Sesekali ada masanya kita teringin nak makan aiskrim Malaysia. Bukan anak-anak saja, kita yang dewasa pun adakalanya boleh layan makan sampai dua tiga aiskrim. Cuti sekolah ini apa kata tambahkan aktiviti anak-anak dengan menyediakan aiskrim Malaysia ini bersama-sama dengan anak. Gamat seketika dapur bila anak berebut-rebut nak tolong.

Resipi aiskrim tiga bahan yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Safwah Abd Sani nampak menyelerakan. Bukan hanya susu malah digabungkan sekali dengan nutella yang sememangnya enak dan manis.

Punyalah Sedap Rasa Aiskrim Ni, Nutella Lemak-Lemak Manis, Guna 4 Bahan Je!

Ini rupanya rahsia aiskrim lemak berkrim, rasa lembut bila dimakan. Sebelum bersalin hari tu saja teringin nak makan aiskrim Malaysia.

Tapi nak aiskrim yang rasa lemak manis, lembut je kita gigit. Bukan yang keras macam kita pepak ais tu. Apa lagi, terus buka google dan search “resepi aiskrim malaysia”. Terima kasih pada yang share resepi ni.

Ads

Rupanya 3 bahan wajib ini yang menjadikan aiskrim Malaysia kita rasa cukup semuanya, lemak manis dan lembut bila dimakan.

Punyalah Sedap Rasa Aiskrim Ni, Nutella Lemak-Lemak Manis, Guna 4 Bahan Je!

Resepinya;

Ads

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 tin air
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dulu)
Secubit garam
Sedikit nutella

Resepi ni boleh pakai untuk buat semua jenis perisa.

Punyalah Sedap Rasa Aiskrim Ni, Nutella Lemak-Lemak Manis, Guna 4 Bahan Je!

Ads

Sebab nak buat perisa nutella, saya masukkan nutella dalam piping beg kemudian baru picitkan dalam plastik aiskrim. Untuk sekali bancuhan ni dapatlah dalam 15-20 batang aiskrim.

Bila buat sendiri memang berbaloi dan rasa puas bila makan. Lagi bila kau boleh letak nutella sesuka hati ikut nafsu.

Punyalah Sedap Rasa Aiskrim Ni, Nutella Lemak-Lemak Manis, Guna 4 Bahan Je!

Sekali sekala boleh la kan. Lagipun nak tunggu datang rajin tu entah bila la pulak nak membuatnya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI