma baharu” yang sebenarnya tak normal sebagai manusia.
Jadi, lepas saya perasan Eva dah mula “burnout”. Saya cuba usaha baiki dan pulihkan emosi Eva semampu saya,
1. BAWA KELUAR RUMAH – Naik kereta pusing-pusing taman. – Keluar bawa Eva jalan-jalan, main basikal, tengok bunga, main bola di fasiliti apartment saya duduk, semasa tiada orang lain langsung. (Pakai mask dan bawa hand sanitizer, balik rumah mandi terus) – Sebelum ini saya akan bawa Eva keluar rumah ikut mood, tapi saya rasa kali ini kena letak target sekurang-kurangnya perlu bawa keluar 2-3 kali. – Penting juga untuk pastikan anak dapat cukup Vitamin D.
Ads
2. KURANGKAN “EXPECTATION” – Contohnya, sebelum ini saya ada tetapkan peraturan sebelum tidur kena kemas mainan tapi masalahnya sejak ada adik agak susah nak pastikan rumah 100% terkemas. Eva kemas, adik keluarkan. – Kali ini saya hanya minta Eva pastikan bilik dia sahaja kemas. – Untuk elakkan saya jadi marah bila mainan tak kemas, saya banyak lantakkan sahaja mainan bersepah. – Sepah tak apa, janji bukan kotor. – Bila buat apa-apa aktiviti juga sama, elakkan letak “expectation” yang tinggi untuk anak.
3. FAHAM KEPERLUAN ANAK – Anak umur 7 tahun ke bawah, apa yang kita harapkan dia buat di rumah? Duduk diam baca surat khabar? – Anak-anak ini perlu bergerak, melompat dan memanjat untuk penuhkah keperluan sensori mereka. – Sebelum ini, setiap kali Eva melompat di sofa saya akan marah sebab risau adik ikut. Sofa pula di tengah-tengah rumah. – Sekarang, saya dah ubah kedudukan perabot supaya 100% selamat. Adik dia yang umur 1 tahun pun dah boleh panjat dan turun dengan selamat. – Daripada saya asyik berdebar nak tinggalkan anak main sendiri semasa buat perkara lain, baik ubah sahaja kedudukan perabot. – Anak nak melompat ke, memanjat ke, berlari ke insyaAllah tak ada masalah.
4. KAWAL PENDEDAHAN SKRIN – Minggu lepas, semasa kes harian Covid semakin meningkat. Memang saya juga terkesan, rasa tak ada mood nak buat semua benda. – Banyak buka TV di rumah berbanding buat aktiviti lain dengan anak. – Kali ini, saya betul-betul disiplin maksimum 2 jam sahaja sehari. – Pendedahan skrin berlebihan pada anak juga boleh beri kesan kepada perkembangan emosi anak-anak. – Kalau ada hari yang terlebih skrin, saya akan buat hari tanpa skrin.
5. AJAK ANAK BERSAMA – Bila dah kurangkan buka TV, gantikan masa tersebut dengan aktiviti bermanfaat. – Ajak anak buat sama-sama kerja rumah, basuh beras, kemas pinggan, lipat baju semua ajak anak sekali. – Peluk atau “high 5” dengan anak setiap kali anak berjaya bantu kita. – Umur anak sekarang adalah umur untuk bersosial dengan kawan-kawan, kita mak ayahlah perlu jadi kawan anak.
6. JAGA EMOSI – Tahukah yang kalau seorang ibu stress, anak yang sedang menyusu pun akan dapat hormon stress. – Anak-anak yang lain pun akan rasa aura stress kita. – Sejujurnya memang minggu lepas, saya rasa stress dan “burnout”. Mungkin salah satu punca juga anak-anak pun meragam sama.
Sebelum uruskan emosi anak, saya tahu yang saya perlu uruskan emosi saya dahulu. Jadi, apa saya buat: – Berzumba dengan anak setiap pagi. – Menangis bila rasa nak menangis. – Cuba lantakkan sahaja mainan bersepah. – Buat “deep breathing” bila rasa nak marah. – Sentiasa ingat dalam kepala yang kita marah dengan Covid, PKP dll bukan sebab anak. – Amalkan “laughing therapy”, cuba gelak kuat-kuat hari-hari. Gurau geletek-geletek dengan anak-anak. – Buka background music yang menenangkan.
Ads
Seminggu saya buat semua ini, alhamdulillah Eva dah 2 malam tidur bilik dia sendiri tanpa ada episod menangis. Kelmarin dia ada main 2 puzzle besar dekat bilik dia. Semalam tiba-tiba bawa keluar buku mewarna dan boleh main sendiri.
Kalau mak ayah lain ada perasan anak mula ada tanda-tanda “burnout”, kalau boleh lakukan sesuatu segera sebelum ia semakin melarat. Tapi itulah sebelum fokus pada anak, kita mak ayah perlu fokus pada diri sendiri dahulu. Take your time, ada masa kita juga perlukan masa untuk pulihkan emosi kita.
Kita semua sedang mengalami perkara yang tidak normal. Entah berapa lama lagilah kita perlu hadap semua ini. Setiap kali baca berita, memang asyik rasa nak marah. Sekarang ini, saya dah cuba elakkan baca berita sebab memang ia akan mengganggu emosi dan mental saya.
Cuba belajar menerima yang kita hanyalah rakyat marhaen tiada kuasa untuk mengubah apa-apa. Fokus pada apa yang kita boleh lakukan semasa pandemik ini berbanding apa yang kita tidak boleh lakukan.
Semoga kita semua dikekalkan kewarasan untuk melalui semua ini. Harap bermanfaat.
Maryam Jamadi Pediatric Occupational Therapist + Ibu struggle seperti anda.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Dengar takbir raya teringat Sherharraz”, isteri kepada Chot Xoxo, Azzah atau Jaja telah meluahkan perasaan sebak dan sedihnya apabila tidak dapat bersama dengan bayi sulungnya pada hari raya aidiladha.
Baby Sherharraz telah mengalami 3 masalah dalam jantungnya yang mana memerlukan pembedahan secara berperingkat-peringkat.
Ibu mana yang tak sedih dan sebak mengenangkan bayi yang masih kecil sakit di hospital pada hari raya. Antara luahanya “Dengar takbir raye teringat Sherharraz, sayu je hati ni.. Ya Allah semoga anak mmy dd kuat ye..esok mmy dtg nengok adik.” Jaja sempat meminta netizen mendokan Sherharraz.
“Sori adik, mmy nengok adik sekejap… Allahuakbar. mmy tak boleh tahan air mata ni, tak sanggup nak nengok Sherharraz nahan sakit.. mmy tahu Sherharraz kuat.. tahan sikit lagi ye dik.. Cepat sihat Sherharazz dah boleh balik dah, tuhan je tahu hati dan perasaan mmy.”
Sherharraz baru lepas menjalani operation di bahagian hidung. Chot turut menceritakan situasi selepas pembedahan anaknya itu;
“Alhamdulillah selamat dan berjalan lancar. Pukul 6.30 pagi tadi dapat call dari hspital melaka, kak misi bagitahu Sherharraz darah low. Dengan sekilas pantas sy terus ke hospital. Sampai hsptal melaka doktor terus jumpa saya dan bagitahu dia kena sawan akibat jangkitan kuman. Doktor bagitahu nak ambik air tulang belakang Sherharraz untuk nak tahu apa jenis kuman yang ada pada dia. Kalau tak buat jangkitan kuman akan resap dalam selaput otak. Kami dalam dilema sebab tak sanggup lagi tengok anak sakit. Allahuakbar”
Ramai netizen yang mendoakan semoga Sherharraz cepat sembuh seperti kanak-kanak yang lain dan tak lepas juga mengucapkan selamat hari raya kepada mereka sekeluarga. Ada juga rakan artis yang turut mendoakan baby Harraz sembuh dari penyakit tersebut.
Harraz anak yg baik, insyaALLAH cepat sihat
Selamat hari raya Aidiladha, semoga baby Harraz cepat sihat
Rakan artis, Idzham Ismail yang pernah mempunyai anak sakit jantung berlubang turut memberikan kata-kata semangat kepada Chot dan keluarga
Bila sudah berkeluarga dan punya anak-anak, bil-bil kegunaan isi rumah sememangnya bertambah. Namun bil elektrik yang tinggi sememangnya boleh dikawal dan ini membantu mengurangkan sedikit jumlah perbelanjaan anda sekeluarga.
Apa cara nak kurangkan bil elektrik? Tak perlu pening kepala, cuba jimatkan sebaik mungkin penggunaan elektrik di rumah dan ini tip yang dikongsikan oleh Tenaga Nasional (TNB) untuk mengelakkan pembaziran tenaga.
Berikut tip bagi mengelak pembaziran tenaga:
1. Matikan suis dan tanggal plug peralatan elektrik apabila tidak digunakan. – Televisyen, kotak dekoder (set-top boxes) dan modem yang tidak dimatikan boleh meningkatkan penggunaan elektrik dalam jangka masa yang panjang.
2. Ketika menggunakan pendingin hawa. – Tutup semua pintu, tingkap dan laluan udara supaya udara sejuk tidak keluar dari bilik. – Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik supaya termostat alat pendingin hawa boleh dilaraskan lebih tinggi (antara 24’-26’C) bagi penggunaan elektrik yang cekap. – Tetapkan pemasa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga. – Bersihkan penapis bagi optimumkan proses penyejukan. Habuk pada penapis mengurangkan peredaran udara dan menjejaskan kecekapan alat pendingin hawa.
3. Matikan komputer selepas guna dan berhenti mengecas apabila bateri penuh. – Pastikan suis dimatikan selepas penggunaan pembesar suara, mesin pencetak dan pengimbas.
4. Manfaatkan cahaya semula jadi. – Bagi mengurangkan kos penggunaan lampu.
5. Elak guna air panas semasa mencuci pakaian dengan muatan penuh. – Lebih banyak tenaga dan masa diperlukan untuk memanaskan air.
6. Jangan kerap membuka dan menutup pintu ketuhar. – Perbuatan itu akan meningkatkan penggunaan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar.
7. Kurangkan masa mandi menggunakan air panas. – Ini kerana alat pemanas air guna banyak tenaga untuk memanaskan air secara berterusan.
Cara efisyen gosok dan basuh baju anak
Dan ini pula tip untuk mak-mak yang dikongsikan oleh Fauziah Jamil untuk mengurangkan tenaga elektrik di rumah. Salah satunya adalah cara kita basuh baju anak dan susun peti ais. Kena pandai.
Bila bil elektrik tinggi, memang menitik air mata nak bayar. Apa pun ianya memang keperluan. Nak tak nak kena guna juga, kena bayar juga.
Ok kawan-kawan. Jom saya kongsikan tips jimat elektrik.
Tips Jimat Elektrik 1. Matikan suis dan tanggalkan semua plug peralatan elektrik bila dah tidak digunakan. i. Televisyen, kotak dekoder dan modem. ii. Matikan komputer selepas digunakan. iii. Berhenti mengecas bateri apabila telah penuh. iv. Off speaker, printer, mesin pencetak. v. Jangan biarkan PC, laptop atau monitor LCD berada dalam keadaan standby jika tidak digunakan.
2. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 rating (star) serta logo merah.
3. Kekerapan membuka tutup pintu ketuhar akan meningkatkan penggunaan elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu ketuhar.
4. Pendingin udara. i. Pastikan filter sentiasa dicuci supaya ia boleh beroperasi secara efisyen. ii. Semasa pendingin udara dihidupkan, tutup semua pintu dan tingkap. iii. Set suhu penghawa dingin yang paling efisyen adalah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun. iv. Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan bilik. v. Tetapkan masa untuk mematikan alat pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga.
Aircond 5 star (Jimat electric) Mitubishi, Panasonic
5. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga yang sikit untuk penjimatan yang lebih seperti LED.
6. Gosok baju dalam kuantiti yang banyak seminggu sekali.
7. Maksimumkan air dalam cerek elektrik ketika masak. Lebih jimat sebenarnya.
8. Boleh gunakan timer untuk peralatan yang diperlukan pada masa yang tertentu sahaja. Seperti lampu luar rumah.
9. Gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan.
10. Pastikan jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen.
11. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama untuk menjimatkan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.
12. Gunakan ruang mesin basuh semaksima mungkin. Jika boleh masuk lagi banyak baju, lagi bagus. Mesin basuh 5 star inverter (jimat elektrik)
13. Gunakan mod ‘Cold Wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang banyak untuk memanaskan air.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjimatkan bil elektrik setiap bulan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB) & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Enfagrow A+ telah melancarkan kempen istimewanya “Segelas Kebaikan, Sepenuh
Harapan” sempena bulan Ramadan tahun ini.
Pengarah Pemasaran Mead Johnson Nutrition bagi Malaysia, Singapura, dan Vietnam, Tiffany Tang, pelancaran kempen ini bermatlamat untuk menggalakkan ibu bapa bertukar pandangan serta membimbing anak-anak dalam usaha untuk membesarkan mereka secara holistik, tidak menumpukan kecemerlangan dalam akademik semata-mata, tapi juga dalam keutuhan moral.
Selain itu, ia sebagai memberi peluang kepada ibu bapa untuk menunjukkan teladan yang baik dan menyemai nilai-nilai murni sejak anak masih kecil,” katanya.
Sementara itu, menurut selebriti, Nur Fazura, setiap tahun dia menantikan ketibaan Ramadan, dan kini penantiannya lebih bermakna dengan kehadiran, Nur
Fatima.
Bulan istimewa ini bukan sahaja mencungkil semangat kekeluargaan, namun juga membantu mengukuhkan nilai jati diri kita. Saya berharap Fatima akan membesar dengan keutuhan moral yang tinggi, berupaya untuk membuat keputusan yang baik serta menangani situasi yang mencabar.
“Enfagrow A+ merupakan pilihan yang saya yakini untuk memastikan Fatima dapat membesar dengan asas yang bertepatan, dengan terkandungnya khasiat-khasiat penting seperti Membran Globul Lemak Susu (MFGM) dan amaun DHA yang disarankan oleh pakar untuk memberi anak saya kelebihan dalam proses pembangunan IQ dan EQ agar masa depannya lebih cerah,” katanya.
Bukan mudah untuk menyemai nilai moral pada usia yang muda, tapi ia dapat dimulakan dengan mengambil langkah yang tepat dalam proses tumbesaran kanak-kanak yang sedang membesar.
Kunci untuk membesarkan seorang anak secara holistik adalah dengan membangunkan IQ dan EQ mereka menerusi bimbingan ibu bapa serta pembekalan khasiat yang betul. IQ merupakan kemahiran kognitif yang dapat membantu kanak-kanak dari sudut akademik manakala EQ merupakan kebolehan untuk mengenal pasti, menilai dan mengawal emosi diri.
Seorang kanak-kanak yang mempunyai keseimbangan yang baik dalam kemahiran IQ dan EQ akan mempunyai keupayaan yang lebih tinggi dalam aspek pemahaman dan kesedaran kendiri, termasuk memori untuk belajar, memahami dan menyimpan maklumat dengan lebih cepat.
Berbekalkan semangat bulan Ramadan, kempen “Segelas Kebaikan, Sepenuh Harapan” juga membawakan sebuah peraduan dengan hasrat untuk mengumpul dana bagi tabung “Dana Sepenuh Harapan”.
Menerusi tabung kebajikan ini, Enfagrow A+ ingin menyokong dan meningkatkan kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik serta membantu para ibu bapa menunaikan impian anak-anak mereka dengan memenangi aneka hadiah bernilai sehingga RM100,000.
Dana yang terkumpul akan disalurkan kepada Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Titian Kaseh bagi menunjukkan sokongan kepada rumah-rumah kebajikan ini atas keihsanan mereka untuk menjaga dan melindungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini.
Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini serta menyalurkan sumbangan kepada tabung kebajikan tersebut, setiap perbelanjaan minimum bernilai RM45 yang dibuat bagi pembelian Enfagrow A+ akan memberi anda satu (1) entri dalam peraduan ini.
Hantar penyertaan anda dan jawab satu soalan yang mudah melalui WhatsApp lalu RM2 akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan tersebut bagi pihak anda. Setiap entri memberi peluang kepada ibu bapa untuk merealisasikan impian anak mereka menerusi hadiah-hadiah bernilai sehingga RM100,000!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.