Selain kuih seri muka dan kuih talam, kuih lapis juga tidak kurang hebatnya. Teringat-ingat air tangan ibu setiap kali berbuka puasa di kampung halaman. Rupanya hendak menyediakan kuih yang satu ini tidaklah sesukar mana. Lapisan demi lapisan perlu dikukus hingga masak.

Resipi yang dikongsikan oleh Aezween Rainoe ini buat kita terasa yakin untuk mencuba. Langkah yang dikongsikan olehnya cukup mudah malah hanya blender sahaja kesemua bahan. Sangat memudahkan. Jadi jom kita cuba!

Punyalah Senang Nak Buat Kuih Lapis Ni, Sedap & Berlemak, Guna Sukatan Cawan Je!

Resipi wajib cuba: Resipi Roti John Popular Yang Viral Guna Roti Oblong Sahaja, Pasti Buat Anda Terliur


Yeay berjaya buat walaupun 1st time. Alhamdulillah cantik kejadiannya, boleh kopek satu-satu lagi. Sedap sangat.

Ads

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam

Punyalah Senang Nak Buat Kuih Lapis Ni, Sedap & Berlemak, Guna Sukatan Cawan Je!Blender semua dan bahagi kepada 2 bahagian.

Punyalah Senang Nak Buat Kuih Lapis Ni, Sedap & Berlemak, Guna Sukatan Cawan Je!Satu letak pewarna, satu biarkan putih.

Ads

Posted by Aezween Rainoe on Tuesday, 12 March 2019

Kukus selapis-selapis selama 7 minit. 

Ads

Punyalah Senang Nak Buat Kuih Lapis Ni, Sedap & Berlemak, Guna Sukatan Cawan Je!Lapisan terakhir kukus selama 20 minit. 

Punyalah Senang Nak Buat Kuih Lapis Ni, Sedap & Berlemak, Guna Sukatan Cawan Je!Oles bekas dengan minyak untuk mudah keluarkan.

Punyalah Senang Nak Buat Kuih Lapis Ni, Sedap & Berlemak, Guna Sukatan Cawan Je!Oles pisau dengan minyak untuk mudah potong kuih.

Resipi wajib cuba: Buat Sendiri Murtabak Untuk Berbuka, Mudah Sedap Senang Nak Makan Bila-bila Masa

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI