Selain kuih seri muka dan kuih talam, kuih lapis juga tidak kurang hebatnya. Teringat-ingat air tangan ibu setiap kali berbuka puasa di kampung halaman. Rupanya hendak menyediakan kuih yang satu ini tidaklah sesukar mana. Lapisan demi lapisan perlu dikukus hingga masak.
Resipi yang dikongsikan oleh Aezween Rainoe ini buat kita terasa yakin untuk mencuba. Langkah yang dikongsikan olehnya cukup mudah malah hanya blender sahaja kesemua bahan. Sangat memudahkan. Jadi jom kita cuba!
Resipi wajib cuba: Resipi Roti John Popular Yang Viral Guna Roti Oblong Sahaja, Pasti Buat Anda Terliur
Yeay berjaya buat walaupun 1st time. Alhamdulillah cantik kejadiannya, boleh kopek satu-satu lagi. Sedap sangat.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam
Kukus selapis-selapis selama 7 minit.
Resipi wajib cuba: Buat Sendiri Murtabak Untuk Berbuka, Mudah Sedap Senang Nak Makan Bila-bila Masa