Pumpkin Oat Ball, Lembut & Sedap, Mudah Anak Makan!

Share

Labu antara makanan yang sihat dan cukup berkhasiat untuk bayi kita. Apa lagi kala digabungkan bersama oat yang sudah semestinya membekalkan serat dan khasiat yang cukup tinggi pada anak-anak kita.

Tercari-cari menu sarapan dan minum petang anak, resipi bebola labu dengan oat yang dikongsikan oleh Nazihah Nasir ini mama wajib cuba. Garing di luar dan cukup lembut di dalam. Malah hendak membuatnya pun cukup mudah. Jom cuba!


Menu berasaskan oat. Boleh lah buat sarapan pagi ke minum petang. Sedap sangat lembut di dalam anak sampai tak cukup tadi. Habiskan stock labu.

PUMPKIN OAT BALL

Bahan bahan
Labu
Oat

Kukus labu dan hancurkan.

Masukkan oat kacau sebati.

Bulat ikut bentuk kesukaan mummy.

Tipe waktu bulat tu tangan letak tepung sikit bagi tak melekat.

Siap digoreng. Taburkan serbuk cheese sebagai hiasan.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Published by
SRM