Anak pun sama macam kita, makin bertambah teruja jika berada dalam keadaan selesa. Menyiapkan bilik mainan atau belajar anak-anak antara yang patut kita lakukan untuk membantu anak makin seronok untuk belajar.
Pengurusan bilik mainan dan belajar yang dikongsikan oleh ibu ini, Pn Hani Mynis di facebooknya cukup mengujakan. Kemas dan cukup teratur. Hani yang dikenali dengan susun atur dan pengurusan rumah yang cukup disenangi di media sosial, kali ini tampil dengan susun atur bilik permainan anaknya yang cukup hebat. Jom intai apa yang dikongsikannya.
Pengurusan bilik mainan dan belajar anak. Seperti dijanjikan. Sebenarnya pengurusan mainan Aqil dah dua kali rasanya hani kongsi sebelum ini. Cumanya pengurusan barang belajar Aqil Hani belum pernah kongsi lagi (sekurang-kurangnya belum lagi di platform ini. Kalau tahun lepas bahagian belajar Aqil memang tak banyak buku tapi banyak art and craft tools untuk Hani buat terapi percakapan dan bahasa dia di rumah.
Aqil anak bertuah hani mempunyai isu speech delay, tiada komunikasi dua hala, belum pandai menerima dan membuat arahan yang diberikan.
Walaupun sudah menjalani terapi seusia 2 tahun tapi itulah perkembangannya (dari segi bahasa dan komunikasi) agak terkebelakang dari kawan seusia, umurnya 5 tahun pada tahun lepas mempunyai perkembangan bahasa 3-4 tahun 🙏 so tahun lepas Hani dan Alif decided untuk concentrate lebih buat terapi sendiri sahaja di rumah sebab itu dia banyak mainan pelbagai jenis yang Hani susun seperti yang Hani kongsi sebelum ini.
Susunan demikian sangat membantu dalam proses terapi dia. Sejak awal PKP pula, Hani perlahan-lahan transform ruang belajar Aqil sesuai dengan proses pembelajaran dia kini kuantiti mainan sudah banyak berkurang. Sebab dia pun tak main sangat.
So Hani buat sisihkan secara besar-besaran mainan dia. Memandangkan proses terapi tahun lepas Hani kira dah berjaya capai objektif Hani memang mainan yang Hani guna untuk buat terapi pun banyak yang dah kena sisih.
Kebanyakan mainan Hani ganti dengan buku dan barang-barang untuk buat bahan bantu mengajar (bbm) Aqil. Matlamat Hani pada awal tahun ini ialah untuk dia belajar abc, suku kata seterusnya membaca dan buat asas pengiraan sesuai dengan usia sekarang (6 tahun) (itu yang hani fikir dulu, which was totally wrong haha).
Tapi itu lah pkp punya hal, ibu yang jadi cikgu Aqil. So hani agak teruja nak kongsi sekolah-rumah Aqil untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Aqil.
Memandangkan bulan depan Hani akan mulakan proses make over bilik ni, Hani kongsikan keadaan ruang Aqil ni sekarang. Bulan depan rupanya akan dah jadi berbeza dari yang ni.
Jemput tengok ya. Mana yang baik boleh dijadikan ikutan. Setiap gambar ada penerangan dan kat mana hani beli barang-barang dan harga. Jemput baca.
Sekolah rumah Aqil. Ada meja dan dua kerusi untuk Hani duduk berhadapan dengan dia mengajar dia. Jangan bayangkan Hani duduk kat kerusi budak tu please. Memang sengsara kerusi tu Hani rasa kalau dia boleh bercakap. Tapi pentingnya Hani duduk berhadapan dengan dia mata bertentang mata untuk dia ada sikit rasa shes not my ibu now, shes my teacher. Hahahaha
Meja dari Ikea. RM99 Kerusi dari shopee. RM35 Karpet velvet dari shopee.
Blok tu Hani guna semasa mengajar dia mengeja nama sendiri. Ini perkara pertama yang Hani ajar dia start awal PKP haritu. Abc pun tak ajar lagi terus ajar tulis nama. Ada sebabnya Hani buat macam tu.
Binder klip tu untuk hani gantungkan artworks dia semasa tunggu artwork tu kering. Dah kering baru simpan dalam fail.
Ads
Para dan l bracket dari Ikea. RM15 Wooden alphabet dari Kaison RM3 Jam buat sendiri.
Kawasan buku, worksheet dan tools dia.
Lennart drawer dari Ikea Hani stack. RM49. Hani secure kan dengan cable tie. Troli ala Raskog tp dari Shopee. Rak buku putih dari Tesco, RM18
Seperti biasa semua bekas penstoran dari Eco, RM2.10.
Troli buku dari Eco, hani pasangkan roda di bawahnya.
Magnetic board untuk Hani letakkan pelan pengajaran minggu ini.
Magnetic board dari salah satu para hyllis Ikea Felt sign dari IG @sukisusa.
Ads
Setakat ni cita-cita masih nak jadi Superman🤣
Rak buku dari spice rak Ikea RM15 Para dari ikea RM15 Lampu bawah para dari Mr Diy, RM7 untuk 2 (tak silap)
Homework kit yang Hani letakkan tools semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Aqil.Blue caddy Mr Diy RM8.
Craft dan art cart. Trolley ala raskog dari Shopee.
Buku-buku kerja dan latihan Aqil. Hani gunakan magazine holder dari Eco. Jujurnya hani belum rasa penstoran ini sempurna 🙈 tapi for now this will do.
Kalau dulu empat tingkat Hani guna untuk susun atur mainan dia. Sekarang mainan dia tinggal dua tingkat je 😅 ini sahaja yang dia masih main sekarang. Bekas hitam dari Eco.Dua tingkat yang di atas ialah barang-barang yang Hani guna as bbm dia. Box kelabu di atas dari Tesco.
Ads
Close up penstoran bbm dan mainan Aqil. Hani guna kan bekas dari Eco untuk simpan bbm dia.
Cara hani simpan board/knob puzzle dia guna fail box dari Eco.
Math and science station. Rak dari Ikea RM40. Kebanyakan apparatus sains Hani beli di Daiso sahaja.
Hani simpan worksheet AQIL yang Hani buat dalam lennart drawer. Mengikut subjek.
Alang-alang Hani kongsikan sekali the rest of Aqil punya ruang. Ini ruang pakaian dia. Yang bersangkut di atas ialah pakaian harian dia. 7 pasang pakaian siang, 7 pasang pakaian malam. Yang di bawah ialah pakaian raya / jalan.
Memandangkan matlamat hani untuk dia tahun ini ialah nak ajar dia Pengurusan diri, hani sediakan siap-siap self care station untuk dia. Semua keperluan dia untuk bersiap termasuk bedak, sikat, body spray, jam tangan, pakaian dalam semua disini. Lepas guna kena letak di sini semula.
Hani siapkan terus pakaian dia untuk seminggu. Tapi untuk pakaian petang dia kena lipat sendiri masuk beg.
Lastly, homework cart Aqil asalnya sekarang dah jadi homeschool cart. Di sini hani letakkan buku yang dia sedang guna, teaching dan revision binder.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betul lah orang kata, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Begitu juga dengan tabungan, walau pun hanya dibuat secara sambilan banyak juga jumlahnya.
Apa juga yang berkaitan menabung, disiplin menjadi kunci utama. Perkongsian ini boleh dijadikan panduan kepada pasangan suami isteri yang lain. Tabung yang diletakkan di sisi mesin basuh dan diisi dengan wang daripada duit yang tertinggal dari poket suami ketika mencuci boleh selama setahun dalam tak sedar mencecah jumlah ribuan ringgit!
Suami isteri lain boleh buat juga membuat tabungan pasif seperti ini selain daripada tabungan-tabungan utama yang lain. Ikuti tips yang dikongsikannya ;
Hari ini genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin Basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dkira Jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424.(Tidak termasuk duit syiling).
Tips nya mudah.
Pertama: Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka,letak tepi mesin basuh.
Kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami,seluk dalam poket. Baca bismillah,insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal.
Ketiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh,jadi bila suami tiba tiba rajin,dia akan pergi masukkan duit baki beli barang,atau baki bayar tol.
Keempat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami,dalam bilik,ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita,sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
Kelima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung,jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas.
Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid.
Pelakon, Diana Rafar memuat naik gambar bersama anak lelakinya dengan kepsyen yang panjang. Dia menceritakan bagaimana keadaanya yang sukar untuk menyesuaikan diri selepas berkahwin dengan suaminya yang juga pelakon, Zamarul Hisham.
Akibat sikap Zamarul yang terlalu cerewet dan pembersih, Diana terpaksa bersabar dan sikap tersebut menjadi contoh kepada anaknya yang sulung. Namun ada positifnya sikap yang ditunjukkan oleh Zamarul.
SUSAH NAK SESUAIKAN DIRI MASA MULA KAHWIN
Dulu baru2 kawin dgn @zamarulhisham93 susah nya lah nak sesuai kan diri .. rasa apa kita buat semua serba tak kena , gosok baju dia kata tak licin.. basuh pinggan tak kilat, susun barang tak cantik… habuk rumah tak boleh ada tp alhamdullilah lama2 dia buat semua sendiri dah tak kacau diana syukurlah asalkan dia rajin mengemas… ingatkan semua tu dah berlalu dah tak rasa perasaan tu lagi, rupanya turun ke anak bujang ku @kashfihaiqal_
PERANGAI PAPA TURUN DEKAT ANAK
Allah hu! Takut mama, Nak keluar rumah 3x tukar baju, sikat rambut dia kata salah, pinggan dia setitik kotor pun tak boleh ada, sudu nk kena kilat mashaallah… baru mama nak rasa okay dari perangai papa dulu rupanya turun ke anak, apa pun mama bersyukur Allah kurniakan mama anak yg pembersih, dan byk ajar mama erti kesabaran , walaupun kadang menguji iman mama…
ANAK ITU TETAMU ALLAH, JANGAN MENGELUH
Harap kayla tak ikut perangai papa, mama pegang 1 prinsip anak itu tetamu Allah , jgn mengeluh jaga lah amanah Allah itu dgn kasih sayang dan baik… mama luv kash forever syg … moga jadi anak yg soleh dunia akhirat sayangku….#sabarituindah
Rata-rata netizen turut meninggalkan komen diruangan instagramnya. Ramai yang merasa Diana sangat berutung kerana mendapat pasangan yang cerewet dan pembersih kerana bukan senang untuk dapat pasangan dan anak-anak seperti itu.
Macam Anak Kawan
Alhamudulillah, tahniah berkat dari kesabaran
Bagus dapat yang cerewet
Bukan senang nak cari orang yang pembersih
Zamarul dan Diana berkahwin pada 16 Mei 2009 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kashfi Haiqal, 9, dan Kayla Reysha, 2.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi ‘trend’ zaman sekarang masing-masing sibuk dengan telefon pintar sendiri sambil makan. Tiada lagi komunikasi dalam keluarga, yang ada hanyalah tumpuan 100% pada gadjet dan dunia sendiri walaupun satu meja.
Agak rugi jika keadaan seperti ini berterusan kerana waktu makan antara waktu bonding yang terbaik seisi keluarga yang sepatutnya diisi dengan berbual-bual untuk eratkan kasih sayang. Seperti perkongsian ibu ini, dia menetapkan peraturan tidak membenarkan ahli keluarga bermain gadjet sewaktu makan.
No gadjet at the table.
Sejak kecil, abu dan ummi saya cukup pantang. Bila waktu makan, ada benda lain yang dihadapkan.
Makan sambil tengok tv.
Makan sambil baca buku.
Dan sekarang makan sambil tengok gajet.
Rata-rata kini dah jadi kebiasaan, bila makan anak disajikan dengan gajet di tangan. Mata di skrin. Tangan suap makanan. Kadang tumpah bertaburan. Mulut kunyah tapi tak tahu pun apa yang dimakan.
Hakikatnya, makan sambil melakukan perkara lain akan menyebabkan kita terbiasa mengamalkan mindless eating.
Makan tapi tak sedar. Kepuasan makan tak ada. Itu yang kejap lagi asyik lapar dan nak cari benda lain lagi. Kita juga akan terbiasa makan berlebihan disebabkan tak puas makan dan tak sedar berapa banyak kita ambil.
Proses penghadaman tu bukan hanya bermula bila makanan masuk ke mulut tetapi apa yang kita lihat dan bau juga akan sangat memberi impak kepada apa yang kita ambil.
Apabila kami keluar makan di luar, sebelum makanan tiba, memang anak-anak dah tahu kena bawa apa-apa untuk isi masa sementara menunggu.
Tapi gajet memang tak dibenarkan walaupun ada telefon dan tab masing-masing.
It’s a no no.
Waktu makan seharusnya menjadi waktu sekeluarga bonding. Inilah masanya selepas sehari semua bertebaran, waktu makan mengumpulkan kita di satu tempat. Masa ni lah nak catch up cerita seharian dalam hidup anak, apa yang anak lalui dan rasai.
Kalau masing-masing sibuk dengan telefon, esok lusa anak besar, balik kampung ziarah mak ayah pun sibuk dengan telefon. Makan tak tengok wajah mak yang penat masak makanan kegemaran anak.
Bercakap dengan ayah pun dengar tak dengar sebab mata ralit melihat skrin.
Jangan salahkan anak jika besar nanti berkelakuan begitu.
Kerana sejak kecil kita yang didik mereka begitu.
Waktu makan adalah family time!
Pastikan anak duduk di meja makan dan hanya boleh bangun bila seisi keluarga sudah selesai makan.
Siapkan hidangan sama-sama.
Makan sama-sama.
Kemas meja sama-sama.
Sekeluarga bersama buat apa saja.
Percayalah, memori makan beramai-ramai masa kecil tu yang paling dikenang dan disebut-sebut bila besar nanti.
Jangan tunggu anak besar pandai makan baru nak makan bersama.
Ajar dan didik anak sedari kecil, meal time is family time.
Sebab tu orang barat selalu makan letakkan anak di dalam kerusi baby dan biarkan anak teroka apa yang di dalam pinggannya.
Bersepah itu biasa.
Kena mandi dan cuci selepas makan itu biasa. Tapi sebenarnya itu yang membantu anak makan dengan tertib.
Jika disuap anak makan sambil bermain dan berlari, sampai besar pun anak akan makan sambil berjalan dan tiada tertibnya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.