Pusat bayi ialah sesuatu yang asing bagi yang baru bergelar mama dan papa. Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi, kebanyakan daripada kita akan kekok. Lebih ngeri bila ada kes pusat bayi bernanah kerana penjagaan yang salah.

Malah ada ib bapa yang ada anak dua tiga orang pun masih lagi takut nak sentuh dan uruskan bahagian tersebut. Sebenarnya bagaimanakah caranya pusat bayi perlu diuruskan?

Pusat Bayi Bernanah? Oh Ngerinya. Buat 8 Tip Ini Untuk Elak

Tali pusat bayi adalah berasal daripada umbilical stump sepanjang kira-kira 2sm setelah tali pusat bayi yang panjang (bersambungan dengan plasenta) dipotong semasa proses kelahiran. Ia akan di klip selepas pemotongan semasa proses kelahiran. Pusat bayi jika tidak dijaga dan dibersihkan dengan betul akan menyebabkan jangkitan kuman atau septicaemia.

Pusat Bayi Bernanah? Oh Ngerinya. Buat 8 Tip Ini Untuk Elak

8 LANGKAH URUS PUSAT BAYI

IKLAN

Apa langkah-langkah yang boleh mama lakukan? Ikuti langkah-langkah ini sebagai panduan menguruskan tali pusat si kecil.

1.Bersihkan bahagian ini setiap kali selepas mandi atau menukar lampin si manja. Dengan cara ini, anda akan membantu mengeringkan bahagian dasarnya dan mempercepatkan proses luruh.

2.Ibu perlu memastikan tangan bersih semasa mencuci pusat bayi. Gunakan kapas bebola bersih yang dibasahkan dengan air bersih atau alkohol yang dibekalkan hospital dan sapu dengan lembut pada sekeliling pusat dan lipatannya.

IKLAN

3.Selepas dibersihkan, ambil sebiji lagi bebola dan sapu kering bahagian sekeliling pusat yang dibersihkan tadi.

Pusat Bayi Bernanah? Oh Ngerinya. Buat 8 Tip Ini Untuk Elak
4.Baki tali pusat yang di klip juga perlu sentiasa kering. Keringkan dahulu sebelum memakai barut. Jika lembap, boleh menyebabkan jangkitan kuman.

5.Elakkan memakai lampin hingga menutup bahagian pusat bayi yang belum luruh kerana ia akan menyebabkannya berkuap, lembap dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

IKLAN

6.Kawasan tersebut perlulah sentiasa kering dan bersih sepanjang masa.

7.Biasanya tali pusat bayi akan luruh dalam masa tujuh hingga 10 hari selepas kelahirannya. Jangan dicabut, biar ia luruh sendiri!

8.Sebelum tali pusat bayi luruh, mama dan papa perlu mengelakkan dari memandikan bayi dengan cara merendam. Gunakan kaedah mengelap dan melalukan air sahaja supaya air tidak masuk ke dalam bahagian berkenaan.

Mama dan papa yang bakal menyambut kelahiran si manja, jangan lupa baca artikel ini [Cabaran Minggu Pertama Bersama Bayi Baru Lahir. Ikuti 5 Tip Ini!]

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI