Keibubapaan

Pulihkan ‘Burnout’ Anak, Mak Ayah Kena Kurangkan Expectation, Tenang Saja, Buat Mana Mampu!

Share

Sama seperti kita, anak kecil kita juga turut berdepan masalah ‘burnout’ ketika PKP ini. Mereka buntu kerana tidak dapat melalui kehidupan bermain dan bebas ke mana-mana dan kini hanya terperuk di rumah. Semuanya jadi serba tak kena pada mereka.

Menurut OT Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist, bantulah anak-anak kita. Biarlah mereka lepaskan kebosanan hidup baru mereka ini dengan baik. Kita bantu mereka dengan beberapa tip ini!


ANAK “BURNOUT”

“Eva nak tidur bilik Mummy boleh” Minggu lepas anak saya, Eva (5 tahun) tiap-tiap malam menangis nak tidur dalam bilik saya. Sedangkan dah setahun lebih dia tidur dalam bilik dia sendiri, tak ada masalah.

Bukan itu sahaja, ada juga saya perasan Eva,

1. Tidak mahu berseorangan.
– Sedangkan sebelum ini Eva elok sahaja main puzzle atau mewarna seorang diri dalam bilik semasa saya tidurkan adiknya.

2. Kurang fokus.
– Bila buat apa-apa aktiviti mula mudah hilang fokus. Kalau sebelum ini, Eva akan buat 1 aktiviti sampai habis baru tukar aktiviti lain. Minggu lepas, kalau aktiviti mewarna tak habis lagi 1 muka surat terus buka muka surat lain. Buat sekerat-kerat.

3. Cepat bosan.
– Sebelum ini hampir setiap hari Eva bawa buku minta saya bacakan tetapi kali ini belum habis saya baca satu buku dah bosan.

4. Mula rasa tidak seronok buat aktiviti yang dia rasa seronok dahulu.
Eva suka melukis tapi baru-baru ini dia dah mula rasa tidak seronok melukis. Asyik kata “Eva tak pandai”. 

5. Terlebih sensitif.
– Mudah menangis, tiba-tiba air mata bertakung. Hari itu Eva kata dekat saya “Mummy dah lama tak bawa Eva beli barang”.

Iyalah sejak PKP hari itu, tiap minggu saya yang akan keluar seorang diri beli barang keperluan rumah. Dah hampir 2 bulan Eva tak keluar ke kedai. Rasa serba salah sangat.

Memang saya nampak Eva mula stress dan nampak kurang idea nak buat aktiviti di rumah. Kalau tak sebelum ini, macam-macam projek dia nak buat.

Itulah, kadang-kadang kita hanya fikir stress kita sampai terlupa anak-anak juga ada stress mereka. Mereka juga boleh “burnout” seperti kita.

Duduk rumah berbulan-bulan,
Tak keluar jumpa kawan-kawan,
Tak pergi ke tempat yang baru,
Hari-hari buat rutin yang sama.

Mereka dah tak ikut fitrah kanak-kanak yang normal. Kita pun hidup dalam keadaan “norma baharu” yang sebenarnya tak normal sebagai manusia.

Jadi, lepas saya perasan Eva dah mula “burnout”. Saya cuba usaha baiki dan pulihkan emosi Eva semampu saya,

1. BAWA KELUAR RUMAH 
– Naik kereta pusing-pusing taman.
– Keluar bawa Eva jalan-jalan, main basikal, tengok bunga, main bola di fasiliti apartment saya duduk, semasa tiada orang lain langsung. (Pakai mask dan bawa hand sanitizer, balik rumah mandi terus)
– Sebelum ini saya akan bawa Eva keluar rumah ikut mood, tapi saya rasa kali ini kena letak target sekurang-kurangnya perlu bawa keluar 2-3 kali.
– Penting juga untuk pastikan anak dapat cukup Vitamin D. 

2. KURANGKAN “EXPECTATION” 
– Contohnya, sebelum ini saya ada tetapkan peraturan sebelum tidur kena kemas mainan tapi masalahnya sejak ada adik agak susah nak pastikan rumah 100% terkemas. Eva kemas, adik keluarkan. 
– Kali ini saya hanya minta Eva pastikan bilik dia sahaja kemas.
– Untuk elakkan saya jadi marah bila mainan tak kemas, saya banyak lantakkan sahaja mainan bersepah.
– Sepah tak apa, janji bukan kotor.
– Bila buat apa-apa aktiviti juga sama, elakkan letak “expectation” yang tinggi untuk anak.

3. FAHAM KEPERLUAN ANAK 
– Anak umur 7 tahun ke bawah, apa yang kita harapkan dia buat di rumah? Duduk diam baca surat khabar?
– Anak-anak ini perlu bergerak, melompat dan memanjat untuk penuhkah keperluan sensori mereka. 
– Sebelum ini, setiap kali Eva melompat di sofa saya akan marah sebab risau adik ikut. Sofa pula di tengah-tengah rumah.
– Sekarang, saya dah ubah kedudukan perabot supaya 100% selamat. Adik dia yang umur 1 tahun pun dah boleh panjat dan turun dengan selamat.
– Daripada saya asyik berdebar nak tinggalkan anak main sendiri semasa buat perkara lain, baik ubah sahaja kedudukan perabot.
– Anak nak melompat ke, memanjat ke, berlari ke insyaAllah tak ada masalah. 

4. KAWAL PENDEDAHAN SKRIN 
– Minggu lepas, semasa kes harian Covid semakin meningkat. Memang saya juga terkesan, rasa tak ada mood nak buat semua benda.
– Banyak buka TV di rumah berbanding buat aktiviti lain dengan anak.
– Kali ini, saya betul-betul disiplin maksimum 2 jam sahaja sehari.
– Pendedahan skrin berlebihan pada anak juga boleh beri kesan kepada perkembangan emosi anak-anak.
– Kalau ada hari yang terlebih skrin, saya akan buat hari tanpa skrin. 

5. AJAK ANAK BERSAMA 
– Bila dah kurangkan buka TV, gantikan masa tersebut dengan aktiviti bermanfaat.
– Ajak anak buat sama-sama kerja rumah, basuh beras, kemas pinggan, lipat baju semua ajak anak sekali.
– Peluk atau “high 5” dengan anak setiap kali anak berjaya bantu kita.
– Umur anak sekarang adalah umur untuk bersosial dengan kawan-kawan, kita mak ayahlah perlu jadi kawan anak.

6. JAGA EMOSI 
– Tahukah yang kalau seorang ibu stress, anak yang sedang menyusu pun akan dapat hormon stress.
– Anak-anak yang lain pun akan rasa aura stress kita.
– Sejujurnya memang minggu lepas, saya rasa stress dan “burnout”. Mungkin salah satu punca juga anak-anak pun meragam sama. 

Sebelum uruskan emosi anak, saya tahu yang saya perlu uruskan emosi saya dahulu. Jadi, apa saya buat:
– Berzumba dengan anak setiap pagi.
– Menangis bila rasa nak menangis.
– Cuba lantakkan sahaja mainan bersepah.
– Buat “deep breathing” bila rasa nak marah.
– Sentiasa ingat dalam kepala yang kita marah dengan Covid, PKP dll bukan sebab anak.
– Amalkan “laughing therapy”, cuba gelak kuat-kuat hari-hari. Gurau geletek-geletek dengan anak-anak.
– Buka background music yang menenangkan. 

Seminggu saya buat semua ini, alhamdulillah Eva dah 2 malam tidur bilik dia sendiri tanpa ada episod menangis. Kelmarin dia ada main 2 puzzle besar dekat bilik dia. Semalam tiba-tiba bawa keluar buku mewarna dan boleh main sendiri.

Kalau mak ayah lain ada perasan anak mula ada tanda-tanda “burnout”, kalau boleh lakukan sesuatu segera sebelum ia semakin melarat. Tapi itulah sebelum fokus pada anak, kita mak ayah perlu fokus pada diri sendiri dahulu.
Take your time, ada masa kita juga perlukan masa untuk pulihkan emosi kita.

Kita semua sedang mengalami perkara yang tidak normal. Entah berapa lama lagilah kita perlu hadap semua ini. Setiap kali baca berita, memang asyik rasa nak marah. Sekarang ini, saya dah cuba elakkan baca berita sebab memang ia akan mengganggu emosi dan mental saya.

Cuba belajar menerima yang kita hanyalah rakyat marhaen tiada kuasa untuk mengubah apa-apa. Fokus pada apa yang kita boleh lakukan semasa pandemik ini berbanding apa yang kita tidak boleh lakukan.

Semoga kita semua dikekalkan kewarasan untuk melalui semua ini. Harap bermanfaat.

Maryam Jamadi
Pediatric Occupational Therapist + Ibu struggle seperti anda.

Menarik: Liat Sangat Anak Nak Bangun Pagi, Ini Trik Mama Boleh Cuba, Senang Anak Nak Bangun

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
SRM