Salah satu makanan yang lembut dan cukup sesuai untuk diberikan kepada anak-anak kita pastinya apam. Tidak kira samada apam mekar, apam nasi dan sebagainya, semuanya sesuai diberikan kepada anak-anak kita. Namun kawal kandungan gulanya agar tidak berlebihan untuk anak-anak kita.
Apam Pandan Legend ini antara apam sesuai. Baunya yang harum sudah membuatkan hati tidak sabar untuk menjamahnya. Apa lagi saat menanti kuih yang satu ini ketika sedang masak. Harum semerbak. Resipi yang dikongsikan oleh Pn Farisha Sofea ini mama wajib cuba.
Bahan Bahan:
3 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air pandan
1/2 cawan santan
1 cawan gula
1 sb yis
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau ( optional )
Bahan Lain :
Kelapa parut
Sedikit garam
(Kukus seketika )
Satukan ke semua bahan di dalam bekas yang besar.
Kacau sebati hingga tiada adunan tepung yang berketul.
Perapkan adunan selama 1 jam. Sementara itu panaskan kukusan.
Kacau adunan yang telah diperap dan tuangkan ke dalam loyang / acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak.
Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang siap dikukus.
Siap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Nasi Butter Ayam Crunchy, Simple Tapi Confirm Anak Berebut!
Ketika musim cuti inilah masa untuk mak-mak mencuba segala resipi istimewa. Semuanya demi mencari kelainan untuk menaikkan selera anak-anak dan suami. Bosan dengan nasi ayam, nasi beriani dan beraneka nasi lain, apa kata kali ini anda cuba pula ayam goreng rangup kesukaan anak-anak dengan Nasi Butter.
Resipi simple tapi sedap dan mengenyangkan. Nak buat macam mana? Jom cuba perkongsian resipi Superdaddy, Khairul Abdullah.
Nah resipi paling mudah yakmat ni. Nasi Butter Ayam Crunchy yang dimasak sekali harung dalam periuk letrik. Tak sampai 45 minit boleh siap ni. Bahan-bahan dia pun simple je.
Bahan-bahan:
2 pot beras, cuci dan toskan.
20gm butter, marjerin pun boleh aihh.
½ ekor ayam dipotong kecil dan letak garam.
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia diketuk
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
1 kiub pati ayam
1 cawan susu segar/susu cair/susu kotak
2 cawan air
1. Cairkan butter dan tumis bawang putih, halia dan daun pandan sampai naik bau dan sedikit garing dan masukkan beras dan kacau sebati.
2. Masukkan susu dan kacau sebati lepas tu masukkan air dan juga kiub pati ayam dan kacau sebati.
3. Susunkan ayam di bahagian atas biar cun lalu tutup periuk dan tekan ON. Tunggu sampai nasi masak. Kalau ada sayur boleh masukkan di bahagian atas nasi dan tutup tudung biar sekitar 5-7 minit, siap dikukus.
4. Dah siap, keluarkan sayur dan asingkan, keluarkan ayam, sapukan butter dan masukkan dalam air fryer pada suhu 200 degree selama 12 minit. Boleh juga digoreng dengan api yang kuat hingga golden brown.
Siap dan hidangkan. Mudah kan?
Sup tu aku rebus je kaki ayam dan bahagian-bahagian tulang atau lemak yang tak digunakan tu. Biar berjasa sikit.
Sambal tu aku guna jer Sos Cili Thai Maggi, aku potong daun ketumbar dan perah limau sikit. Fuhhh berdesup pergi dia nanti.
Selamat mencuba.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasi Hujan Panas Simple & Senang, Pakai Beras Biasa Je, Sambal Ayam Pun Power!
Aneka nasi istimewa antara resipi yang cukup popular di musim perayaan ini. Walaupun beraya ketika masih dalam tempoh PKPB, namun memasak juadah untuk meraikan anak-anak di rumah seharusnya tidak diabaikan. Raikanlah mereka dengan menyediakan hidangan yang enak sepanjang waktu ini.
Antara nasi yang cukup popular adalah Nasi Hujan Panas. Bukan hanya disukai kerana gabungan warnanya bahkan rasanya juga cukup enak ditambah dengan cara memasaknya yang cukup mudah dan ringkas. Tak perlukan beras Basmathi, beras biasa juga sudah cukup membuatkan nasi anda sedap. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Eka Afiqah ini.
Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan:
Beras
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bunga lawang & kulit kayu manis
Daun pandan
Susu cair -1/2 tin
Air secukupnya
Posted by Eka Afikah on Wednesday, 30 May 2018
Tumis bawang besar, bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis serta daun pandan sampai wangi.
Kemudian masukkan beras, susu cair setengah tin. Air sukat macam biasa.
Bila nasi dah kering, masukkan pewarna yang dicampur dengan air. Tutup sekejap kemudian baru gaulkan nasi. Saya guna garfu.
Sambal Ayam
Bahan-bahan:
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Cili kering
Air asam jawa
Garam dan gula
Sos cili
Blender bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili kering. Tumis sampai garing.
Masukkan air asam jawa, gula dan garam. Saya letak sos cili sedikit.
Biarkan sekejap dan angkat.
# Resepi saya simple je, campak-campak tak sukat pun.
Resipi wajib cuba: Apam Mekar Gebu Gebas Blend Sebati Kukus Sahaja, Mudahnya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Oreo Red Velvet Cheese Cake 6 Bahan, Tak Pakai Oven, Mudahnya!
Selain biskut raya, juadah kek raya sememangnya dinantikan di pagi raya. Sebagai pelengkap hidangan di pagi raya, juadah pagi raya kurang serinya tanpa kek.
Tak perlu mencuba kek yang sukar, kek Oreo Red Velvet Cheese Cake yang dihasilkan oleh Che Yah ini anda wajib cuba. Dengan hanya enam bahan sahaja, kek cantik ini sudah siap tersedia. Nak buat pun cukup mudah.
Seperti yang dijanjikan resepi serta step by step. Oreo Red Velvet Cheese Cake. Menggunakan 6 bahan ja sahabat boleh dapat kek yang menawan hati dan sedap sangat ni.
Kalau buat untuk majlis/jamuan mesti kek ni habis dulu. Kalau buat time raya nanti pun mesti berseri meja makan sahabat semua. Ok. Jom tengok resepinya.
Base kek :
1 pack @ 14 bungkus Oreo Red Velvet
(biskut sahaja, asingkan creamnya)
80gm butter (dicairkan)
Bahagian Cream Cheese :
500gm cream cheese
250ml whipping cream
4sb @ 50gm gula icing
1sb @ 10gm serbuk gelatin
Cream oreo yang diasingkan
6 biskut oreo (dicincang kasar)
Lapisan atas :
200ml whipping cream
2sb @ 25gm gula icing
2gm serbuk gelatin
Sedikit red velvet emalco @ pewarna merah/pink
Sukatan bahan dan step by step juga ada di setiap gambar ye. Loyang yg digunakan saiz 8 inci
80gm butter ditimbang dan kemudian cairkan. Dah cair ketepikan seketika.
Untuk base kita guna 1 pack oreo red velvet ni. Asingkan biskut dan cream. Biskutnya kita hancurkan.
Bila biskut dah hancur elok boleh tuangkan butter yang dicairkan tadi, gaul sekata.
Dah sekata kemudian tekan-tekan supaya rata. Dah siap simpan dalam peti ais sekejap. Cek yah guna loyang bulat 8 inci.
Part 2 : Cream cheese
Cairkan 1sb @ 10gm serbuk gelatin halal, boleh cari di kedai bakery ingredients ok. Masukkan 5sk air panas dan kacau hingga larut. Kemudian rendam bekas tu dlm air panas supaya gelatin terus cair.
500gm cream cheese – gaul sekata. Seeloknya biarkan pada suhu bilik sejam sblm guna baru senang nak kacau.
Dalam bekas lain. Putar hingga kental begini. 250ml whipping cream dan 4sb @ 50gm gula icing.
Masukkan 1sb air panas ke dalam krim oreo tadi. Kemudian kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan krim oreo, dan whipping cream tadi dalam adunan cream cheese. Kacau sebati.
Setelah sebati masukkan gelatin yang dicairkan tadi. Kacau sebati.
6 biskut oreo red velvet dicincang kacar dan masukkan dalam adunan. Gaul sekejap agak-agak oreo sekata.
Kemudian masukkan adunan cheese ke atas base kita tadi.
Dah rata mcmni masukkan dalam peti ais.
Part 3 : Lapisan Atas Pink
2gm serbuk gelatin + 4sk air panas. Larutkan serbuk gelatin dan rendam bekas dalam air panas dulu, ketepikan.
Putar kental 200ml whipping cream, 2sb @ 25gm gula icing serta sedikit red velvet emalco @ pewarna merah/pink.
Kemudian bila dah sekata masukkan gelatin dan putar sekejap ja lagi.
Tuang atas adunan cream cheese tadi.
Kalau ada gelembung udara jangan risau, guna lidi @ chopstick cucuk dan pecahkan gelembung tu. Bila siap masukkan dalam peti ais 5 jam atau semalaman.
Selepas semalaman cek yah keluarkan dan guna tuala yang direndam air panas kemudian lilit tepi loyang. Dengan cara ini kek di tepi loyang mudah tanggal.
Hasil lepas di keluarkan dari loyang.
Ok cek yah puas hati..so hampa apa lagi. Sila la cuba buat cheese cake ni ye. Sangat mudah, senang dan sedapp hokeyy.
Menarik: Bunga Cantik Tak Jatuh Lepas Bakar, Ini Rahsianya Biskut Samperit Dahlia Klasik Kekal Cantik & Sedap
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI