Punyalah Kemas, Siap Ada Macam-Macam Sudut, Pengurusan Bilik Mainan & Belajar Ibu Ni Superb!

Share

Anak pun sama macam kita, makin bertambah teruja jika berada dalam keadaan selesa. Menyiapkan bilik mainan atau belajar anak-anak antara yang patut kita lakukan untuk membantu anak makin seronok untuk belajar.

Pengurusan bilik mainan dan belajar yang dikongsikan oleh ibu ini, Pn Hani Mynis di facebooknya cukup mengujakan. Kemas dan cukup teratur. Hani yang dikenali dengan susun atur dan pengurusan rumah yang cukup disenangi di media sosial, kali ini tampil dengan susun atur bilik permainan anaknya yang cukup hebat. Jom intai apa yang dikongsikannya.


Pengurusan bilik mainan dan belajar anak. Seperti dijanjikan. Sebenarnya pengurusan mainan Aqil dah dua kali rasanya hani kongsi sebelum ini. Cumanya pengurusan barang belajar Aqil Hani belum pernah kongsi lagi (sekurang-kurangnya belum lagi di platform ini. Kalau tahun lepas bahagian belajar Aqil memang tak banyak buku tapi banyak art and craft tools untuk Hani buat terapi percakapan dan bahasa dia di rumah.

Aqil anak bertuah hani mempunyai isu speech delay, tiada komunikasi dua hala, belum pandai menerima dan membuat arahan yang diberikan.

Walaupun sudah menjalani terapi seusia 2 tahun tapi itulah perkembangannya (dari segi bahasa dan komunikasi) agak terkebelakang dari kawan seusia, umurnya 5 tahun pada tahun lepas mempunyai perkembangan bahasa 3-4 tahun 🙏 so tahun lepas Hani dan Alif decided untuk concentrate lebih buat terapi sendiri sahaja di rumah sebab itu dia banyak mainan pelbagai jenis yang Hani susun seperti yang Hani kongsi sebelum ini.

Susunan demikian sangat membantu dalam proses terapi dia. Sejak awal PKP pula, Hani perlahan-lahan transform ruang belajar Aqil sesuai dengan proses pembelajaran dia kini kuantiti mainan sudah banyak berkurang. Sebab dia pun tak main sangat.

So Hani buat sisihkan secara besar-besaran mainan dia. Memandangkan proses terapi tahun lepas Hani kira dah berjaya capai objektif Hani memang mainan yang Hani guna untuk buat terapi pun banyak yang dah kena sisih.

Kebanyakan mainan Hani ganti dengan buku dan barang-barang untuk buat bahan bantu mengajar (bbm) Aqil. Matlamat Hani pada awal tahun ini ialah untuk dia belajar abc, suku kata seterusnya membaca dan buat asas pengiraan sesuai dengan usia sekarang (6 tahun) (itu yang hani fikir dulu, which was totally wrong haha).

Tapi itu lah pkp punya hal, ibu yang jadi cikgu Aqil. So hani agak teruja nak kongsi sekolah-rumah Aqil untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran Aqil.

Memandangkan bulan depan Hani akan mulakan proses make over bilik ni, Hani kongsikan keadaan ruang Aqil ni sekarang. Bulan depan rupanya akan dah jadi berbeza dari yang ni.

Jemput tengok ya. Mana yang baik boleh dijadikan ikutan. Setiap gambar ada penerangan dan kat mana hani beli barang-barang dan harga. Jemput baca.

Sekolah rumah Aqil. Ada meja dan dua kerusi untuk Hani duduk berhadapan dengan dia mengajar dia. Jangan bayangkan Hani duduk kat kerusi budak tu please. Memang sengsara kerusi tu Hani rasa kalau dia boleh bercakap. Tapi pentingnya Hani duduk berhadapan dengan dia mata bertentang mata untuk dia ada sikit rasa shes not my ibu now, shes my teacher. Hahahaha

Meja dari Ikea. RM99
Kerusi dari shopee. RM35
Karpet velvet dari shopee.

Blok tu Hani guna semasa mengajar dia mengeja nama sendiri. Ini perkara pertama yang Hani ajar dia start awal PKP haritu. Abc pun tak ajar lagi terus ajar tulis nama. Ada sebabnya Hani buat macam tu.

Binder klip tu untuk hani gantungkan artworks dia semasa tunggu artwork tu kering. Dah kering baru simpan dalam fail.

Para dan l bracket dari Ikea. RM15
Wooden alphabet dari Kaison RM3
Jam buat sendiri.

Kawasan buku, worksheet dan tools dia.

Lennart drawer dari Ikea Hani stack. RM49. Hani secure kan dengan cable tie.
Troli ala Raskog tp dari Shopee.
Rak buku putih dari Tesco, RM18

Seperti biasa semua bekas penstoran dari Eco, RM2.10.

 

Troli buku dari Eco, hani pasangkan roda di bawahnya.

Magnetic board untuk Hani letakkan pelan pengajaran minggu ini.

Magnetic board dari salah satu para hyllis Ikea
Felt sign dari IG @sukisusa.

Setakat ni cita-cita masih nak jadi Superman🤣

Rak buku dari spice rak Ikea RM15
Para dari ikea RM15
Lampu bawah para dari Mr Diy, RM7 untuk 2 (tak silap)

Homework kit yang Hani letakkan tools semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Aqil.Blue caddy Mr Diy RM8.

Craft dan art cart. Trolley ala raskog dari Shopee.

Buku-buku kerja dan latihan Aqil. Hani gunakan magazine holder dari Eco. Jujurnya hani belum rasa penstoran ini sempurna 🙈 tapi for now this will do.

Kalau dulu empat tingkat Hani guna untuk susun atur mainan dia. Sekarang mainan dia tinggal dua tingkat je 😅 ini sahaja yang dia masih main sekarang. Bekas hitam dari Eco.Dua tingkat yang di atas ialah barang-barang yang Hani guna as bbm dia. Box kelabu di atas dari Tesco.

Close up penstoran bbm dan mainan Aqil. Hani guna kan bekas dari Eco untuk simpan bbm dia.

Cara hani simpan board/knob puzzle dia guna fail box dari Eco.

Math and science station. Rak dari Ikea RM40. Kebanyakan apparatus sains Hani beli di Daiso sahaja.

Hani simpan worksheet AQIL yang Hani buat dalam lennart drawer. Mengikut subjek.

Alang-alang Hani kongsikan sekali the rest of Aqil punya ruang. Ini ruang pakaian dia. Yang bersangkut di atas ialah pakaian harian dia. 7 pasang pakaian siang, 7 pasang pakaian malam. Yang di bawah ialah pakaian raya / jalan.

Memandangkan matlamat hani untuk dia tahun ini ialah nak ajar dia Pengurusan diri, hani sediakan siap-siap self care station untuk dia. Semua keperluan dia untuk bersiap termasuk bedak, sikat, body spray, jam tangan, pakaian dalam semua disini. Lepas guna kena letak di sini semula.

Hani siapkan terus pakaian dia untuk seminggu. Tapi untuk pakaian petang dia kena lipat sendiri masuk beg.

Lastly, homework cart Aqil asalnya sekarang dah jadi homeschool cart. Di sini hani letakkan buku yang dia sedang guna, teaching dan revision binder.

Semoga bermanfaat.

Artikel berkaitan: DIY Box Belajar, Bagus Tingkatkan Kemahiran Motor Halus & Koordinasi Mata Anak!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM